Ikuti Blog ini

Polemik Amanat Hadi Jadikan TG Abd Hadi Semakin Dikenali. Terima Kasih UMNO.



Seorang pemuda berusianya sekitar 30'an, menemui saya, katanya, mahu bertanya tentang 'Amanat Haji Hadi' yang sedang hangat diperkatakan sekarang. Saya bertanya; siapa yang menghangatkan amanat yang sudah sejuk basi itu kepada kamu?.

“Saya mengetahuinya dari laporan akhbar Utusan Malaysia dan Berita Harian, tapi tak faham maksud amanat itu”.

Pemuda itu mengaku terus terang tak faham dengan 'Amanat Haji Hadi' yang siarkan pada muka depan akhbar sepanjang minggu akhir Disember dan awal Januari 2013 kerana ketika isu kontroversi itu meletup 31 tahun lampau, sang pemuda baru pandai merangkak. Belum tahu membezakan antara makanan dengan najisnya sendiri.

Setelah saya menceritakan inti 'Amanat Haji Hadi' baru pemuda itu faham. Anak matanya merenung tajam ke arah saya sambil bibirnya mengukir senyum. “Hebat Haji Hadi” ujarnya dengan bangga.

Realitinya, generasi muda sekarang (31 tahun ke bawah) tak tahu apa-apa seputar amanat yang diletupkan semula oleh mereka yang bijak tapi sebenar tolol, justeru ramai dikalangan mereka ingin tahu lantas merujuk kepada yang arif dan pastinya yang arif itu dari kalangan pendukung PAS, kerana apa-apa juga yang bersumberkan dari televisyen dan akhbar propaganda Umno/BN majoriti rakyat Malaysia tidak mempercayainya lagi.

Hakikatnya isu ini amat merugikan Umno/BN, sebaliknya yang mengaut keuntungan ialah PAS!

Oleh ~ Rossem Sem.
Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .