Ikuti Blog ini

RM70,000 Yang Dicekup SPRM Tu Kepunyaan Setiausaha Politik Azalina Atau Kepunyaan ......





Rupanya Setiausaha Politik (SUP) yang telah ditahan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) lewat malam Rabu lalu berhubung dakwaan wang rasuah politik melibatkan lebih RM70,000 ialah SUP Datuk Azlina Othman Said. Difahamkan lelaki tersebut ditahan lewat malam Rabu lalu dan dibebaskan beberapa jam kemudian selepas SPRM merekodkan kenyataan daripadanya.

SUP Azalina itu berasal dari Kelantan dan pernah menjadi wakil rakyat peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN) apabila menang dalam pilihan raya umum 2004. Ideniti setiasuaha politik ini telahpun disahkan oleh salah seorang pegawai pejabat Perdana Menteri.

AzalinaOthmanSaid.jpg Azalina Othman Said picture by war_isan Penahanan SUP Azalina itu sedikit sebanyak pasti menjejaskan imej Azalina yang akan bertanding dalam pemilihan UMNO hujung bulan ini.


Membaca berita itu teringat saya dengan seorang rakan yang pernah menjadi Setiausaha Sulit Kanan (SUSK) seorang Menteri. Katanya adalah perkara biasa dia membawa wang tunai yang banyak kepunyan bossnya (Menteri berkenaan). Wang yang banyak itu untuk pelbagai tujuan berkaitan keperluan juak-juak, penyokong-penyokong dan pengundi-pengundi setianya yang perlu dijaga setiap masa.


Saya pernah bertanya rakan itu: adakah wang yang banyak itu kepunyaan Menteri itu sendiri? Dia menceritakan sesuatu kepada saya mengenai sumbernya, yang sebenarnya saya pun dah agak!


Kini rakan saya itu yang merupakan Pegawai Tadbir Diplomatik (PTD) telah naik pangkat dan tidak lagi menjawat jawatan SUSK. Dia pernah berkata sangat seronok dapat naik poangkat, bukan kerana dapat gaji dan elaun yang lebih, tetapi dapat keluar dari mulut harimau dan dapat lari dari bersekongkol dengan pelbagai salahlaku bossnya.


Mengenai rasuah politik RM70,000 itu tidak pasti sama ada ia kepunyaan Setiausaha Politik itu sendiri atau kepunyaan Azalina. Tidak pasti juga sama ada ia wang yang diterima dari sesuatu pihak atau untuk dihulurkan kepada pihak lain. Itu kerja SPRM untuk menyiasatnya.


Tapi jika Menteri bawa wang di bawah RM100,000 ia satu jumlah yang nampak sedikit benar. Muhammad Taib dulu bawa wang tunai ke Australia lagi banyak - A$1.26 juta!

Oleh: pendikar gunung kriang




Samseng Pekida Umno halang DUN Perak


Cuba timbulkan kekecohan dengan provokasi melampau



Berita Harian


Kosmo



Jom. Rakyat Tetamu Istana Negara.



Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agung dilaporkan telah berkenan untuk menerima serahan memorandem bantahan terhadap PPSMI. Polis juga difahamkan telah bersetuju himpunan itu diadakan di Masjid Negara. 100,000 bukanlah suatu angka yang kecil. Rapat raksaksa ini suatu kebangkitan rakyat dalam mempertahankan hak mereka. Jom kita genapkan angka 100K di hadapan Istana Negara 7 Mac 2009. Kita cipta sejarah baru...

Daulat Tuanku, rakyat mohon mengadap...


Tangan Pukida Emno dan Tangan Unit Amal berSama Mb Nizar





Tangan2 unit Amal menadah memohon kpd Allah.


Tangan Pukida Umno menunjukkan isyarat lucah


Mampukah Umno men'tazkirah'kan kumpulan yang dikatakan menyokong nya.??
Atau mereka bakal mengkuburkan Umno??

Tak bermaruah kah lelaki yang dari kumpulan dikatakan ditaja menyokong Umno ini??
Professional kah kumpulan pengikut Umno itu??

Nampak samseng, brutal dan uncivilised(tak bertamadun) lelaki dari kumpulan penyokong Umno tu kan.!!

Nampak memalukan bangsa (melayu kot) dan Agama Islam kan!!
Di manakah pemimpin lelaki nampak kurang ajar dan tak beradab ini??

Zambry kah??
Umnokah?


Polis Dicabar Tangkap Nizar dan Semua ADUN PR



Ketua Polis Perak, Datuk Zulkifli Abdulah dengan nada angkuh telah menyatakan polis akan menyiasat kesemua 28 Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pakatan Rakyat di Perak, termasuk Speaker DUN V Sivakumar, berhubung satu perhimpunan sebelum persidangan tergempar bawah pokok kelmarin.

Malah beliau berkata mereka semua, termasuk Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin, akan dipanggil atas dakwaan berhimpun secara haram dekat pintu masuk Bangunan Perak Darul Ridzuan yang menempatkan Dewan Undangan Negeri (DUN).

Kenyataan beliau semalam telah mendapat riaksi spontan dari rakyat seluruh negara khususnya di negeri Perak yang menganggap kenyataan itu sbagai satu kenyataan yang begitu biadab, angkuh dan tidak bertanggungjawab.

"Apa yang berlaku ialah penyalahgunaan kuasa oleh pihak polis sendiri. Yang dituduhnya orang lain," kata seorang pemimpin PAS Kawasan yang turut berada di tempat kejadian semasa peristiwa itu berlaku.

Menteri Dalam Negeri, Dato Seri Syed Abd Hamid Albar sendiri di dalam kenyataannya mengakui bahawa polis melakukan kesilapan dalam mengendalikan situasi krisis politik di Perak dua hari lepas.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kenyataan Majlis Peguam bahawa pihak polis tidak bertindak adil semasa menjalankan tugas mereka menyuraikan ADUN Perak dari bersidang.

"Satu sudut perkara itu, kita akan melihat kesilapan yang dilakukan oleh pihak polis, tetapi saya fikir Majlis Peguam sepatutnya melihat keadaan itu dari sudut undang-undang. Undang-undang adalah undang-undang-undang dan apabila kita dipilih kita tidak (boleh) berada di atas undang-undang", kata Syed Hamid seeperti yang dilaporkan dalam star online.

Sekalipun kenyataan menteri berkenaan jelas tidak betul apabila mempertikaikan tindakan Majlis Peguam yang mempersoalkan tindakan polis menghalang ahli dewan undangan negeri dari memasuki bangunan Perak Darul-Ridwan, namun kesediaannya untuk mengakui di satu sudut berlakunya kesilapan polis membuktikan bahawa tindakan polis Perak memang keterlaluan di hari tersebut.

Mereka secara biadab mengkasari ADUN-ADUN Pakatan Rakyat sedangkan ADUN-ADUN Pakatan Rakyat datang ke bangunan tersebut untuk menghadiri sidang tergermpar yang telah dipanggil oleh Speaker.

"Soal samada sidang itu sah atau tidak, dapat perkenan Sultan atau pun tidak, itu bukan tugas polis memutuskan untuk dijadikan alasan menghalang wakil-wakil rakyat itu untuk mengadakan persidangan," bentak seorang pemimpin PKR.

"Kita ada undang-undang tetapi yang jelas, polis meletakkan undang-undang di dalam tangan mereka untuk melakukan apa saja kepada rakyat," tambahnya lagi.

Perbuatan menyoalsiasat ADUN-ADUN Pakatan Rakyat termasuk Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin jelas menunjukkan Ketua Polis berkenaan terlalu biadab dan tidak menghormati seseorang yang telah dipilih secara sah oleh rakyat.

"Kami meminta Ketua Polis itu meletakkan jawatan dan kemudian bertanding di dalam pilihanraya jika merasa dirinya telah terlalu hebat dan jika nak sangat jadi jaguh," katanya.

Malah beliau dicabar menahan dan menangkap semua ADUN-ADUN pakatan Rakyat jika Polis merasakan tindakan mereka tidak salah.

"Jangan tangkap satu dua orang, tangkap semua termasuk Datuk Seri Nizar dan jika dia boleh, tangkap semua rakyat yang sokong Pakatan Rakyat di Perak," tegasnya lagi.

Episod yang berlaku menampakkan kepada mata dunia bagaimana polis Malaysia tidak profesyenal malah sebenarnya menjadi alat kepada pihak tertentu di dalam menjalankan tugasnya.

Membelakangkan fakta bahawa di dalam menjalankan tugas mereka juga sepatutnya mematuhi undang-undang, tetapi apa yang berlaku polis menjadikan mereka superhero meneruskan tradisi membelasah rakyat.

"Mereka sanggup mengKugankan sesiapa saja untuk menunjukkan kuasa, bukan untuk menjaga ketenteraman awam," tambahnya dengan merujuk kepada tindakan polis berkenaan tidak ubah seperti tindakan polis ke atas Kugan yang mati didera dan dibelasah oleh pihak polis semasa Kugan berada di dalam tahanan.



Isu Penggunaan Kalimah Allah


Pengguna Kalimah Allah oleh Non Muslim .

Akhir - akhir ini isu penggunaan kalimah Allah semakin sensasi dan mencetus kontraversi malah turut mendapat ruang perbahasan di dalam parlimen . Hari ini pun , sejurus saya selesai menyampaikan kuliah Hadis di Akademi Ar Rasyidin , soalan yang sama ditimbulkan oleh salah seorang pelajar saya .

Bagi saya dan sesiapa sahaja yang pernah tinggal di negara arab seperti Mesir , Syria dan Jordan tentunya menjadi perkara biasa mendengar penganut agama kristian menyebut kalimah Allah swt . Bahkan mereka turut bersumpah dengan menggunakan kalimah Allah swt . Maksud saya penggunaan istilah atau kalimah Allah tidaklah menjadi polemik dikalangan ummat Islam di sana .

Mungkin kelihatan ganjil apabila ada beberapa pihak non muslim di negara ini mahu menggunakan kalimah Allah swt dalam penerbitan mereka , katalog mahupun signboard .

Saya pernah memasuki sebuah restoran di Tanta Mesir yang tertulis di dinding kedainya perkataan Allahu Yarhamuk atau maknanya Semoga Allah merahmatimu . Pada mulanya mati - mati saya sangka itu kedai muslim sehinggalah saya dimaklumkan oleh seorang sahabat arab yang belajar sekelas dengan saya bahawa kedai tempat saya makan itu adalah kedai milik seorang nasrani [ kristian ] .

Sepanjang masa saya berada di Mesir , tidak pula saya perasan wujud perbahasan mengenai penggunaan kalimah Allah dikalangan kristian meskipun Mesir adalah antara negara yang mempunyai ramai ulama' yang hebat dan tersohor .

Hukum Menggunakan Kalimah Allah oleh Non Muslim

Bagi menjelaskan perkara ini , saya melihat isu ini dari 2 sudut . Pertama dari sudut hukumnya secara tekstual sementara sudut kedua ialah dari aspek kemaslahatan yang perlu dilihat dari implikasi kepenggunaan kalimah Allah oleh Non Muslim dalam negara kita Malaysia .

Sudut pertama : Prinsip Hukum

Allah swt adalah Tuhan sekelian Alam . Tuhan kepada semua makhluk malah dialah Tuhan yang Mencipta segala suatu . Tuhan yang Maha Esa dan Memelihara makhluknya . Saya percaya perkara ini turut diyakini oleh mereka non muslim dalam negara ini terutama bekas agama samawi seperti kristian .

Malah hal ini diakui oleh al Quran apabila Allah swt berfirman dengan maksudnya :

Dan sesungguhnya jika engkau (Wahai Muhammad) bertanya kepada mereka (yang musyrik) itu: “siapakah yang menurunkan hujan dari langit, lalu dia hidupkan dengannya tumbuh-tumbuhan di bumi sesudah matinya?” sudah tentu mereka akan menjawab: “Allah”. Ucapkanlah (Wahai Muhammad): “Alhamdulillah” (sebagai bersyukur disebabkan pengakuan mereka yang demikian), bahkan kebanyakan mereka tidak menggunakan akal (untuk memahami tauhid)

(Surah al-Ankabut ayat 63).

Dilihat daripada ayat di atas , jelas mereka juga mengaku bahawa Allah swt adalah Tuhan yang mencipta dan memelihara alam ini dengan segala isinya . Bahkan Allah swt tidak melarang atau membantah golongan non muslim ini menggunakan kalimah Allah swt sebaliknya menyuruh Nabi Muhammad saw bersyukur ekoran pengakuan tersebut .

Lalu saya berpendapat bahawa menggunakan Kalimah Allah swt sebagai tuhan yang mencipta oleh golongan non muslim tidaklah menjadi kesalahan .

Sebenarnya yang menjadi perbahasan sejak dulu oleh para ulamak bukan terhenti di atas penggunaan kalimah Allah swt tetapi bagaimana mereka menanggapi Allah swt . Ertinya yang dilarang ialah perbuatan mereka mensyirikkan Allah swt .

Menyebut dan menggunakan nama Allah swt pada tempat dan perkara yang tidak wajar dan tidak layak bagi Allah seperti mensyirikkannya maka ianya diharamkan . Sebagai contoh , Firman Allah swt yang bermaksud :

“Sesungguhnya telah kafirlah mereka yang berkata: “Bahawasanya Allah ialah salah satu dari yang tiga (triniti)”. padahal tiada tuhan (yang berhak disembah) melainkan Tuhan Yang Maha Esa..

(Surah al-Maidah ayat 73).

Perkara yang terlarang berkait penggunaan kalimah Allah swt ialah perbuatan atau perkataan yang mensyirikkan Allah swt . Jika mereka menggunakan nama atau kalimah Allah dengan mengakui bahawa Allah adalah Tuhan yang berkuasa maka tiada salahnya meskipun dia seorang non - muslim .

Samalah isunya seperti Gobala Krishnan dan beberapa pemimpin cina DAP yang membaca ayat al Quran dalam ucapan mereka . Jika mereka membacanya dengan niat ingin memetik kebenaran yang terkandung di dalam ayat tersebut , kenapa kita mesti melarang atau menolak ? kecualilah dibaca dengan maksud menghina atau mempersenda . Jelas hukumnya haram dan kita wajib menegah siapa sahaja yang berbuat demikian meskipun ia seorang muslim , justeru menghina itu adalah salah [ dosa ] dan ditegah [ haram ] .

Sudut Kedua : Maslahah

Perkara yang berkait dengan kemaslahatan adalah suatu yang perlu disiasat oleh pihak berkuasa agama seperti Majlis Agama Islam , JAKIM , IKIM , Majlis Fatwa dan lain - lain badan berauthority . Sejauh mana penggunaan kalimah Allah itu mencetus keresahan dan mengundang polemik dikalangan rakyat yang berbilang kaum agar tidak tercetus perang yang tidak diingini .

Juga perlu dilihat kepada kesesuaian dan keperluan menggunakan kalimah Allah tersebut sebelum kita menjatuhkan hukum , apakah ia membawa maksud yang berbeza dari prinsip tauhid sehingga membawa maksud atau nilai yang salah terhadap KeEsaan Allah swt dan segala kesuciaannya .

Jika hasil siasatan memperlihatkan bahawa kepenggunaan nama Allah swt adalah kerana mahu turut sama menyebut bahawa Allah swt adalah tuhan yang sebenar dan Tuhan yang layak disembah maka tidak mengapa mereka menggunakannya . Namun jika hasil kajian dan siasatannya menunjukkan sikap yang jelas ingin mencetuskan kegelisahan atau keresahan dikalangan ummat Islam maka saya kira ianya wajar dihentikan . Apatah lagi membawa maksud mahu menghina agama Islam.

Kesimpulan

Hukum penggunaan kalimah Allah dilihat kepada bagaimana ia digunakan . Jika penggunaannya hanya bertujuan untuk merendah dan mempersenda agama Islam , maka ianya haram dan wajib ditentang habis - habisan sekalipun dilakukan oleh seorang muslim .

Sementara penggunaan yang positif untuk memberi pengiktirafan bahawa Allah adalah tuhan yang mencipta sebagaimana yang disebut oleh Allah swt di dalam al Quran maka ia dibenarkan oleh syara' sekalipun digunakan oleh non muslim .


My Photo
Ustaz Nasrudin Tantawi


Param, Aziz dan Ambiga sependapat bubar Dun jalan penyelesaian kemelut Perak





KRISIS politik paling buruk di Perak memerlukan penyelesaian yang berpandukan kepada demokrasi dan kehendak rakyat. Dengan itu pertikaian dan perbahasan teknikal mengenai perlembagaan dan undang-undang tidak harus diperpanjang. Kita juga tidak memerlukan mahkamah untuk masuk campur.

Demikian ditegaskan oleh Dato Param Coomaraswamy, bekas Presiden Majlis Peguam yang juga pernah menjadi Jurulapor Sekretariat Kebebasan Kehakiman Bangsa-Bangsa Bersatu.
"Krisis yang berlaku di Perak sekarang tidak akan berlaku sekiranya DYMM Sultan Perak berkenan membubarkan dewan pada 5 Februari lalu," ujarnya.

Dengan itu beliau merayu supaya sultan bertindak membubarkan dewan bagi memberikan rakyat peluang untuk menentukan siapa yang mereka mahu untuk membentuk kerajaan.

Param menegaskan kemelut di negeri itu tidak harus dibiarkan melarat menjadi padang jarak padang tekukur yang tidak berdasarkan kepada kedaulatan undang-undang.

"Ketika ini Perak tidak mempunyai sebuah kerajaan yang sah dan diterima," keluhnya.

Sementara itu, Presiden Majlis Peguam Dato Ambiga Sreenivasan turut menyeru supaya Dewan Undangan Negeri dibubarkan agar rakyat dapat membuat pilihan. Tambahnya ada hal-hal tertentu yang tidak jelas di sisi undang-undang, termasuk Peraturan Dewan dan ia seharusnya diselesaikan dengan memberikan ruang untuk speaker membuat keputusan.

Ambiga turut menyatakan rasa tidak senang kepada keputusan Mahkamah Tinggi Ipoh Rabu lalu yang tidak membenarkan Speaker S. Sivakumar menggunakan peguam yang dilantik, Tommy Thomas dan mengarahkannya menggunakan khidmat Penasihat Undang-undang Negeri yang telah pun mewakili Dato Dr Zambry Kadir.

Dalam pada itu Prof. Dr Abdul Aziz Bari juga menyuarakan sentiman yang sama. Katanya kemelut yang berlarutan sejak hujung Januari itu tidak akan melarat sehingga membabitkan Dun dan mahkamah sekiranya sultan berkenan membubarkan dewan sebagaimana yang dipohon oleh Dato Seri Mohamad Nizar Jamaluddin.

Profesor undang-undang perlembagaan dari UIAM itu juga setuju dengan Param mengenai perlunya media berhenti melayan perbahasan teknikal undang-undang.

"Buat masa ini dengan tiba-tiba begitu ramai pakar muncul dan memberikan pelbagai tafsiran teknikal sehingga lupa masalah pokok yang asal, khususnya pemisahan kuasa, hak rakyat dan keadaan kritikal yang dihadapi sekarang," ujarnya.

Aziz berkata isu penting yang perlu ditangani sekarang ialah perlunya sebuah kerajaan yang stabil diwujudkan melalui dewan. Dalam rangka itu, jelasnya, peraturan tetap tidak harus dibaca begitu rigid sehingga menyebabkan usul undi percaya diketepikan.

Pendekatan yang rigid dan mengenepikan maksud asal perlembagaan itu juga meletakkan perkenan sultan sebagai syarat sedangkan ketika ini ia sedang digunakan untuk menghalang dewan bersidang. Aziz juga bersetuju dengan Param tentang doktrin pengasingan kuasa.

"Mahkamah jelas tidak mengambil kira prinsip ini apabila ia mengeluarkan perintah terhadap dewan Rabu lalu. Ia jelas tidak memahami kedudukan dan autonomi dewan dalam kerangka perlembagaan," katanya.


Najib kah Si Gembala Kepada Kambing Hitam itu ???

http://buletinonline.net/images/berita/gembalakambinghitam.jpgApa pula tindakan ‘Bakal Perdana Menteri’ Dato’ Seri Najib Razak selepas ini, setelah kes pembabitan beliau dalam pembunuhan Altantuya Shaaribuu didedahkan oleh media antarabangsa.


Sirul pernah mendakwa dia hanyalah seekor kambing hitam, maka dengan ‘kenyataan beramaran’ yang didedahkan oleh Raja Petra dan laporan akhbar Perancis itu, adakah Najib adalah gembala kepada kambing hitam, si Sirul ???

Sebuah akhbar Perancis mendakwa Timbalan Perdana Menteri Dato’ Seri Najib Razak pernah bertemu dengan mangsa pembunuhan kejam Altantuya Shaariibuu di sebuah kelab di Paris pada 2005 bersama Razak Baginda.

Menurut laporan akhbar Liberation semalam, 5 Mac, 2009, Najib pernah bergambar bersama pasangan kekasih itu.

Dengan laporan itu sekaligus menolak penafian yang pernah dibuat oleh ‘bakal perdana menteri’ itu kononnya beliau tidak mengenali Altantuya.

Malah Najib pernah bersumpah dengan menyebut nama Allah, tidak mengenali wanita itu sewaktu diserang hebat oleh Pakatan Rakyat khususnya PKR sewaktu pilihanraya kecil Permatang Pauh sedang memuncak, Ogos tahun lepas.

Penyiasat Persendirian yang hilang hingga kini, P.Balasubramaniam, turut mendakwa Najib mengenali Altantuya dalam satu Surat Akuan Bersumpahnya yang pertama.

Tidak sampai 24 jam, Balasubramaniam muncul dalam keadaan tertekan, membawa kepada umum Surat Akuan Bersumpah yang kedua, dimana kandungannya bertentangan.

Selepas itu, Balasubramaniam “dihilangkan” dan walaupun laporan telah dibuat oleh anak saudaranya, tiada apa-apa siasatan dibuat oleh pihak polis.

Keputusan kes bunuh Altantuya yang melibatkan dua anggota pasukan elit Unit Tindakan Khas (UTK) akan diketahui awal bulan depan.

Razak, yang dituduh bersekongkol dengan anggota polis berkenaan, dibebaskan daripada pertuduhan berkenaan dalam keputusan mahkamah tinggi yang dipertikaikan oleh pelbagai pihak sebagai tidak masuk akal dan sesuatu yang direncanakan.

Menurut akhbar itu, Razak dan Altantuya bertolak pada Mac 2005 ke Eropah untuk menyelesaikan beberapa aspek berhubung dengan kontrak pembelian kapal selam oleh kerajaan Malaysia bernilai RM4.7 bilion.

http://buletinonline.net/images/berita/je-ne-parle.jpg

Menurut akhbar itu, ketika di Paris, Najib bertemu dengan Altantuya dan Razak serta bergambar dengan mereka.

Razak bertindak sebagai pengantara untuk menghasilkan rundingan pembelian kapal selam itu daripada Syarikat Armaris, sebuah usahasama Peranchis-Sepanyol.

Altantuya seterusnya datang ke Kuala Lumpur October 2006 apabila menerima berita Armaris telah membayar komisyen RM541juta kepada Perimekar yang di miliki oleh Razak.


Altantuya menuntut komisyennya berjumlah 500,000 dolar Amerika daripada Razak.


Menurut akhbar itu, siasatan mendapati Rosmah, isteri Najib membantah sebarang pembayaran kepada Altantuya.


Altantuya mendesak Razak untuk membayarnya untuk beberapa hari dan ketika inilah keputusan diambil untuk bertindak terhadap wanita Mongolia itu.


Tugas itu diberikan kepada dua anggota polis unit tindakan khas untuk melindungi orang kenamaan termasuk Najib.


Wartawan Liberation turut mendedahkan saat-saat akhir kematian Altantuya berdasarkan dokumen yang didakwa diperolehi daripada polis Malaysia.

Arnaud Dubus melaporkan, Altantuya ditembak di sebelah pipi kiri dan kemudian pakaian mangsa ditanggalkan sebelum mayatnya dibungkus dalam beg plastik hitam.

Altantuya ditembak sekali lagi apabila tangannya dilihat masih bergerak.

Beberapa jam sebelum Razak di tahan, Najib menghantar sms kepada sekutunya berbunyi: Saya akan berjumpa dengan Ketua Polis Negara pukul 11 pagi hari ini, Masalah ini akan diselesaikan. Sabar.”

Klik Artikel sepenuhnya yang diterjemahkan dalam bahasa Inggeris dari Raja Petra dan Akuan Beramaran Sirul



Kerajaan Kedah saman TV3


ALOR SETAR - Kerajaan Negeri Kedah memutuskan untuk mengambil tindakan undang-undang ke atas TV3 ekoran stesyen penyiaran itu berterusan menyiarkan berita yang disifatkan sebagai bohong dan berniat jahat.


"Pagi ini saya diberitahu TV3 ulang lagi bahawa Exco derhaka angkat sumpah, ini satu kenyataan yang tidak betul. Kita tidak tahu siapa derhaka.


"Oleh kerana dah melampau sangat, saya sudah arah Dato' Penasihat Undang-undang Negeri mengambil tindakan undang-undang kepada TV3 dalam mesyuarat Exco tadi. Kerana dia ada 'mala fide' (berniat jahat) yang berterusan," tegas Menteri Besar, Dato' Seri Ustaz Azizan Abdul Razak pada sidang medianya selepas mempengerusikan mesyuarat mingguan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri di Wisma Darul Aman, di sini semalam.


Ujarnya, pada majlis mengangkat sumpah Exco Kerajaan Negeri kelmarin, beliau telah pun menerangkan kepada media bahawa beliau masih menunggu nama Exco tersebut.


"Sebenarnya saya sudah terangkan semalam, kita sedang menunggu nama Exco yang dianggap menderhaka dan orang ramai pun tak ambil kisah sangat hal itu. Tuanku Sultan pun tidak ada apa-apa. Tuanku dengan sukacita melantik semua Exco. Jadi kalau sudah angkat sumpah depan Tuanku dan Tuanku pun telah perkenan tidak timbullah isu derhaka.


"Jadi kita nampak TV3 berniat buruk, berniat jahat maka wajarlah kerajaan negeri mengambil tindakan undang-undang ini. Jadi Penasihat Undang-undang Negeri akan ambil langkah yang perlu untuk itu," jelasnya ringkas.


Sebelum ini stesyen penyiaran yang sama telah beberapa kali ditegur Menteri Besar atas laporan-laporan mereka terhadap Kerajaan Negeri Kedah. Antaranya berkenaan penutupan Tabika Kemas, perlantikan Pengarah Eksekutif Kumpulan Taman Teknologi Tinggi Kulim, penggunaan payung kuning di raja dan jet eksekutif, pembalakan di sekitar kawasan tadahan air dan penternakan babi di Bukit Selambau.


Mana mungkin Khairy boleh melihat bapa mertuanya akan dihina oleh Najib selepas ini..




Eksklusif: Langkah Kian Sumbang, Khairy Bakal Menggagalkan Usaha Membawa Najib Razak Bagi Menggantikan Bapa Mertuanya Itu Sebagai PM !

Ramai yang tertanya-tanya dan ramai juga yang sudah boleh meneka siapakah "mastermind" di sebalik tindakan kedua-dua pengadu ini?. Ramai juga turut hairan dikala Pak Lah dikhabarkan akan melepaskan jawatannya itu, dalam masa yang sama beliau semakin rakus juga untuk mempertahankan kuasanya.

Terbaru, tiba-tiba sahaja beliau melantik Datuk Abddullah Md Zain sebagai Penasihat Agama Perdana Menteri menggantikan Hamid Othman. Kenapa ini berlaku dikalan beliau bakal meninggalkan jawatan itu. Bukankahkah ini semua bakal mengundah "perang psikologi" buat Najib dan juak-juaknya.

Apapun kami yakin bahawa semua ini adalah perancangan yang dibuat oleh menantunya Khairy Jamaluddin sebenarnya. Khairy tahu Najib bakal menghumbankan keegoaan anak muda itu dalam perebutan jawatan Ketua Pemuda UMNO nanti. Sudah pasti Najib akan berpihak kepada anak "sifunya" Mukhriz Mahathir. Masakan Najib akan berpihak kepada Khairy. Inilah yang menggusarkan Khairy sebenarnya. Perancangan jahat pasti dilakukan oleh Najib-Mukhriz untuk mengalahkan Khairy. Mana mungkin Najib akan menyokong Khairy.

Justeru itulah Khairy perlu merancang sesuatu untuk menggagalkan hasrat Najib menjadi Presiden UMNO dan Perdana Menteri sebenarnya. Masa kian, tipis dan Khairy sudah tiada masa untuk bertindak. Apapun, semoga UMNO akan terus berpecah sekiranya ternyata Pak Lah kekalkan kuasanya dan hanya memberi jawatan Presiden UMNO kepada Najib tetapi bukan Perdana Menteri.

Sama-sama kita nantikan perkembangan ini dengan penuh kesabaran hendaknya. Apa yang pasti tidak mungkin Pak lah akan melepaskan jawatanya dan hanya menjadi Menteri Pertahanan dan Najib duduk di kerusinya itu dalam Mesyuarat Kabinet setiap minggu. Juga tidak mungkin Pak Lah akan berpindah tempat duduk dalam Dewan Rakyat bila kerusinya itu diberikan kepada Najib.

Pak Lah bukan seperti Mahathir yang melepaskan jawatan serta tidak bertanding di Parlimen Kubang Pasu. Pak Lah masih dalam kerajaan sebenarnya. Mana mungkin Khairy boleh melihat bapa mertuanya itu akan dihina dan diperli pula oleh Najib selepas ini. Apa yang pasti Najib pasti akan mengambil Mahathir sebagai Penasihat Kerajaan dan bukannya Pak Lah yang dilihat lemah longsai serta tidak bermaya sekarang ini sebenarnya.



GEMPAR…..salinan report Sirul Azhar…!!!!


sirul1

sirul2

sirul3

sirul4

sirul5

GEMPAR…..salinan report Sirul Azhar…!!!!

Klik Imej Untuk Zoom

Polis benar himpunan anti-PPSMI

Polis membenarkan perhimpunan membantah dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI), Sabtu ini.


Bagaimanapun perhimpunan hanya dibenarkan diadakan di Masjid Negara jam 2 petang, sementara dua lokasi lagi yang dirancang - Pasar Seni dan kompleks membeli-belah Sogo - tidak jelas.


Setiausaha Gerakan Mansuhkan PPSMI (GMP) Hasni Abas memberitahu Malaysiakini sebentar tadi, polis bagaimanapun melarang perarakan ke Istana Negara seperti dirancang.


"Kami dimaklumkan boleh berhimpun di Masjid Negara tetapi perarakan (ke Istana Negara) tidak boleh," katanya.


Beliau dimaklumkan, tambahnya, perarakan itu tidak dibenarkan setelah polis mempertimbangkan faktor keselamatan.


Bagi menyerahkan memorandum gabungan itu kepada istana, polis menawarkan khidmat menghantar pemimpin GMP ke lokasi itu menggunakan kenderaan pasukan keselamatan itu, kata Hasni.


Kebenaran itu dimaklumkan oleh polis sewaktu pengerusi GMP Datuk Dr Hassan Ahmad, timbalannya Dr Shahrir Mohd Zain dan beliau sendiri ke ibu pejabat polis kontinjen Kuala Lumpur pagi tadi.


Keputusan terbaru ini membayangkan polis mengambil sikap bertolak ansur selepas amaran diberikan kepada orang ramai semalam agar tidak menyertai perhimpunan itu.


Ditanya tindakan lanjut GMP setelah mendapat kebenaran polis itu, Hasni berkata, gabungan itu akan bermesyuarat petang esok di ibu pejabat Persatuan Penulis Nasional (Pena) bagi memutuskan perkara itu.


Semalam, Istana Negara dilaporkan bersedia menerima memorandum membantah pelaksanaan dasar kontroversi itu yang dianggap "kemenangan pertama" aktivis bahasa dan sastera.


Satu salinan memorandum pemansuhan PPSMI telah disampaikan kepada istana melalui setiausaha sulit kanan Yang di-Pertuan Agong kelmarin, kata Dr Hassan.



Pakatan Rakyat akan cabar perintah mahkamah - Nga

KUALA LUMPUR: Perintah yang dikeluarkan oleh Mahkamah Tinggi Ipoh bagi mencegah Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN), V. Sivakumar daripada mengadakan persidangan akan dicabar, kata ahli Parlimen Taiping, Nga Kor Ming.

Beliau akan mengemukakan injuksi di Mahkamah Rayuan.

Jelasnya di bawah Artikel 72 Perlembagaan Persekutuan, kesahihan sebarang prosiding dalam perhimpunan yang legislatif tidak boleh dipersoal dalam sebarang mahkamah.

"Saya terkejut apabila badan kehakiman itu menyerahkan prosiding yang legislatif.

"Ia seperti mengolok-olokkan undang-undang," katanya di lobi Parlimen hari ini.

Nga berkata tiga usul yang diluluskan dalam sidang tergempar DUN yang diadakan di bawah pokok Selasa lalu telah diputuskan sebelum keputusan mahkamah.

Akhbar Perancis mendakwa TPM jumpa Altantuya di kelab

Dalam laporan Liberation hari ini, Datuk Seri Najib Razak didakwa pernah bergambar bersama mereka berdua, yang didakwa pasangan kekasih, bertentangan dengan penafian tokoh politik itu sebelumnya.

Dalam laporan Liberation hari ini, Datuk Seri Najib Razak didakwa pernah bergambar bersama mereka berdua, yang didakwa pasangan kekasih, bertentangan dengan penafian tokoh politik itu sebelumnya.

Akhbar: Najib jumpa Altantuya di kelab

 Sebuah akhbar Perancis mendakwa timbalan perdana menteri pernah bertemu mangsa bunuh Altantuya Shaariibuu di sebuah kelab di Paris pada 2005 bersama Abdul Razak Abdullah Baginda.


Dalam laporan Liberation hari ini, Datuk Seri Najib Razak didakwa pernah bergambar bersama mereka berdua, yang didakwa pasangan kekasih, bertentangan dengan penafian tokoh politik itu sebelumnya.


Timbalan perdana menteri menafikan pernah mengenali atau bertemu wanita Mongolia itu yang mati dibunuh di sebuah belukar di Shah Alam.


Beliau juga pernah bersumpah mengenali wanita itu sewaktu diserang hebat oleh pembangkang pada pilihanraya kecil Permatang Pauh, Ogos tahun lepas.


Keputusan kes bunuh tersebut yang melibatkan dua anggota pasukan elit Unit Tindakan Khas (UTK) akan diketahui awal bulan depan.


Abdul Razak, yang sebelum ini dituduh bersekongkol dengan anggota polis itu, dibebaskan daripada pertuduhan tersebut.


Selain cerita sensasi ini, wartawan Liberation turut mendedahkan saat-saat akhir kematian Altantuya berdasarkan dokumen yang didakwa diperolehi daripada polis Malaysia.


Arnaud Dubus melaporkan, Altantuya ditembak di sebelah pipi kiri dan kemudian pakaian mangsa ditanggalkan dan kemudian mayatnya dibungkus dalam beg plastik hitam.


Altantuya ditembak sekali lagi apabila tangannya dilihat masih bergerak.


Dubus, wartawan Perancis yang berpangkalan di Bangkok, juga berhasrat mendedahkan pembunuhan wanita itu - berhubung komisyen pembelian kapal selam untuk Kementerian Pertahanan - dalam projek bukunya akan datang.




ALIH-ALIH....TUP-TUP.....

Ada suara-suara yang ngatakan tindakan mengadakan Sidang DUN bawah pokok memalukan negara.... Alih-alih bila survey rambang dibuat... peratusan yang ngatakan Sidang tersebut tidak memalukan amat tinggi. Rasa nyer orang yang bercakap tu ler yang termalu balik... backfire!!!

Bersidang bawah pokok tak memalukan tetapi tindakan menghalang dan menyekat.... tak bagi masuk bangunan SUK.... menggunakan polis dan mengunci pintu bilik DUN..... mengasari ADUN-ADUN menggunakan samseng dan polis jadi pak pacak, tengok jer..... itu yang tak bertamaddun dan memalukan negara!!!

UMNO/BN melalui para peguam mereka... pergi mahkamah minta injunksi menghalang Speaker DUN Perak daripada memanggil sidang DUN Perak. Para peguam yang mewakili Speaker ditolak kerana menurut hakim... Speaker hanya boleh diwakili oleh Penasihat Undang-Undang Negeri. Tup-tup..... notis injunksi dikeluarkan. Terkejut badak Speaker bila dengor khabor salah seorang peguam kanan negeri telah mewakili dia tanpa arahan daripada pihak nyer.... Tiba-tiba pulak dia ke court.... sapa yang nyuruh....!! Ajer nyer giler....... Ini sapa punyer kerja giler.... kalau tak deme!! Buat keghojer giler... aci nak menang ke deme jer!!

Udah jadi semakin bercelaru.... Speaker pulak bantah!! Itu ler deme ni suka bebenor buat keghojer memandai-mandai dan pelik-pelik.... asyik membuat keghojer yak masuk akei. Errmm.... nampak benor kerja orang tersepit dan terdesak!!

Lepeh tu.... kisah si Pesuruhjaya Kehakiman, Ridwan Ibrahim... hakim yang mengeluorkan notis injunksi menghalang Speaker DUN Perak daripada mengadakan Sidang DUN, pulak timbul. Setelah memberi penghakiman yang berpihak kepada pihak yang menuntut.... pada 3 Mac 2009, tup-tup....... status dia sebagai pesuruhjaya kehakiman pulak menjadi tanda tanda..... Sah ke tak sah penghakiman tersebut.... Dia dilantik pada 1 Mac 2007 untuk tempoh 2 tahun dan tempoh itu tamat pada 28 Februari lalu. Setelah tamat tempoh itu, apakah dia telah dilantik semula atau belum..... memandangkan Suruhanjaya Perlantikan Kehakiman setakat ini belum bermesyuarat lagi. Pulak......

Krisis ni macam dah nak bersimpul mati.... semakin kusut jadi nyer. Sah dah expired..... tapi dah renew atau belum..... ??? Benda dah expired ni boleh mendatangkan mudharat.....

Teman ni, idak ler mendalam bebenor hei-hei perlembagaan negara ni, tapi pelik jugak..... jika dalam sistem demokrasi berpelembagaan negara kita ader separation of powers... mengapa pulak, tup-tup..... mahkamah campur tangan dalam hal executive dan bidang kuasa Speaker seperti yang termaktub dalam perlembagaan.... Rasa nyer orang bodoh pun paham ni.... sebab dah banyak kita dengor hujah-hujah dan pandangan-pandangan yang diberi oleh pakar-pakar dalam bidang ini.... Asas nyer pun kita ader blajor masa sekolah dulu.... Macam mana boleh jadi begini... Ini sindrom akan mati nyer demokrasi, So ke mana arah negara kita sekarang.... kuku besi???

Eeeeeiissshhh... pening kepala memikiorkan nyer. Habis semua deme langgor kerana gilakan kuasa. Deme yang giler kuasa...... alih-alih deme kata Pakatan Rakyat pulak yang giler kuasa. Cober pikior..... PR dapat kuasa dulu melalui cara demokrasi.... rakyat pilih secara sah dalam pilihan raya. Lepeh tu deme rampas kuasa cara tak demokratik dan memang tak sah... Bila PR tuntut keadilan untuk mempertahankan hak mereka..... PR pulak dituduh deme... giler kuasa.... Tak ke giler yeop oi.... orang giler menuduh orang lain giler...!!! Ajer nyer giler.....

Itu ler dia..... politik Perak dah jadi semakin menggiler..... Teman berdoa dan berharap sangatlah agar Allah bukak kan hati Tuanku Sultan agar menghentikan kegilaan yang semakin menjadi-jadi ini. Perkenankan ler pembubaran DUN Perak dan biar rakyat buat pilihan semula. Itu jer cara nak tamatkan ceriter giler ni......


Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .