Ikuti Blog ini

PAS Johor sasar menang 17 kerusi


KUALA LUMPUR, 7 Mac: PAS Johor mensasarkan sekurang-kurangnya 17 kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) untuk dimenangi pada pilihan raya umum (PRU) ke-13 akan datang.

Timbalan Pesuruhjaya PAS Johor, Mazlan Aliman (gambar) berkata, sasaran itu ditetapkan berdasarkan perubahan positif rakyat negeri itu yang kini menyambut baik Pakatan Rakyat khususnya PAS yang disifatkan 'tidak pernah berlaku sebelum ini'.

Menurutnya, melihat mood positif rakyat, beliau bukan sahaja yakin PAS boleh menang di kerusi sasaran itu, malah Pakatan Rakyat secara keseluruhan juga tidak mustahil akan menerajui negeri itu.

"Kita (PAS) kini sedang fokus kepada 17 Dun sasar.

"Mungkin orang kata saya bermimpi, atau angan-angan, tapi dengan sambutan kepada kita pada waktu ini, saya yakin kejutan akan berlaku, Johor mungkin jatuh kepada Pakatan Rakyat," katanya kepada Harakahdaily.

Pada PRU ke-12 lalu, PAS bertanding 39 daripada keseluruhan 56 kerusi, manakala PKR dan DAP masing-masing 9 dan 12 kerusi.

Dari jumlah ditandingi itu itu PAS hanya menang di dua kerusi iaitu di Dun Maharani dan Sungai Abong.

Menurut Mazlan lagi, perbezaan ketara sokongan rakyat Johor terhadap Pakatan rakyat berbanding 2008 boleh dilihat dengan sambutan terhadap program-program mereka di negeri itu sejak kebelakangan ini.
Sambutan luar biasa itu katanya, telah menyebabkan ada pihak 'tak senang duduk' sehingga mengupah kumpulan tertentu mengganggu dan membuat kecoh khususnya di ceramah-ceramah anjuran mereka.

Manifesto 15 perkara dasar


Menurut Mazlan lagi, PAS Johor juga telah selesai berbincang berhubung manifesto pilihan raya peringkat negeri yang akan ditawarkan.

Tanpa menjelaskan secara terperinci, beliau berkata ianya menggariskan 15 perkara dasar antara lain tawaran penyelesaian masalah tanah dan tawaran pengurusan pentadbiran lebih baik.

"Kita telah siap seminar manifesto, dan sedang timbang dengan PKR dan DAP.

"Kita yakin menifesto ini akan menjadi kekuatan utama kita untuk ambil Johor," katanya lagi.

Muhyiddin mula gusar

Mengulas kenyataan Tan Sri Muhyiddin Yassin kononnya Johor masih 'tiang seri' BN pada PRU-13 akan datang, Mazlan berkata, ia sebenarnya menggambarkan kebimbangan timbalan perdana menteri itu.

"Kenyataan Muhyiddin tu menggambarkan kebimbangan beliau.

"Saya nak bagi tahu (kepada Muhyiddin), 'tiang seri' itu sudah dimakan anai-anai. Bila-bila pun boleh patah," katanya yang juga AJK PAS Pusat

Menurut Mazlan lagi, beliau mendapat maklumat Umno sememangnya gusar dengan kedudukan mereka di Johor sekarang ini.

Katanya, tidak pernah selama ini, Menteri Besar Datuk Abdul Ghani Othman turun berkampung di setiap kawasan parlimen seperti yang terpaksa dilakukan sekarang ini.

Malah katanya, selepas lawatan Muhyiddin semalam, Najib pula dijangka turun ke Johor dalam masa terdekat.

"Orang Johor ni dia pandai, dia senyap-senyap sahaja, dia tak tunjuk sokong kita," jelasnya. -Hrkh

Video : Tok Guru Nik Aziz Mengulas Permohonan Maaf Orang Asli





KOTA BHARU, :Seorang penduduk Orang Asli dari Pos Belatim, Gua Musang, Rosli Along memfailkan notis pemberhentian kes membabitkan dirinya di Mahkamah Tinggi di sini, hari ini.

Plaintif terbabit diwakili peguam Roslan Mat Nor memberitahu anak guamnya mahu menarik balik saman terhadap kerajaan negeri membabitkan pembangunan tanah Ladang Rakyat di Hulu Nenggiri, Pos Belatim.

Prosiding tersebut berlangsung di hadapan Hakim Azman Abdullah. Hakim kemudian menetapkan 20 Mei hadapan bagi mendengar penghujahan pihak plaintif menarik balik saman yang difailkan sebelum ini.

Kerajaan negeri diwakil peguam Zainal Abidin Mustaffa dari Tetuan Zainal & Mariani Peguambela dan Peguamcara.

Tahun lepas tiga lelaki Orang Asli dari Pos Belatim memfailkan saman di Mahkamah Tinggi Kota Bharu bagi menghalang kerajaan negeri melulus tanah kepada Perbadanan Ladang Rakyat untuk dibangunkan ladang.

Dua plaintif lagi iaitu Angah Along dan Hassan A/L Along, bagaimanapun tidak kelihatan di mahkamah hari ini.

Pada afidavitnya sebelum ini mereka mendakwa pemberian hak milik tanah adat Orang Asli di Pos Belatim sebagai menyalahi undang-undang.

Bagaimanapun dalam satu kenyataan Timbalan Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob menjelaskan tiada istilah tanah adat di Kelantan.

Namun katanya, kerajaan negeri meluluskan hak milik tanah kepada penduduk Orang Asli di beberapa penempatan di pedalaman Gua Musang termasuk seluas 606 ekar di Pos Jedip.

Dalam perkembangan berkaitan, Menteri Besar Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat melahirkan kesyukuran seorang penduduk Orang Asli menarik balik kes saman terhadap Ladang Rakyat.

Penghulu Rosli yang menemui Menteri Besar selepas hadir di mahkamah turut menyampaikan surat memohon maaf kepada kerajaan negeri ekoran tindakannya memfail saman sebelum ini.

Rosli turut ditemani beberapa penduduk Orang Asli dari Gua Musang diraikan Tuan Guru Nik Abdul Aziz di kediaman rasmi Menteri Besar di JKR 10.

Turut hadir pada pertemuan itu Setiausaha Akhbar Menteri Besar, Ahmad Fadhli Shaari, Pengurus Tabung Tok Kenali, Mohd Khir Zahri dan Penghulu Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA), Ira Isra Asra Ramlan dari Pos Belatim.

“Alhamdulillah, kes yang dibawa oleh kawan-kawan kita dari perkampungan Orang Asli bagi menyaman Ladang Rakyat telah ditarik balik.

“Dan mereka datang beramai-ramai untuk memohon maaf,” katanya kepada pemberita selepas pertemuan tersebut.

Pada Januari lalu polis menahan 17 Orang Asli di Kampung Parik, Gua Musang kerana dilaporkan membantah tindakan menceroboh tanah adat.

Menteri Besar juga berharap sekiranya timbul persoalan di antara pihak kerajaan dan Orang Asli khususnya dalam isu tanah hendaklah dibawa berunding terlebih dahulu. -Hrkh

KENYATAAN MEDIA PRESIDEN PAS : PAS DAN MASYARAKAT MAJMUK


Masih ramai dikalangan anggota masyarakat yang terbelenggu dengan kongkongan kejahilan terhadap Islam khususnya Fiqh Siyasah, apabila mereka merasa pelik melihat PAS boleh mengadakan persefahaman kerjasama politik bersama parti bukan Islam seperti DAP, yang dituduh setengah pihak sebagai fanatik atau chauvinis. Seterusnya mereka ini bertanya : Mengapa PAS tidak boleh mengadakan persefahaman dengan UMNO yang sebangsa dengan PAS ? . Tidakkah pendekatan mengadakan persefahaman dengan UMNO akan menjadi lebih mudah berbanding DAP atau PKR ?. Lalu penentang PAS yang tidak faham ini menyimpulkan bahawa PAS telah menggadaikan prinsip perjuangannya sebaik sahaja mengamalkan pendekatan Tahaluf Siyasi bersama rakan-rakan dalam Pakatan Rakyat !.

Persoalan di atas boleh difahami jawapannya dengan mempunyai fikiran yang tenang dan terbuka dalam menekuni tulisan ringkas ini.

Syarat pertamanya ialah kita mestilah memahami kaedah ajaran Islam dalam menangani masyarakat majmuk bersama pendekatannya. Perlu difahami juga bahawa Islam pula bukannya agama yang terikat dan terbelenggu dengan semangat kebangsaan, walau pun peranan bangsa tidak boleh dinafikan wujudnya. Dalam amalan politik Islam pula terdapat ajaran dan hukum yang berkait dengan pendekatan yang adil terhadap masyarakat majmuk termasuklah layanan Islam dalam aspek kepelbagaian agama. Risalah atau mesej Islam adalah bersifat sejagat, kerana kedatangan Nabi Muhammad SAW membawa rahmat kepada seluruh alam, manusia dan makhluk yang lain. Kerasulannya adalah kepada seluruh rumpun manusia, tidak terikat dengan bangsanya sendiri, tanahair dan zaman. Maka yang dikira termasuk dalam kerasulannya juga adalah dalam aspek politik menegakkan dan mentadbir sesebuah negara.

Islam tetap didahulukan, manakala fahaman kebangsaan pula hanyalah satu perasaan yang tidak boleh menjadi akidah. Peranan kebangsaan menjadi baik apabila Islam menjadi akidah dan petunjuknya. Hanya Islam menjadi petunjuk kepada bangsa, hanya bangsa yang berpegang dengan Islam sahaja boleh menunaikan amanahnya.

Adalah menjadi hikmah terbesar, bahawa musuh pertama Islam di kalangan Nabi Muhammad SAW di Semananjung Tanah Arab ialah dari kalangan bangsa Arab Makkah dan yang awal menerima Islam dan memperjuangkannya pula adalah mereka juga. Rasulullah SAW memulakan kemerdekaan bangsanya dengan menentang kongkongan jahiliyah daripada bangsanya sendiri, walaupun di masa itu ramai kabilah Arab dan wilayahnya dijajah oleh kuasa besar Rom dan Parsi.

Walaupun mesej Islam itu kepada seluruh manusia, tetapi konsep berdakwah menekankan bahawa kita sekali-kali tidak boleh memaksa pihak lain supaya menganut Islam. Dalam masa yang sama Islam menerima konsep masyarakat majmuk yang menjadi naluri manusia yang menjadikan mereka wajib bermasyarakat madani, walau pun berbeza bangsa dan agama. Di sinilah betapa hebatnya firman Allah SWT :

Maksudnya :

Wahai manusia, Sesungguhnya kami telah menciptakan kamu daripada seorang lelaki (Adam) dan seorang perempuan (hawwaa) dan menjadikan kamu berbangsa - bangsa dan bersuku-kaum, supaya kamu saling kenal-mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia di antara kamu disisi Allah ialah orang yang paling taqwa di antara kamu. Sesungguhnya Allah Maha mengetahui lagi Maha Meliputi Ilmunya.

Manusia itu wajib bermasyarakat di peringkat setempat dan antara bangsa, kerana mereka tidak mampu menghasilkan keperluan hidupnya secara bersendirian atau individu, satu keluarga dan satu bangsa sahaja tanpa berhubung di antara satu sama lain. Sehelai kain untuk pakaian memerlukan penanam kapas, pelombong besi dan tukang besi untuk alat tanaman, penenun kain dan seterusnya. Begitulah juga keperluan makanan, tempat tinggal dan sebagainya.

Ibnu Khaldun (1332M – 1406M) menyebut manusia itu bersifat dengan sifat Madani, iaitu kemestian untuk berkumpul dan berhubung secara berpusat dengan adanya penempatan yang memerlukan pertukaran kemahiran dan hasil kerja yang berbeza. Tempat berhimpun itu dinamakan Bandar (Madinah) dan pekerjaan mereka mestilah dimajukan secara ilmu, menerusi kajian dan pengalaman dengan menggunakan akal yang berkembang sehingga berlakunya kemajuan dan pencapaian yang dinamakan sebagai “Tamaddun”. Walau pun mereka berbeza agama dan bangsa, namun keperluan berhubung tetap wujud secara fitrah. Dalam masyarakat yang bersifat madani mereka perlu kepada cara hidup berkonsepkan politik dan berekonomi disemua peringkat, negeri dan antarabangsa.

Kedua, bagi merealisasikan aspek ini maka Rasulullah SAW melaksanakan konsep madani dengan mengadakan “tahaluf” atau kerjasama di kalangan yang boleh bekerjasama dari aspek kemanusiaan dengan kalangan manusia yang menyedari hakikat ini, dan negara pertama itu dinamakan Madinah. Rasulullah SAW melaksanakan tugas serampang dua mata yang ditunjuk oleh Allah menjadi tujuan kerasulannya untuk seluruh manusia dengan menyatukan umat manusia yang dibahagikan kepada dua kumpulan. Pertama - dinamakan ‘umat Ijabah’, mereka ialah penganut Islam yang menyahut seruan menganut agama. Kedua - umat dakwah, mereka termasuk kalangan bukan Islam berbagai bangsa dan agama, namun diajak bersama melihat sifat kemanusiaan sejagat yang ada dalam Islam secara amali (praktikal) bagi menghasilkan keperluan hidup secara nalurinya.

Pelaksanaan secara amali terhadap manusia majmuk itu ditemukan dengan menegakkan keadilan mutlak yang diwajibkan oleh Allah mengikut firman Allah SWT :

Maksudnya :

Sesungguhnya Allah menyuruh kamu menyampaikan amanat kepada yang berhak menerimanya, dan (menyuruh kamu) apabila menetapkan hukum di antara manusia supaya kamu melaksana dan mentadbir dengan adil. Sesungguhnya Allah memberi pengajaran yang sebaik-baiknya kepadamu. Sesungguhnya Allah adalah Maha mendengar lagi Maha Melihat.

Diriwayatkan dalam Hadith Qudsi bahawa Allah SWT berfirman :

يا عبادي إني حرمت الظلم على نفسي وجعلته بينكم محرماً فلا تظالموا

(رواية مسلم ).

Maksudnya : (Wahai hamba-hamba ku , sesungguhnya aku telah mengharamkan zalim itu berlaku ke atasku dan aku jadikan ia diharamkan di kalangan kamu, maka jangan sekali-kali kamu berlaku zalim).

Dalam pendekatan yang kedua Rasulullah SAW berhubung dengan kalangan bukan Islam yang ada sifat kemanusiaan, dalam keadaan orang Islam pula kosisten dan iltizam berpegang kepada prinsip dan konsep Islam. Pelaksanaanya dilakukan ketika tanpa negara dan bernegara. Ketika di Makkah, Rasulullah SAW menerima perlindungan bapa saudaranya Abu Tholib yang tidak menganut Islam, dengan konsep yang dinamakan “Himayah” (perlindungan ). Ianya juga dilakukan dengan Mut’im bin Adi iaitu seorang bukan Islam, ketika Rasulullah SAW masuk ke Makkah daripada Thaif. Ciri persamaan adalah kebencian terhadap kezaliman. Rasulullah SAW juga menggunakan khidmat Abdullah bin Uraiqit, juga seorang bukan Islam bagi memandu unta ketika berhijrah dengan penuh kerahsiaan dan memerintah menantunya Saidina Ali KWJH supaya memulangkan simpanan amanah kalangan penduduk Makkah daripada kalangan bukan Islam yang mempercayainya.

Ketika di Madinah pula Rasulullah SAW mengadakan Tahaluf (persefahaman politik) dengan pihak kalangan bukan Islam dan melakukan muamalah berhutang dan bergadai dengan mereka, seterusnya menerima beberapa kabilah musyrikin bernaung di bawahnya dalam perjanjian Hudaibiyyah. Dalam kedua-kedua keadaan tersebut Rasulullah SAW teguh dengan dasar dan menunjukkan akhlak mulia Islam terhadap bukan Islam yang ada persamaan dari segi kemanusiaan. Dasar dan konsep ini dilaksanakan oleh sepanjang generasi di zaman keemasan dan kejayaan, ditinggalkan di zaman kelemahan dan kejatuhan sehinggalah Negara umat Islam dijajah.

Pendekatan PAS yang berdasarkan Islam, dalam hubungan dengan bukan Islam sangat berbeza dengan UMNO yang berfahaman kebangsaan mengatasi Islam secara sekularisme. Di bawah pemerintahan BN, Islam tidak berkuasa mentadbir tetapi berada di bawah tadbir, dalam keadaan menerima hakikat yang sama wujudnya masyarakat majmuk di Malaysia yang tidak ditangani secara Islam yang sebenarnya.

Lihat sahajalah contoh kejadian terkini yang berlaku terhadap Encik Frusis Lebi, seorang OKU yang juga merupakan seorang pekebun dan petani dari Kampung Entulang Entawa dari Bahagian Sri Aman yang dinafikan bantuan Kerajaan di atas alasan menyokong pembangkang di Sarawak (rujuk Surat Menteri Muda Pertanian Sarawak, KPP/MM/31 bertarikh 8 Disember 2011 yang disiarkan melalui portal berita Malaysiakini). Inilah antara siri ketidakadilan layanan kerajaan yang diamanahkan oleh rakyat, sedangkan mereka juga adalah rakyat yang turut sama menyumbang kepada pendapatan Negara. Inikah rupa bentuk kerajaan bertanggungjawab yang mahu ditegakkan ?

PAS berpegang dengan konsep yang ditunjuk oleh al Quran, bahawa bumi adalah kepunyaan Allah, bukan kepunyaan mana-mana bangsa. Seluruh manusia adalah pemegang amanah di mana bumi mereka berpijak, adalah wajib melaksanakan keadilan Ilahi tanpa mengira bangsa. Apatah lagi, bagi umat Islam tuntukan melaksanakan keadilan adalah tersangat penting untuk dilaksankan kepada semua.

Maka PAS berbeza pendekatan dengan UMNO bagi mengolah politik masyarakat majmuk yang diwujudkan oleh penjajah. Kita mestilah memahami bahawa penjajah telah melonggokkan berbagai kaum untuk diperhamba bagi kepentingan mereka dan di adu domba untuk menjadi lemah supaya terus bernaung di bawah mereka selama-lamanya.

Pendekatan PAS ialah pemimpin Islam teguh berpegang dengan prinsip dan akhlak contoh dan menegakkan keadilan untuk semua tanpa memaksa dalam perkara yang berbeza, serta memanfaatkan kebolehan berbagai kaum secara bersama dan saksama bagi membina negara. Bangsa Melayu ada keistimewaannya dari segi kebolehan, begitu juga bangsa Cina, India dan lain-lain. Kalau diselaras secara saksama nescaya dapat dimanafaatkan untuk membina negara dengan baik.

PAS tidak berganjak dalam perkara halal dan haram, serta perkara wajib, dalam semua urusan peribadi dan cara hidup tanpa memaksa penganut agama lain. PAS mewajibkan sifat Islam itu bermula dengan peribadi pemimpin. Dalam hal ini sesiapa sahaja ahli PAS yang mengerjakan perkara haram dipecat daripada parti. PAS pernah memecat ahli Parlimen yang menari dan sebagainya. Ada pun pihak lain terpulang kepada anutan yang tidak boleh diganggu gugat dengan kawalan yang tidak merosakkan hubungan masyarakat majmuk . Apabila memerintah kerajaan negeri dan PAS memimpinnya, maka pendekatan Islam mengikut bidang kuasa negeri dilaksanakan dengan batas hukum Syarak. Penganut agama lain wajib diberi hak yang adil tanpa fanatik perkauman.

UMNO pula tidak konsisten dan iltizam apabila menunjukkan Islam secara terpilih dan tidak ada peraturan boleh memecat ahli UMNO yang mengerjakan maksiat, kerana sifat kebangsaannya sahaja mengatasi sifat Islamnya. Pelaksanaan Islamnya juga tidak istiqamah, contohnya dalam kawalan terhadap arak dan judi pula secara berlesen yang tidak ada sempadan kukuh bagi penganut Islam, bukannya kawalan secara hukum Islam yang sebenar sehingga penganut Islam dalam UMNO tidak mampu menjadi model Islam dan UMNO gagal mendidik melayu Islam menjadi contoh yang baik. PAS pernah bersama kerajaan campuran dengan UMNO diawal tahun tujuh puluhan dan bersama menubuh BN dipertenghannya, dengan syarat PAS tetap dengan dasarnya, kemudiannya berlaku pertembungan kefahaman.

Presiden MCA secara terbuka dalam debatnya menyatakan kejayaannya menundukkan UMNO dalam isu pelaksanaan hukum hudud, sebaliknya Sdr. Lim Guan Eng menegaskan itu adalah hak PAS yang berbeza dengan DAP.

UMNO tidak konsisten dalam mempertahankan kawasan melayu dan Islam apabila sanggup menyerahkan kawasan majoriti melayu Islam kepada MCA, Gerakan dan MIC bagi menyelamatkan rakannya yang kalah di kawasan majoriti bukan Islam.

PAS telah berjaya mengubah sentimen perkauman apabila berjaya memenangi hati penganut bukan Islam ketika menentang calon bukan Islam daripada BN. Contohnya YB Dr Mariah Mahmud mengalahkan calon MIC dengan mendapat sokongan dan kegembiraan kaum India bukan Islam dan kesedihan penyokong UMNO melayu yang dikatakan kuat semangat kebangsaannya tetapi bermatian mempertahankan MIC. Begitulah juga juga kemenangan Datuk Kamarul Bahrain di Teluk Kemang. DAP pula tetap bertahan di kawasan majoriti kaum bukan Islam tanpa berpindah.

PAS juga berjaya menunjukkan kerajaan bersih secara bersendirian dan bersama Pakatan Rakyat walau pun berdepan dengan layanan tidak menghormati sistem federalisme dan akhlak amalan Demokrasi.

Dua pendekatan yang berbeza cara dalam menangani masyarakat majmuk telah diberi selama lebih 50 tahun kepada UMNO memimpin negara dengan gagasan Barisan Nasional yang banyak kelemahan dan penyelewengan, serta mencetuskan masalah rakyat berbagai kaum yang masih belum selesai dalam tempoh yang bagitu panjang, dan penganut Islam menjadi larut pegangan agamanya.

Sudah tiba masanya khususnya melayu Islam memberi kepercayaan kepada PAS menggantikan UMNO dengan konsep Islam menyelesaikan masalah masyarakat majmuk, menerusi gagasan Pakatan Rakyat.


Hj Abdul Hadi Awang
Presiden PAS

Habis Santan Hampas Dibuang: Habis Galas Ku Li Terbuang

Sila berundur secara terhormat

GUA MUSANG - Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah yang disifatkan `barah’ dalam Umno kerana banyak mengeluarkan kenyataan yang bertentangan dengan prinsip perjuangan parti itu dinasihatkan berundur secara terhormat.

Ini bagi mengelakkan pemimpin yang menerajui 37 tahun Umno Bahagian Gua Musang itu menanggung malu akibat digugurkan daripada senarai calon Barisan Nasional (BN) bagi kerusi tersebut pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) tidak lama lagi.

Keputusan itu dicapai dalam perjumpaan antara 16 pemimpin akar umbi Umno Bahagian Gua Musang yang mengadakan mesyuarat tergempar di Bandar Baru, di sini, pagi semalam.

Majlis perjumpaan yang dipenge­rusikan Ketua Umno Cawangan Bandar Lama, Ab Wahab Yunus itu turut dihadiri tiga Ahli Jawatankuasa Umno Bahagian Gua Musang, enam ketua cawangan, wakil peneroka Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (Kesedar) dan Felda.

Kebanyakan mere­ka menyuarakan su­dah sampai masanya ba­gi pemimpin paling lama berkhidmat di Parlimen Gua Musang itu bersara daripada parti dan memberi laluan pula kepada pemimpin mu­da sebagai usaha mentransformasikan perjuangan parti berkenaan di peringkat bahagian terbabit.

Perjumpaan diadakan bagi memperbetulkan kenyataan pemim­pin itu yang disiarkan dalam kebanya­kan media berhubung langkahnya untuk bertanding sebagai calon Bebas jika tidak dicalonkan BN pada PRU13 nanti.

Ab Wahab berkata, Tengku Ra­zaleigh semakin hilang pengaruhnya yang bukan sahaja di peringkat pusat, tetapi di bahagian itu apabila tidak mempunyai pendirian dalam perjuangan parti Umno serta BN.

Beliau berkata, kumpulannya terpaksa memberanikan diri membuat pendirian lebih tegas dengan mendesak Tengku Razaleigh berundur lebih awal kerana zaman sekarang bukan lagi sepadan dengan jiwa pemimpin veteran.

“Beliau dalam Umno pun banyak mengeluarkan berita-berita yang sensitif dengan perjuangan Umno dan seolah-olah lebih mirip kepada pembangkang, oleh itu adalah lebih baik dia berterus terang dengan pendirian sebenar.

“Kita sebagai pemimpin peringkat akar umbi kadang-kala malu dan sedih dengan kenyataan yang dikeluarkan Tengku Razaleigh kerana lebih banyak memihak kepada pembangkang termasuk isu royalti minyak serta penyenaraian Felda di Bursa Malaysia,” katanya.

Sementara itu, AJK Umno bahagian, Ab Aziz Mohamad, pula berkata, Tengku Razaleigh juga sejak kebelakangan ini berjuang lebih mementingkan peribadinya yang ingin merebut jawatan pemimpin tertinggi kerajaan dan Umno.

Beliau berkata, pemimpin itu langsung tidak mengambil kisah masalah yang dihadapi rakyat termasuk juga peneroka Rancangan Kemajuan Tanah (RKT) Kesedar yang dijanjikan untuk lupus hutan, namun sampai sekarang gagal dilaksanakan.

“Ini telah membuktikan kepada kita bahawa Tengku Razaliegh bukan lagi pemimpin yang harus kita puja seperti sebelum ini dan saya minta beliau berundurlah secara terhormat dan memberi laluan pula kepada pemimpin muda yang lebih berwibawa,” katanya.

Ketua Umno Cawangan Kampung Panggong Lalat, Ab Karim Mat Diah berkata, mungkin Tengku Razaleigh yang terlalu ghairah kemenangannya selama ini disebabkan rakyat memujanya.

“Sekarang bukan lagi untuk kita memuja atau menyanjung tinggi pemimpin tersebut berikutan dia langsung tidak menghomrmati pemimpin lain di peringkat tertinggi hingga kerap kali menteri yang datang ke kawasan ini tidak menyambut bersama,” katanya. -SH

Ku Li tetap tanding jikapun tidak dicalon


SHAH ALAM - Ahli Parlimen veteran Tengku Razaleigh Hamzah mahu bertanding lagi di kerusi Parlimen Gua Musang, yang disandangnya sejak 1969, jikapun tidak dicalonkan oleh partinya pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Menurut Ketua Umno Gua Musang ini, hanya rakyat yang boleh memutuskan kedudukannya dalam pilihan raya umum akan datang.

"Saya terpulang kepada rakyat...," kata beliau dalam temu bual eksklusif dengan saluran Astro Awani yang disiarkan hari ini.

Tengku Razaleigh, yang juga bekas Menteri Kewangan dan Naib Presiden Umno, merupakan antara wakil rakyat paling lama yang masih berkhidmat.

Bahagian Gua Musang merupakan antara beberapa kerusi yang menjadi kubu kuat Umno dan Barisan Nasional (BN) di Kelantan.

Mengikut tradisi BN, parti-parti komponen akan menamakan senarai calon untuk dipilih oleh pucuk kepimpinan perikatan itu.

Tengku Razaleigh melahirkan pendirian ini ketika BN sedang bersiap untuk mengadakan PRU13, yang banyak pihak menyebut akan dipanggil pada Mei atau Jun ini.

Sidang Parlimen akan bersidang selama sebulan mulai 12 Mac ini.

Dalam temu bual itu, Tengku Razaleigh yang mesra dengan panggilan "Ku Li" berkata, soal parti tidak begitu penting sekali.

"Soal parti barangkali tak begitu penting sekali... bukanlah saya ketepikan kepentingan parti," kata beliau yang pada tahun 1987 mencabar Tun Dr Mahathir Mohamad dalam pemilihan jawatan Presiden Umno.

Mengenai kualiti calon yang rakyat mahukan, Tengku Razaleigh berkata, mereka yang hendak dipilih sebagai calon seharusnya dapat melayani tuntutan-tuntutan rakyat.

"Mesti bukan saja pandai buat kerja misalnya di Parlimen ataupun di luar Parlimen, tetapi mesti dapat melayani tuntutan rakyat, memang tuntutan rakyat ini banyak, seribu satu macam berbeza daripada bandar dan di luar bandar," katanya lagi.

Katanya, rakyat juga mahu wakil rakyat yang tidak mencari komisen daripada projek kerajaan atau menyeleweng duit peruntukan untuk rakyat.

Sehubungan itu jelas beliau, tidak cukup untuk BN meletakkan calon boleh menang, tetapi wakil yang hendak diturunkan itu mesti juga dilihat bersih.
-SH
Pakatan sedia benar Ku Li bertanding atas tiketnya


Pakatan Rakyat sedia berunding dengan ahli veteran Umno Tengku Razaleigh Hamzah jika beliau berhasrat bertanding mempertahankan kerusi Parlimen Gua Musang yang dipegangnya atas tiket Pakatan Rakyat, kata naib presiden PAS, Salahuddin Ayub.

Salahuddin mengulas kenyataan Razaleigh baru-baru ini bahawa beliau akan bertanding di kerusi Parlimen yang dipegangnya sejak pilihan raya umum 1969 meskipun tidak dicalonkan oleh Umno.

"Sama ada Pakatan terima atau tidak, ia tidak Ku Li bertanding di bawah Pakatan Rakyat, saya tidak boleh putuskan. Perkara ini perlu persetujuan semua (parti yang bergabung dalam Pakatan, iaitu PAS, PKR dan DAP).

"Saya percaya sekiranya beliau menyatakan hasrat itu, kita (Pkatan) sedia berbincang,” katanya dipetik akhbar Sinar Harian, hari ini, sambil menambah bahawa bekas menteri kewangan itu masih relevan dalam landskap politik semasa.

Razaleigh, yang lebih dikenali sebagai Ku Li, baru-baru ini memberitahu media bahawa hanya rakyat dapat membuat keputusan berhubung kerjaya politik beliau.

Sebelum ini, ada ura-ura bahawa putera Kelantan itu tidak akan dicalonkan semula kerana beliau didakwa sebagai lantang membidas BN, khususnya Umno.

Bagaimanapun akhbar milik parti itu, Utusan Malaysia dalam satu laporan pada bulan lalu melaporkan Pengerusi BN Kelantan Tan Sri Annuar Musa mengesahkan bahawa Ku Li antara 16 muka lama yang akan dicalonkan semula pada pilihan raya umum akan datang.
-mk

Semua layak debat dengan Najib kecuali 'orang gila'


najib-anwar-B


PETALING JAYA - PKR yang berulang kali mengajak Datuk Seri Najib Tun Razak agar berdebat dengan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim, hari ini menegaskan, mana-mana pemimpin yang tiada rekod sakit mental memang layak untuk berdebat dengan Perdana Menteri.

Semalam, Najib menerusi entri blognya berkata beliau bersedia berdebat dengan sesiapapun asalkan lawannya mempunyai pemikiran yang munasabah dan berwawasan.

Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli berkata, apa yang paling penting adalah rakyat mahukan debat antara Najib dengan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim diadakan.

"Bukan beliau (Najib) yang tentukan, tetapi rakyat kerana jika debat ini diadakan, ia adalah debat di peringkat tertinggi.

"Kita mesti berdebat, hujah lawan hujah, dasar lawan dasar dan membawa arus ekonomi terbaik untuk negara, biar rakyat membuat pilihan," katanya pada sidang media di sini, sebentar tadi.

K’jaan PR bersih, siasat ‘terjun ikut tangga’


TEMERLOH, 6 Mac: Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang yakin rakyat bijak membuat penilaian untuk memilih kerajaan pada pilihan raya umum (PRU) akan datang setelah melihat perbandingan antara kerajaan Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Rakyat (PR).
Katanya, walaupun PR hanya mentadbir di empat buah negeri namun rakyat dapat melihat dengan jelas prestasi yang ditunjukkan seperti diakui Ketua Audit Negara dalam laporannya.

(Gambar: Tuan Guru Abdul Hadi melancarkan montaj Pelancaran Dana PRU 13 PAS Pahang.)

Tambahnya, ini dapat dibandingkan dengan kerajaan BN yang terdedah satu demi satu penyelewengan, salah guna kuasa, salah tadbir urus dan rasuah.

“Semua kerajaan PR bersih, percayalah kalau ada sedikit rasuah dapat dihidu, kita percaya pihak berkuasa akan ‘terjun ikut tangga’ untuk datang menyiasat.

“Tapi apa yang diketahui umum keadaan ekonomi dan sosial negeri-negeri yang ditadbir PR terus berkembang dan dipuji audit negara.

“Jadi ini membuktikan kerajaan PR bersih, justeru kita percaya rakyat semakin matang dapat membezakan untuk membuat pilihan pada PRU akan datang,” katanya yang juga Ahli Parlimen Marang.

Tuan Guru Abdul Hadi berkata demikian dalam ceramahnya pada program Munajat Menuju Kemenangan & Pelancaran Dana PRU di Darul Amin Sungai Gau di sini, kelmarin.

Selain Abdul Hadi turut berceramah ialah Pesuruhjaya PAS Pahang yang juga Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, Ketua AMK, Shamsul Iskandar Mat Akin dan Pengerusi DAP Pahang, Leong Ngah Ngah.

Abdul Hadi sebelum itu melancarkan gimik montaj Dana PRU PAS Pahang disaksikan kira-kira 8,000 yang hadir.

Sebanyak RM70,000 berjaya dikutip dalam majlis itu saja daripada sumbangan para dermawan dan PAS kawasan-kawasan untuk tabung PRU.

Pada sebelah petangnya Abdul Hadi sempat menyampaikan amanat khas kepada jentera pilihan raya PAS Pahang disusuli Solat Maghrib di dataran terbuka, Solat Hajat, zikir taubat dan munajat sehingga Solat Isyak.

Dalam pada itu Abdul Hadi yang baru pulang dari lawatan kerja ke Eropah menceritakan, ketika sesi dialog di Bosnia beliau ditanya bagaimana menguruskan ahli-ahli PAS yang mempunyai label tertentu seperti Erdogan, Erbakan atau mempunyai kecenderungan Revolusi Iran, Parti Keadilan Mesir dan sebagainya.

“Saya jawap orang-orang muda biasa mudah terpengaruh dengan perkembangan Islam di seluruh dunia. Saya kata, orang-orang PAS boleh melihat perkembangan di negara-negara lain secara positif tetapi mestilah terjemahkan perjuangan itu bersesuaian dengan perjuangan Islam di negara ini,” jelasnya.

Mengenai PRU, Abdul Hadi berkata PAS akan meletakkan calon bukan Islam di kawasan majoriti bukan Melayu dan perkara tersebut telahpun dibahas oleh Majlis Syura Ulamak.

“PR boleh mendukung semua bangsa selaras dengan keadilan Islam itu sendiri. Sudah tentu berbeza dengan parti-parti dalam BN yang diwujudkan berdasarkan bangsa sehingga memainkan isu perkauman apabila berdepan dengan bangsa masing-masing untuk menarik undi memenangi pilihan raya,” jelasnya.

Tuan Ibrahim pula dalam ucapannya sebelum itu mengecam tindakan kerajaan yang baru mahu mencari tempat pelupusan sisa  prosesan nadir bumi Lynas sedangkan lesen operasi telah dikeluarkan.

Beliau mengulas lapran akhbar harian semalam yang memetik kenyataan Perdana Menteri Najib Tun Razak akan mencari lokasi jauh dan selamat untuk pelupusan sisa kilang Lynas.

“Saya cadangkan hantar saja sisa itu ke Pekan (kawasan parlimen Najib) dan kalau penduduk marah katakan tak bahaya,” katanya sambil disambut ketawa orang ramai.

Tambahnya, dalam masa dua tahun saja kilang Lynas akan menghasilkan 1.6 juta meter padu sisa jadi mana tempat yang nak dikambuskan dan berapa ribu lori yang diperlukan untuk pengangkutan.

Dalam pada itu Leong Ngah Ngah yang berceramah kemudian kesal dengan MCA yang tidak henti-henti memainkan isu perkauman dengan mengulang-ulang cerita di Perak yang mana DAP yang banyak kerusi tetapi PAS yang menjadi Menteri Besar.

“Mereka bukan tidak tahu bahawa telah menjadi undang-undang tubuh negeri tersebut Menteri Besarnya mesti Melayu.

“Kita percaya Umno yang minta MCA mainkan isu perkauman. Nampaknya DAP lebih faham politik baru dan kehendak generasi sekarang dan MCA terus ketinggalan sejak berkawan dengan Umno,” sindirnya.

Leong yang baru pulang dari Medan berkata, beliau melancung  ke sana dengan harga tiket 10 sen iaitu yang ditempahnya 8 bulan lalu melalui Air Asia.

“Jadi saya hairan bagaimana MAS sebuah syarikat kerajaan boleh rugi jutaan ringgit sedangkan Air Asia yang bagi tiket 10 sen pun boleh untung.

“Ini hanya simbolik menggambarkan kerajaan BN lemah dalam pentadbiran dan ekonomi sebab itulah hutang Malaysia sekarang mencecah RM450 bilion,” katanya. -Hrkh

Kedah: Tolak mereka yang menangguk di air keruh

KUALA LUMPUR, : Teras Pengupayaaan Melayu (Teras) mengucapkan tahniah kepada Kerajaan Kedah di bawah kepimpinan Datuk Seri Ustaz Azizan Razak (gambar) yang berjaya keluar dari kemelut kepimpinan yang telah berakhir dengan permuafakatan positif dan baik melalui keputusan kolektif di bawah kepimpinan Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Presidennnya, Mohd Azmi Abdul Hamid berkata, khilaf kepimpinan adalah suatu yang lazim dalam mana-mana organisasi.

"Hanya kematangan dan hati yang ikhlas untuk bertanggungjawab langsung kepada Allah ketika menerajui organisasi dan kerajaan negeri, akan menelurkan kejernihan yang cemerlang," katanya kepada Harakahdaily.

Beliau berkata, episod kekhilafan antara pemimpin yang berakhir itu seharusnya menambahkan tekad dan iltizam untuk kembali memperkukuhkan saf dengan lebih ampuh dan utuh.

Katanya, sesungguhnya rakyat akan terus memerhati gelagat kepimpinan kerajaan mana-mana gabungan parti politik.

Justeru, katanya tidak seharusnya diperkecilkan atau meremehkan arus rakyat yang akan sentiasa siap membuat perubahan apabila keyakinan dan kepercayaan rakyat terhakis.

Lebih berat lagi, ujarnya kepimpinan seharusnya lebih rasa takut dan gerun dengan persoalan yang bakal dilontarkan bila mana berhadapan dengan Allah SWT nanti ketika mana amanah dikhianati.

"Inilah rumusan yang sepatutnya dijadi ‘ibrah yang penting untuk semua yang terlibat dengan kepimpinan agar sentiasa mawas dan sedar diri," katanya lagi.

Tambahnya, Teras sangat mengharapkan di saat rakyat meletakkan keyakinan bahawa sudah tiba masanya mandat memerintah diserahkan kepada mereka yang berjiwa Islam, kerja keras untuk menunjukkan hasil bahawa memang tawaran Islam jauh lebih ulung berbanding kerajaan yang berteraskan dasar asobiyyah dan sekularisme, hendaklah dizahirkan.

Kini, ujarnya lagi seluruh tenaga harus kembali kepada menentukan mandat rakyat disempurnakan dan amanah Allah ditunaikan.

"Tolak mereka yang cuba meraih kesempatan untuk menangguk di air yang keruh, semua aktivis Islam seharusnya kembali bermuhasabah dan siap mentarbiyyah diri dengan lebih intensif dengan kesedaran tinggi bahawa mehnah dan fitnah dalam perjuangan tidak mengenal sama ada seseorang itu menjadi aktor senior mahpun aktivis muda," katanya.

Sehubungan itu, tambahnya Teras menyeru semua yang terlibat dalam episod kekhilafahan di kalangan kepimpinan negeri Kedah bersedia meletak ketepi segala persengketaan dan kembali mengukuh khittah perjuangan dengan istiqamah.

"Cukup rakyat telah meneliti kepincangan pemerintah yang sudah terlajak tua memerintah negara ini.

"Jika rakyat dikecewakan lagi dengan retorika perjuangan atas nama Islam tetapi gagal mencari jalan persepakatan, tidak ada yang seharus dipersalahkan selain diri sendiri," ujarnya.

Gambaq lawak menjelang pilihanraya...


Pak Long gelak guling-guling tengok gambaq yang Mak Long hang pilih kali nih... haha... Tak gelak mai mananya, yang jadi peneman kat belakang lagi ramai dari yang nganga terkangkang... hehe... Bila penceramah pakai kain... orang tengok dah rasa lain. Mampuih majlis nak berseri... bila dah tau poket tak berisi... kahkahkah...

Mak Long hang kata gambaq ni dia jumpak kat fesbuk, majlis MIC yang dah dekat-dekat nak mati berdiri... hehe... Chitt!! buat malu kat Hassan Ali ja... hehe...

Orang politik kena bersungguh...
Berputaq cakap, akai kena jenuh
Jumpak rakyat tak la pecah peluh...
Asaikan poket isi mau penuh

Orang politik kena kuat...
Otak simpan biaq mulut ligat
Biaq luaq nampak sihat...
Dalam mereput tak nampak lihat

Orang politik kena pandai...
Ada akai kena dok pakai.
Baru hidup tak macam bangkai...
Tempat rakyat tumpang ramai.

Ni la kot pasainya yang Mak Long hang tak bagi Pak Long masuk politik nih... takut majlis Pak Long pi jadi camni, malu la Mak Long hang nak mengaku bini... hehe...

Wassalam...

http://paklongonline.blogspot.com/

Orang ramai marah polis 'tendang' motosikal remaja


Kurang dua hari disiarkan, gambar seorang anggota polis yang didakwa menendang seorang penunggang motosikal semasa sekatan jalan raya sehingga menyebabkan remaja berusia 14 tahun itu mengalami kecederaan teruk telah dikongsi oleh tidak kurang 10,000 warga maya.

NONEGambar-gambar yang dimuat-naik itu menunjukkan seorang anggota polis berpangkat koperal yang memakai jaket hijau kuning serta bercermin mata gelap hitam dan remaja yang terlentang selepas terjatuh itu menimbulkan kemarahan warga maya yang membidas apa yang disifatkan mereka sebagai keganasan polis.

Kejadian pada Sabtu lalu dikatakan berlaku di Taman Tangkak Jaya, Ledang, Johor, dan telah  dilaporkan dalam akhbar-akhbar Cina, dengan beberapa daripada mereka menyiarkan cerita itu di muka depan akhbar mereka.

Menurut akhbar Kwong Wah Jit Poh, penunggang motosikal itu yang dikenali sebagai Lim Hup Hwang menunggang motosikal tanpa memakai topi keledar pada sekitar jam 5:50 petang apabila beliau melalui sekatan jalan itu.

Ketika cuba menghentikan Lim, anggota polis berkenaan menendang motosikalnya menyebabkan remaja jatuh itu melanggar pembahagi jalan lalu terjatuh.

NONELim kemudiannya dikejarkan ke Hospital Tangkak sebelum dipindahkan ke sebuah hospital swasta di Melaka akibat kecederaan teruk pada kepala, telinga kanan, leher, kaki dan bahagian lain di badannya.

"Ini anggota polis itu! Hanya kerana adik saya tidak memakai topi keledar, dia menendang motosikalnya. Kenapa dia berbuat demikian kepada adik saya yang berusia 14 tahun apabila dia hanya boleh mengeluarkan saman?" soal kakak Lim di posting Facebook posting yang turut memaparkan gambar polis yang sedang bertugas itu.

"Adik saya koma. Beliau mengalami pembekuan darah di lehernya yang terseliuh. Pendarahan juga dilaporkan pada bahagian kepala dan di telinga. Beliau juga terpaksa menerima jahitan untuk kecederaan di seluruh badannya!" -M'kini

 Korang agaklah, berani tak polis tendang motosikal yang ditunggangi oleh individu dalam foto ini?

Insaf Kesalahan Masa Lalu; Umno Wajar Berundur

Politik kian menarik dan meriah menjelang pilihanraya umum ke 13. Terkini Dato' Seri Najib mohon maaf kepada rakyat  atas kesilapan BN dalam pemerintahan mereka yang lepas dan memberi akujanji bahawa mereka tidak akan mengulangi kesilapan silam yang nyata telah membawa igauan buruk buat mereka.

Perbuatan ini dianggap luar biasa. Bagaimana UMNO selama ini dilihat gah dan angkuh di puncak kuasa, tiba - tiba roadshow keseluruh negara memohon maaf daripada rakyat atas kesilapan lampau mereka. Umumnya rakyat melihat perbuatan ini seperti "buang tabiat".

Seolah - olah UMNO sudah tahu bahawa kuasa dan pengaruh mereka bakal berakhir dalam pilihanraya umum akan datang, lalu  UMNO memohon maaf kepada rakyat disetiap negeri yang mereka jelajah.

Saya melihat perkara ini sebagai pelik dan menghairankan kerana Datuk Seri Najib boleh memilih televisyen untuk memohon maaf kepada seluruh rakyat dalam negara kita dan memadai dengan sekali mohon maaf. Tetapi .... apabila tindakan mohon maaf ini dibuat berulang kali, rakyat akan tertanya - tanya sebenarnya apa yang telah berlaku pada UMNO ?

[Gambar - antara kesalahan Umno yang paling besar adalah amalan rasuah]

Sebagai seorang muslim yang baik, sememangnya kita diajar menerima permohonan maaf dan segera memaafkan pihak lain terutama dikala mereka memohon untuk dimaafkan. Cuma asasnya apabila ada orang memohon maaf, ia terhenti di atas 2 perkara:

a] mohon maaf kerana "buang tabiat" mengikut istilah orang tua - tua. Mereka tidak bersalah dan tidak pernah rasa bersalah seperti UMNO yang sering menganggap PAS selama ini melontarkan fitnah kepada mereka. Apa yang PAS sebut adalah tidak benar dan fitnah semata - mata. Ertinya mereka berada di pihak yang benar selama ini, lalu kenapa mereka tiba - tiba beria - ia benar memohon maaf secara berulang kali daripada rakyat.

b] mohon maaf kerana sedar bahawa mereka telah dan pernah melakukan kesalahan serta kesilapan kepada rakyat. Jika ini tujuan UMNO memohon maaf, ertinya selama ini apa yang kita sebut bahawa UMNO telah melakukan kesalahan besar kepada rakyat adalah benar dan telah dimaklumi menerusi sikap dan langkah yang diambil oleh UMNO sehari dua ini apabila mereka memohon maaf kepada rakyat.

Saya tidak bermasaalah untuk rakyat menerima permohonan maaf tersebut atau dalam erti  kata lain, memberi kemaafan kepada mereka. Namun di sana perlu kepada rakyat amnya dan UMNO khasnya memahami bahawa memohon maaf sahaja tidak memadai kerana seiring dengan langkah memohon maaf, UMNO mesti mengembalikan hak rakyat yang telah diambil tanpa kerelaan seperti royalti minyak, kerajaan negeri Perak, pampasan mangsa ISA dan banyak lagi untuk saya sebutkan satu persatu di sini.

Saya melihat satu kewajaran  untuk UMNO berundur,  menginsafi kesilapan lampau dan memberi laluan kepada Pakatan Rakyat pula membuktikan keupayaan mereka menggalas amanah rakyat.

**** Ulasan ini merupakan kenyataan media Ustaz Nasrudin bin Hassan, Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia.

Berikut adalah 10 sebab mengapa Najib takut untuk berdebat..


Kenyataan terbaru perdana menteri mengenai kesediannya berdebat dengan mana-mana pemimpin, namun pada masa sama meletakkan syarat yang tidak jelas, sekali lagi menggambarkan sikapnya yang berdolak dalik.

Najib sentiasa mencari alasan untuk mengelak cabaran debat Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan memberi gambaran kononnya pemimpin Pakatan Rakyat itu tidak rasional.

“Sedangkan debat yang ingin dianjurkan ini memang berkaitan masa depan negara dan rakyat, bukan setakat debat kosong. Kita mahu berdebat mengenai dasar ekonomi, tadbir urus dan berkaitan kepentingan rakyat,”

Najib tidak perlu berdolak dalik memandangkan seluruh rakyat terutama pengundi muda mahu melihat sejauh mana kredibiliti seorang pemimpin politik berhujah bagi membuktikan masing-masing layak untuk mentadbir negara.

“Sikap Najib yang sentiasa berdolak dalih akan menjatuhkan imejnya sendiri kerana pengundi muda yang merupakan kelompok terbesar mahu melihat kedua-dua tokoh politik ini berdebat mengenai masa depan negara,”

Itu kenyataan dari Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli yang mengulas kenyataan Datuk Seri Najib Razak bahawa kononnya sedia berdebat dengan syarat lawannya mesti mempunyai ‘pemikiran munasabah’ dan serius mengenai masa depan negara, untuk sepenuhnya bacalah di Keadilandaily


Berikut pula adalah 10 sebab mengapa Najib takut untuk berdebat..


MAC 5 - Perdana Menteri boleh membuat cahaya dapatan kajian yang menunjukkan bahawa kebanyakan rakyat Malaysia mahu beliau untuk berdebat dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim tetapi hakikat yang menyedihkan adalah bahawa manusia ini mempunyai rangka terlalu banyak dan tanda soal di sebelah namanya kepada risiko perdebatan walaupun denganJelapang Hu.

Oleh itu yang terbaik yang dia boleh lakukan melalui blog (lagi pilihan yang selamat supaya dia tidak perlu menjawab soalan-soalan sukar dari media alternatif) adalah untuk bercakap tentang hanya berdebat dengan pemimpin-pemimpin yang bertanggungjawab dan tidak mereka yang terdedah kepada teori konspirasi.

Ini adalah lencongan 101: ketika anda terjebak, menyalahkan pihak lain. Sebenarnya, Najib Tun Razak tidak akan berdebat dengan sesiapa sahaja dan ini adalah sebab-sebab:

1) Dia akan ditanya soalan mengenai senyap memekakkan ekoran kempen keganasan yang dilakukan oleh parti dan Kuasa, ribut askar mereka terhadap pembangkang.

2) Dia akan ditanya mengenai hutang penggelembungan kebangsaan dan cara yang tidak bertanggungjawab di mana kerajaan membelanjakan wang untuk membeli undi.

3) Dia akan diminta untuk mewajarkan tindakan tergesa-gesa tidak suci di mana kerajaan menolak melalui penyenaraian Felda.

4) Dia akan diminta untuk menjawab soalan-soalan di atas kematian model Mongolia, Altantuya Shariibuu, pertukaran terkenal sms antara beliau dan peguam Shafee Abdullah dan komisen besar yang dibayar kepada sebuah syarikat yang dikaitkan dengan orang kepercayaan beliau berhubung dengan kapal selam perjanjian.

5) Dia akan diminta untuk mentakrifkan bergerak beliau konsep 1 Malaysia ekoran penggunaan Ali Kuasa, Ibrahim, Zulkifli Noordin dan Hasan Ali.

6) Dia akan diminta untuk membahaskan DEB dan hubungan cinta dengan kroni.

7) Dia akan perlu untuk membincangkan mengheret kaki sekitar Perbadanan fidlot Negara dan keengganan untuk menyiasat Peguam Negara Gani Patail dalam kotak yang penuh dengan tuduhan serius, tidak lagi penyelesaian dengan Tajuddin Ramli.

8) Dia akan bercakap tentang penggunaan memalukan kerajaan wang pembayar cukai untuk membayar Media FBC dan membeli publisiti yang baik di luar negara.

9) Dia akan bercakap mengenai permohonan maaf setengah masak untuk dosa-dosa yang lalu Umno.

10) Dia akan bercakap tentang Liwat II.

Perdebatan akan menjadi terlalu membebankan untuk Najib dan yang adalah mengapa dia tidak akan berkongsi pentas dengan Anwar Ibrahim atau sesiapa. Bahawa kebenaran terserlah dan ia menyakitkan.
-sumber

Bangunan baru UPSI: Tidak sampai sebulan siling dah runtuh

MINGGU lalu, ReJaM© ke Ibu Pejabat Polis Daerah Tanjung Malim, Perak ketika 7 orang mahasiswa termasuk seorang aktivis dipanggil untuk sesi kawad cam rujuk sini [KeadilanKini].

Mereka diarahkan ke balai polis untuk membantu siasatan melalui pengecaman saksi-saksi polis bagi mengenalpasti individu-individu yang menyertai himpunan kebebasan akademik malam tahun baru 2012 yang lalu.

Antara yang turut dipanggil ialah saudara Hilman Idham, pegawai khas Timbalan Presiden KEADILAN, Azmin Ali yang juga bekas ahli jawatan kuasa Soladiriti Mahasiswa Malaysia (lima dari kiri dalam gambar).



Buat pengetahuan sahabat pembaca, IPD Tanjung Malim terletak tidak sampai 200 meter dari Kampus Induk Universiti Pendidikan Sultan Idris, UPSI. Atau lebih mudah, ia hanya berdepan dengan pintu masuk utama UPSI.

Semasa berada di sana, ReJaM© dihampiri oleh seorang pelajar UPSI yang menjelaskan bahawa sebuah lagi kampus UPSI yang baru dibina sudah siap diduduki.

Kampus baru itu terletak barangkali sekitar 2 kilometer dari kampus induk yang lama. Baru tidak sampai sebulan para pelajar dan staff mula mendudukinya. ReJaM© turut ke sana.

Apa yang cukup memeranjatkan, pelajar ini memberitahu bahawa siling bangunan baru ini sudah ada yang runtuh kerana bocor ditimpa air ketika hujan lebat.

Pelajar ini turut memaklumkan bahawa sudah banyak aduan dan rungutan namun tiada apa-apa perubahan dilihat. Tiada sebarang tindakan diambil.

Memandangkan hari sudah agak petang, ReJaM© tidak sempat untuk meninjau kesemua lokasi siling yang dikatakan runtuh itu, namun sempat mengambil gambar salah sebuah lokasi yang dimaksudkan iaitu di bilik salah seorang pensyarah.



Difahamkan, mereka juga mengalami masaalah penghawa dingin, di mana hanya satu alat kawalan yang terpaksa dikongsi dalam satu bangunan menjadikan mereka terpaksa berlari dari satu aras ke satu aras untuk mendapatkan alat kawalan penghawa dingin.

Semasa keluar dari kampus baru itu, ReJaM© terpandang satu papan tanda tentang maklumat projek yang dijalankan di kawasan tersebut. Di sana tertulis "Satu lagi projek kerajaan Barisan Nasional"

Dalam hati ReJaM© berbisik "padanlah tak sampai sebulan siling dah runtuh". Serta merta juga ReJaM© teringat kisah stadium yang baru dibina di Terengganu runtuh sebelum sempat digunakan.




ReJaM© "Petanda bahawa Barisan Nasional dah nak runtuh..." -sumber

Amerika Lebih Takut Ahmedinejad Kalah Dalam Pilihanraya Presiden Iran

Pilihanraya presiden Iran: Mahmoud Ahmadinejad jauh ketinggalan

TEHERAN: Undi terbaru menunjukkan mereka yang setia dengan pemimpin ulama Iran, menang 75 peratus kerusi dalam pilihan raya parlimen, menjadikan calon Presiden Mahmoud Ahmadinejad semakin sukar untuk menentang puak konservatif.

Keputusan undi Jumaat lalu, sebahagian besarnya dipulau oleh golongan reformis yang pemimpin mereka masih dikenakan tahanan rumah, tidak akan memberi kesan yang besar terhadap dasar luar Iran, termasuk pertikaian nuklear dengan Barat.

Namun begitu, ia akan memberi kelebihan yang ketara kepada kem Pemimpin Tertinggi Iran, Ayatollah Ali Khamenei dalam pilihan raya presiden, pada 2013. Kekalahan besar penyokong Ahmadinejad mungkin akan menghakis kuasa presiden, yang diapi-apikan oleh sekutu Khamenei kerana ia telah mencabar kuasa pemimpin tertinggi dalam pemerintahan Iran yang berlapis-lapis itu.

Dengan 90 peratus daripada peti undi yang dikira, penyokong Khamenei dijangka menduduki lebih daripada dua per tiga daripada 290 kerusi dalam Parlimen, menurut senarai yang diterbitkan oleh Kementerian Dalam Negeri. -Reuters

Walaupun Amerika takut dengan kemenangan Ahmedinejad, namun kekalahan Ahmedinejad lebih menakutkan dan mengerikan Amerika kerana yang menang ialah kem Pemimpin Tertinggi Iran, Ayatollah Ali Khamenei yang lebih ketara dan keras prinsipnya terhadap Amerika. -GB

Warkah Biru buat Tun Dr. Mahathir

alt



Kembalilah kepangkal Jalan.

Terlebih dahulu saya memohon berbanyak maaf atas kehadhiran warkah terbuka ini jika ia menganggu keselesaan Ybhg Tun Dr Mahathir. Saya utuskan warkah ini, bukan sahaja bermaksud untuk tatapan Ybhg Tun tetapi juga untuk pengetahuan umum bagi menjernih kekeliruan dan kecelaruan fikir masyarakat awam mengenai hukum hudud.

1. Kenyataan Tun Dr. Mahathir Mohamad di Konvensyen Kebangsaan Politik dan Patriotisme di Universiti Malaysia Sarawak [UNIMAS] pada 26 Feb 2012  baru - baru ini adalah suatu kenyataan yang cukup mengelirukan dan berpotensi memesong pemikiran orang ramai khasnya ummat Islam terhadap kesucian dan ketulenan agama Islam.

2. Cara Tun Dr. Mahathir memahami Hukum hudud khasnya dan Islam amnya adalah suatu yang sangat asing [gharib] dari disiplin ilmu Islam malah apa yang diutarakan oleh Tun Dr. Mahathir dalam konvensyen tersebut bahawa Hukum Hudud adalah ciptaan ahli Feqah dan ianya tidak terdapat di dalam Al Quran adalah merupakan fitnah yang sangat dahsyat terhadap Kalaamullah Al Quranul Karim.

3. Hudud ialah kategori kesalahan dan hukumannya telah ditentukan oleh Allah swt dalam Al Quran dan RasulNya saw di dalam hadis baginda. Ianya merupakan hak Allah yang tidak boleh ditukar ganti, diubah suai ataupun dipinda. Malah hukumannya tidak boleh dimaafkan oleh sesiapa pun bagi pihak Allah swt.  Sebagaimana hukum ini telah ditetapkan oleh Allah swt, demikian juga kita telah diperintah oleh Allah swt untuk melaksanakannya. Firman Allah swt :

وَأَنِ احْكُم بَيْنَهُم بِمَا أَنزَلَ اللَّهُ وَلَا تَتَّبِعْ أَهْوَاءَهُمْ وَاحْذَرْهُمْ أَن يَفْتِنُوكَ عَن بَعْضِ مَا أَنزَلَ اللَّهُ إِلَيْكَ فَإِن تَوَلَّوْا فَاعْلَمْ أَنَّمَا يُرِيدُ اللَّهُ أَن يُصِيبَهُم بِبَعْضِ ذُنُوبِهِمْ وَإِنَّ كَثِيرًا مِّنَ النَّاسِ لَفَاسِقُونَ

Dan hendaklah engkau menjalankan hukum di antara mereka dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah dan janganlah engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka, dan berjaga-jagalah supaya mereka tidak memesongkanmu dari sesuatu hukum yang telah diturunkan oleh Allah kepadamu. Kemudian jika mereka berpaling (enggan menerima hukum Allah itu), maka ketahuilah, hanyasanya Allah mahu menyeksa mereka dengan sebab setengah dari dosa-dosa mereka; dan sesungguhnya kebanyakan dari umat manusia itu adalah orang-orang yang fasik.

Surah Al Maaidah : 49

4. Kesalahan hudud yang wajib dijatuhkan hukuman khusus telah jelas disebut oleh Allah swt dengan lafaz yang sorih [nyata] di dalam Al Quran dan juga Hadis Nabi saw. Bagaimana Tun Dr. Mahathir begitu yakin dan konfiden mengatakan ia adalah ciptaan ahli feqah dan tidak terdapat di dalam Al Quran.

a] Kesalahan Zina iaitu persetubuhan suka sama suka tanpa nikah yang sah. Hukumannya disebut dalam surah an Nuur ayat 2.

b] Kesalahan Qazaf iaitu menuduh orang berzina. Hukumannya disebut dalam surah An Nuur ayat 4.

c] Kesalahan Minum arak atau minuman yang memabukkan. Hukumannya disebut dalam hadis nabi saw yang diriwayatkan oleh Imam Muslim dari riwayat Saidina Ali bin Abi Talib Karramallahuwajhah.

جلد رسول الله صلى الله عليه وسلم أربعين و أبو بكر أربعين و عمر ثمانين و كل سنة و هذا أحب إليَّ

d] Kesalahan Mencuri. Hukumannya disebut dalam surah al Maaidah ayat 38.

e] Kesalahan Murtad. Hukumannya disebut dalam hadis Nabi saw yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari dari riwayat Ibnu Abbas rha.

من بدَّل دينه فاقتلوه

f] Kesalahan Merompak. Hukumannya disebutkan dalam surah al Maaidah ayat 33 dan 34

g] Kesalahan Bughah atau memberontak kepada Ulil Amri yang adil dan serta menjalankan hukum Allah swt yang berdalilkan Al Quran dan Sunnah. Hukumannya disebut di dalam surah al Hujurat ayat 9.
[ kategori ini ~ bughah ~ menjadi khilaf dikalangan ulama' , samaada ia termasuk dalam kesalahan hudud atau tidak ]

5. Jika kita melafazkannya dengan sedar dan bertujuan menafikan bahawa hukuman hudud ini bukan dari al Quran sedang nyata ianya termaktub di dalam al Quranul Kareem, maka ucapan itu boleh membatalkan aqidah. و العياذ بالله نعوذ  عياذا بالله

6. Mendustakan ayat - ayat Allah swt pula berlagak angkuh kononnya hukum yang Allah cipta tidak adil sangat besar risikonya sehingga kelak mereka yang mendustakannya dinafikan hak dan peluang menduduki syurga Allah swt. Firman Allah swt :

إِنَّ الَّذِينَ كَذَّبُوا بِآيَاتِنَا وَاسْتَكْبَرُوا عَنْهَا لَا تُفَتَّحُ لَهُمْ أَبْوَابُ السَّمَاءِ وَلَا يَدْخُلُونَ الْجَنَّةَ حَتَّىٰ يَلِجَ الْجَمَلُ فِي سَمِّ الْخِيَاطِ وَكَذَٰلِكَ نَجْزِي الْمُجْرِمِينَ

Sesungguhnya orang-orang yang mendustakan ayat-ayat (perintah) Kami dan yang angkuh (merasa dirinya lebih) daripada mematuhinya, tidak sekali-kali akan dibukakan bagi mereka pintu-pintu langit dan mereka tidak akan masuk Syurga sehingga unta masuk di lubang jarum dan demikianlah Kami membalas orang-orang yang melakukan kesalahan.

Surah al A'araf : Ayat 41

7. Saya melihat Ybhg Tun Dr. Mahathir juga sangat keliru bagaimana mahu memahami kedudukan hukuman hudud di dalam Islam. Apabila Ybhg Tun menegas bahawa untuk melakukan sesuatu mesti rujuk kepada Al Quran, tetapi dalam masa yang sama, Ybhg Tun menganggap hukum hudud tidak ada di dalam al Quran. Jika benar tindakan dan ucapan dirujuk kepada al Quran, Ybhg Tun pasti menemui hukum hudud termaktub di dalam al Quranul Karim.

8. Secara rendah diri saya merasakan bahawa Tun Dr. Mahathir perlu mendalami pengajian ilmu Islam melalui bimbingan alim ulama' yang mendalam ilmu mereka dalam perkara ini. Saya dapat lihat dengan jelas bahawa Tun benar - benar keliru terhadap hukum Allah swt ini lalu Tun mempunyai pra sangka yang buruk terhadapnya.

9. Sebagainya contoh menganggap hukum hudud tidak adil hanya kerana hukum hudud tidak dikenakan ke atas non muslim lalu Ybhg Tun membuat perbandingan yang dangkal bahawa muslim mencuri dipotong tangan lalu kudung sedang non muslim mencuri hanya dipenjara dan tangannya tidak kudung. Jika saya menjawab dengan perbandingan serupa bahawa muslim wajib solat, puasa, zakat dan haji sedang non muslim tidak diwajibkan ke atas mereka untuk melakukan semua itu, apakah Tun akan berkata bahawa Islam juga tidak adil ? Allah juga tidak adil ? Cara Tun berfikir kini sangat jauh tersasar.

10. Pengecualian non muslim dari perlaksanaan hukuman hudud adalah suatu pengecualian yang bersumberkan wahyu sebagaimana Firman Allah swt :

سَمَّاعُونَ لِلْكَذِبِ أَكَّالُونَ لِلسُّحْتِ فَإِن جَاءُوكَ فَاحْكُم بَيْنَهُمْ أَوْ أَعْرِضْ عَنْهُمْ وَإِن تُعْرِضْ عَنْهُمْ فَلَن يَضُرُّوكَ شَيْئًا وَإِنْ حَكَمْتَ فَاحْكُم بَيْنَهُم بِالْقِسْطِ إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الْمُقْسِطِينَ

Mereka sangat suka mendengar berita-berita dusta, sangat suka memakan segala yang haram (rasuah dan sebagainya). Oleh itu kalau mereka datang kepadamu, maka hukumlah di antara mereka (dengan apa yang telah diterangkan oleh Allah), atau berpalinglah dari mereka; dan kalau engkau berpaling dari mereka maka mereka tidak akan dapat membahayakanmu sedikitpun; dan jika engkau menghukum maka hukumlah di antara mereka dengan adil; kerana sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berlaku adil.

Surah al Maaidah : ayat 42

11.  Menilai hukum hudud dan kesannya ke atas ummah tidak boleh dinilai hanya melalui aqal semata - mata, tetapi selaku seorang yang mengaku muslim, Ybhg Tun mesti melihatnya dengan kaca mata Islam dan Iman. Ertinya Tun mesti menilai sehingga tembus ke ruang akhirat. Jangan hanya menilai hukum hudud dalam dinding sempadan dunia semata - mata.

12. Akhirnya saya sekali lagi menasihati diri saya sendiri pula dengan rasa rendah hati menasihati Ybhg Tun Dr. Mahathir Mohamad bahawa hukuman hudud adalah ketetapan Allah swt. Kalaupun kita tidak mampu melaksanakannya, janganlah kita menafikannya apatah lagi mempersendakannya dengan fitnah kononnya hukum hudud adalah cipta ahli feqah.

13. Ybhg Tun, marilah kita baca beberapa penegasan Allah swt di dalam Al Quran agar kita insaf dan patuh pada perintah Allah swt. Pertama, bacalah dengan bahasa Arab kerana al Quran tidak boleh dibaca dalam bahasa lain kecuali dengan bahasa ia diturunkan iaitu bahasa Arab. Adapun terjemahannya bolehlah dibaca dengan apa jua bahasa yang kifaham dan selesa.

a] Firman Allah swt dari Surah an Nisaa' ayat 13.

تِلْكَ حُدُودُ اللَّهِ وَمَن يُطِعِ اللَّهَ وَرَسُولَهُ يُدْخِلْهُ جَنَّاتٍ تَجْرِي مِن تَحْتِهَا الْأَنْهَارُ خَالِدِينَ فِيهَا وَذَٰلِكَ الْفَوْزُ الْعَظِيمُ

Segala hukum yang tersebut adalah batas-batas (Syariat) Allah. Dan sesiapa yang taat kepada Allah dan RasulNya, akan dimasukkan oleh Allah ke dalam Syurga yang mengalir dari bawahnya beberapa sungai, mereka kekal di dalamnya; dan itulah kejayaan yang amat besar.

b] Firman Allah swt dari surah an Nisaa' ayat 56.

إِنَّ الَّذِينَ كَفَرُوا بِآيَاتِنَا سَوْفَ نُصْلِيهِمْ نَارًا كُلَّمَا نَضِجَتْ جُلُودُهُم بَدَّلْنَاهُمْ جُلُودًا غَيْرَهَا لِيَذُوقُوا الْعَذَابَ إِنَّ اللَّهَ كَانَ عَزِيزًا حَكِيمًا

Sesungguhnya orang-orang yang kufur ingkar kepada ayat-ayat keterangan Kami, Kami akan membakar mereka dalam api neraka. Tiap-tiap kali kulit mereka masak hangus, Kami gantikan untuk mereka kulit yang lain supaya mereka dapat merasa azab sengsara itu. Dan (ingatlah) sesungguhnya Allah adalah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.

14. Semoga Ybhg Tun diberikan keafiatan dan punya masa terluang untuk membaca warkah ini dengan tenang. Beri masa pada diri untuk berfikir tanpa sebarang prejudis terhadap hukum Allah swt. Jua tidak didorong rasa dendam kepada PAS lalu menolak syariat yang diperjuangkan oleh PAS. Menganggap hudud itu adalah hudud PAS.

15. Saya harap Ybhg Tun dapat mengkajinya sendiri, dengan membuka helaian al Quran lalu membaca dan mentadabburnya dengan cermat. Jika Ybhg Tun tidak jelas memahaminya, boleh dirujuk kepada alim ulama' yang mukhlisin. Bukan merujuk kepada penasihat 25 % yang hanya merosakkan masa depan Ybhg Tun.

16. Salam hormat dari saya. Insyaallah, kiranya diizinkan oleh Allah swt. saya bersama rakan - rakan exco Dewan Pemuda PAS Malaysia ingin benar bertemu dengan Ybhg Tun untuk bermuzakarah mengenai hukum Allah swt yang suci lagi adil ini. Harap Ybhg Tun juga berlapang dada dan sedia bertemu dengan pihak kami. Insyaallah, kami akan memilih masa yang sesuai dan munasabah untuk menghantar surat rasmi kepada pihak Ybhg Tun untuk tujuan tersebut.

السلام عليكم و رحمة الله و بركاته

Nasrudin bin Hassan
Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia.

Isu Kedah: Azizan Kekal MB, Phahrolrazi & Ismail Kembali Sebagai Exco [updated]



Kuala Lumpur - Pas Pusat mencapai kata putus dengan mengekalkan Datuk Seri Azizan sebagai Menteri Besar Kedah dan telah meminta dua Exco yang terlibat kembali (menerima jawatan exco).

Setiausaha Agung Pas, Datuk Musatafa Ali berkata, setelah mesyuarat khas bersama Presiden Pas di Alor Setar kelmarin Azizan diminta untuk meneruskan tugasnya seperti biasa.

<"Selain itu, Pas Pusat juga sebulat suara mahu Datuk Pharolrazi dan Datuk Ismail Salleh kembali sebagai exco dalam pentadbiran negeri Kedah.

"Antara lain, Pas Pusat akan menubuhkan satu Jawatankuasa Pemandu untuk sama-sama bertangungjawab memantau dan beri pandangan kepada negeri-negeri yang diterajui oleh Pas dan juga negeri-negeri yang Pas adalah sebahagian daripada negeri tersebut," katanya pada sidang media di ibu pejabat Pas Pusat pagi ini.

Keputusan itu dicapai selepas mesyuarat Jawatankuasa Pas Pusat Sabtu lalu di Alor Setar, Kedah.

Pas pertemuan itu, Ismail tidak bersama, tetapi keputusan Pas Pusat ini telah di maklumkan.

"Kedua-dua Exco dah tahu keputusan ini, dan itu yang kami putuskan," katanya.

Ketika ditanya sama ada kedua-dua Exco telah memberi jawapan atau tidak.

Mustafa berkata, pihaknya optimis yang kedua-dua Exco itu akan kembali menerima jawatannya. -SH


Azizan kekal MB, 2 exco perlu kembali


KUALA LUMPUR, 5 Mac: PAS hari ini menemui jalan penyelesaian terhadap kemelut yang berlaku di Kedah berhubung dengan pelantikan dua exco yang masih tertangguh hingga hari ini.

Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali berkata, keputusan telah dibuat oleh Jawatankuasa PAS Pusat berhubung dengan perbincangan di Alor Setar sebelum ini.

"Dalam mesyuarat tersebut kita telah memutuskan bahawa Datuk Seri Diraja Azizan Razak akan meneruskan tugasnya seperti biasa sebagai Menteri Besar.

"Selain itu juga kedua-dua exco perlu kembali dalam Exco Pentadbiran Negeri Kedah,"
jelasnya ketika bercakap pada satu sidang media di Ibu Pejabat PAS di sini, pagi ini.

Malam semalam, perbincangan mencari formula penyelesaian isu Kedah berlangsung di kediaman rasmi Menteri Besar di Seri Mentaloon yang menyaksikan perbincangan hampir 5 jam bermula 9.30 malam sehingga jam 3 pagi.

Pertemuan tersebut adalah antara Jawatankuasa Kerja PAS Pusat dengan Badan Perhubungan PAS Kedah dengan dipengerusikan sendiri Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.

Ianya berhubung isu Datuk Ir Phahrolrazi Zawawi dan Dr Ismail Salleh yang enggan dilantik semula sebagai Exco Kerajaan Negeri Kedah dan dilihat tidak selari dengan Menteri Besar, Datuk Seri Ust Azizan Abdul Razak.

Phahrolrazi dan Dr Ismail masing-masing merupakan Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri I dan II manakala Azizan adalah Pesuruhjaya PAS Negeri.

Mustafa juga berkata, PAS Pusat akan menubuhkan Jawatankuasa Pemandu untuk bersama bertanggungjawab memantau serta memberi pandangan kepada pentadbiran negeri di bawah PAS, malah termasuk juga negeri-negeri yang mana PAS juga turut terlibat dalam pentadbiran.

Ketika ditanya mengenai perbincangan yang diambil begitu lama bagi menyelesaikan kemelut tersebut, Mustafa memberitahu mesyuarat sebenarnya tidak lama tetapi untuk mendengar pandangan exco-exco itu memerlukan masa yang lama.

Beliau turut yakin bahawa krisis itu selesai dan kedua-dua exco menerima keputusan yang telah dicapai.

"Kita telah memaklumkan keputusan tersebut secara lisan dan saya optimis kedua-dua mereka menerima keputusan tersebut.

"Buat masa sekarang tidak ada sebarang andaian negatif dilakukan terhadap keengganan mereka menerima keputusan tersebut," sambungnya.

Mustafa turut menyatakan keputusan itu juga telah dipersetujui oleh Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.

"Selain itu juga kita turut yakin dan optimis bahawa keputusan ini akan mengukuhkan kedudukan kita (PAS) di Kedah serta mengekal kemenangan pada pilihan raya yang akan datang," jelasnya lagi.
-HD
Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .