Hebat Debat Hassan Ali Dan Noh Omar.. Saksikanlah!!
"Debat" JOM TOLAK PAKATAN antara pendebat terhebat, terunggul dan
tersohor Noh Omar, Timbalan Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri Selangor
dengan Presiden NGO Islam, Melayu dan Raja, Tiga Jalur, JATI, Hasaan
Aqidah Ali di Sijangkang, Kuala Langat Selangor telah berjalan dengan
sambutan cukup "hebat". Hadirin kebanyakannya ialah wanita UMNO.
Apa yang jelas "DEBAT HEBAT" tersebut bolehlah dirungkaikan sebagai
bukannya JOM TOLAK PAKATAN tetapi lebih merupakan JOM KEKALKAN PAKATAN.
Intipati cercaan kedua "pendebat" seperti dijangkakan ialah 1) Kalimah
Allah 2) Isu air 3) Janji Warga ibu tunggal tidak dilaksanakan 4) PAS
jadi kuda tunggangan DAP.
Ingatkan macai-macai UMNO yang berhujah sedemikian rupa...Pemimpin tinggi mereka pun otak lebih kurang sama juga.
Rakyat dah muak, jijik dan naik muntah dengar hujah-hujah bertaraf sampah dari pemimpin-pemimpin UMNO.
Rakyat secara keseluruhannya sudah bertekad mau melakukan perubahan.. Maukan supaya UMNO menjadi pembangkang selepas PRU 13.
Nasihat Omakkau.. cukuplah membuat fitnah...Kedudukkan UMNO pasti akan berubah. ~omakkau
Singapura perjelas kenyataan SPR berhubung syarat pengundi luar negara
KUALA LUMPUR, 1 Feb — Singapura semalam memberi penjelasan berhubung
kenyataan Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Datuk Wan
Ahmad Wan Omar, yang merujuk syarat pengundi luar negara di republik
itu.
Suruhanjaya Tinggi Singapura di Kuala Lumpur hari ini menjelaskan bahawa
untuk melayakkan warganya mendaftar sebagai pengundi luar negara,
seseorang perlu mendaftar sebagai pengundi dan tinggal
sekurang-kurangnya 30 hari di republik itu dalam tempoh tiga tahun
sebelum tarikh daftar pemilih terbaharu.
Ia berkata kenyataan Wan Ahmad pada 27 Jan lepas
bahawa warga Singapura yang berada di luar negara perlu kembali ke
republik itu dan tinggal sekurang-kurangnya tiga bulan sebelum mereka
layak mendaftar sebagai pengundi luar negara, adalah tidak tepat.
SPR membenarkan rakyat Malaysia yang tinggal di luar negara mendaftar
sebagai pengundi biasa, selain pengundi tidak hadir, untuk melayakkan
mereka menjadi pengundi pos pada Pilihan Raya Umum ke-13.
Bagaimanapun, mereka perlu tinggal di negara ini sekurang-kurangnya 30
hari dalam tempoh lima tahun sebelum pembubaran Parlimen atau Dewan
Undangan Negeri.
Wan Ahmad berkata syarat itu turut diguna pakai negara Komanwel lain seperti Australia, Kanada dan Singapura. — Bernama
Pengundi luar: Pakatan mahu SPR gugur syarat 30 hari
SHAH ALAM - Syarat tidak kurang 30 hari tinggal di Malaysia yang
ditetapkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) ke atas pengundi tinggal
di luar negara perlu digugurkan atas alasan ia tidak dibincangkan oleh
Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen (PSC) Mengenai Penambahbaikan Sistem
Pilihan Raya.
Setiausaha Pengelola DAP, Anthony Loke berkata, SPR perlu menghormati
keputusan yang telah dibuat oleh PSC dan perkara yang telah dipersetujui
sebelum ini.
Beliau berkata, syarat tinggal tidak kurang 30 hari akan menyukarkan proses pilihan raya.
"Syarat tambahan baru (tinggal tidak kurang 30 hari) itu, perlu digugurkan.
"... lagipun syarat itu tak pernah dibincangkan sebelum ini pada
mesyuarat PSC, memanglah SPR ada kuasa, tapi mereka perlu hormat
keputusan PSC.
"Syarat baru ini juga akan menyukarkan proses mengundi (membabitkan)
pengundi luar tersebut," katanya kepada Sinar Harian Online.
Kelmarin, media melaporkan syarat kelayakan pengundi luar negara yang
ditetapkan SPR, antaranya mesti pernah kembali ke tanah air dalam tempoh
lima tahun terakhir dan tinggal tidak kurang 30 hari, adalah munasabah.
SPR berkata, syarat itu cukup ringan dan sesuai kerana negara-negara
Komanwel seperti Australia dan Kanada turut menetapkan syarat sama
manakala di Singapura menetapkan syarat tiga bulan.
Mengulas lanjut, Loke yang juga Ahli Parlimen Rasah dan bekas anggota
PSC berkata, syarat pulang sekali dalam tempoh lima tahun yang
ditetapkan SPR itu adalah munasabah.
Namun beliau berkata, semua syarat baru yang ditambah perlu dibincangkan
kepada PSC walaupun SPR mempunyai hak untuk menentukan syarat pilihan
raya.
"PSC adalah suara ramai wakil Ahli Parlimen, suara rakyat, jadi sebarang
keputusan atau syarat baru perlu dibincangkan dengan PSC.
"Pulang sekali dalam tempoh lima tahun, saya setuju tetapi tidak perlu
letak syarat 30 hari itu," katanya yang sebelum ini pernah menggesa SPR
mengkaji semula syarat itu. -SH
KUALA LUMPUR: Pemimpin
BN Umno masih lagi bermain taktik lama untuk menghadapi PRU13 dengan
memutar belit fakta demi mencapai matlamat kemenangan BN terutama dengan
pengundi Melayu.
Contohnya, kata Idris Ahmad isu pengguguran Ustaz Nasharuddin Mat Isa
daripada Majlis Syura Ulamak PAS pada 13 Januari lalu tetapi pemimpin
Umno yang kebuluran isu menipu rakyat kononnya beliau dipecat kerana
mengiringi Datuk Seri Najib ke Gaza sedangkan pemergian beliau ke Ghaza
pada 23 Januari 2013.
“Umno sudah rabun angka, sehingga tidak tahu beza mana tarikh yang
terdahulu. Begitu juga mengenai isu penggunaan nama Allah, dan
terjemahan Bible.
“Pemimpin Umno cuba menjadi hero mempertahan nama Allah, dan
memfitnah PAS bersetuju nama Allah diterjemah,” ujar AJK PAS Pusat itu
dalam satu kenyataan.
Pada hal, katanya Datuk Seri Hishammuddin Hussein Onn, Menteri Dalam
Negeri telah menyatakan kerajaan akan menarik balik kebenaran mencetak
terjemahan Bible, jika langgar syarat pada 20 Januari 2013, ertinya
kerajaan pimpinan Umno sudah pun meluluskan.
Beliau juga bertanya di mana pula fatwa ulama pengampu yang menuduh
siapa yang mengatakan nama Allah diterjemahkan hukumnya kafir.
Begitu juga, ujarnya pemimpin dan media Umno mengatakan jika Pakatan Rakyat menang, Perdana Menteri ialah orang Cina.
“Macam mana Cina hendak menjadi Perdana Menteri, majoriti kerusi
bukan Islam seluruh Malaysia ialah 69 kerusi sahaja, masih memerlukan 53
kerusi supaya mendapat 112 kerusi.
“Inilah hujah yang diputar di kampung-kampung. Konco-konco Umno juga
menipu rakyat mengatakan, agama Kristian akan menjadi agama rasmi jika
Pakatan Rakyat menang,” katanya lagi.
Justeru, katanya tidak masuk akal langsung kerana penganut Kristian
di negara ini hanya 9 peratus sahaja sedangkan Konvensyen Pakatan Rakyat
Pertama pada 19 Disember 2009 telah menetapkan bahawa Islam, Melayu,
Raja dan Bahasa Melayu akan terpelihara.
Tambahnya, mereka juga membohongi rakyat bahawa Raja-Raja Melayu akan
dihapuskan jika Pakatan Rakyat menang. Hakikat yang mengaibkan
Raja-Raja Melayu pada tahun 1983 dan 1993 ialah Umno.
Sehubungan itu, kata beliau rakyat perlu faham bahawa menurut
Perlembagaan, kedudukan Raja-Raja Melayu tidak boleh dihapuskan dengan
apa cara sekalipun, kecuali persetujuan persidangan Raja-Raja Melayu
sendiri yang menghapuskannya. -Hrkh
#KL112 mencatatkan sejarah tersendiri.
Tidak ada siapa yang boleh memberikan angka tepat mengenai berapa ramai
yang berhimpun dalam dan di sekeliling stadium pada 12 Januari lepas.
Namun seperti biasa angka ini akan dijadikan bahan oleh regim untuk
perkecil himpunan rakyat ini. Mulanya regim mengumumkan tidak lebih dari
30,000 orang sahaja, namun jumlah ini disentak dengan pengumuman polis
yang menyatakan pihak penganjur bersalah langgar syarat kebenaran iaitu
melebihi 30,000 orang. Apa pun penafian kebangkitan rakyat dengan regim
bermain nombor mudah dipatahkan dengan gambar himpunan.
Isunya bukan sekadar jumlah, bagi regim ini makin
panik ialah di manakah agensi seperti PDRM berada? Di mana-mana sejarah
kebangkitan rakyat menghumban regim tua, di mula kebangkitan pasti
polis atau tentera alat penting regim untuk mematahkan kebangkitan
rakyat tetapi apabila hakikat sebenar bahawa betapa regim membawa
kerosakan dan sudah tidak boleh diselamatkan lagi maka saat kemenangan
kebangkitan rakyat akan ditandakan dengan bermulanya (selalunya
sebahagian) dari polis atau tentera sedia untuk ‘mengkhianati regim’ dan
duduk bersama rakyat. Tanda ini agak jelas ketika Himpunan #KL112 atau
HKR baru-baru ini.
Bagaimana ketika Najib diluar negara, pimpinan utama polis selesa duduk
berbincang dengan pimpinan rakyat di Bukit Aman sehingga persetujuan
untuk mencipta sejarah himpunan rakyat paling aman dan paling ramai
sejak merdeka. Namun setelah Najib pulang dari luar negara ‘mungkin’
polis ditekan dan dipertikai mengapa PDRM berani memberi jaminan
sedemikian, maka sedikit gangguan dimunculkan iaitu surat cadangan
mengalih lokasi himpunan ke Bukit Jalil.
Akhirnya semua berjalan sempurna. Ini membuktikan selama ini jika tanpa
campur tangan regim (baca : Umno/Bn) memperdaya PDRM pasti semua
himpunan aman dan baik dan hubungan PDRM dan rakyat akan terpelihara
juga dihormati.Depan mata saya bagaimana selepas himpunan ada yang
mengutip sampah, ramai yang berjalan berkumpulan tua / muda mendekati
anggota polis dan bersalaman.
Masih ingat gelak tawa gurauan anggota polis yang berdialek Borneo di
stesen LRT Stadium yang mengatakan ‘macam hari raya’ apabila semua orang
bersalaman dengannya dan kawanya pula bercakap ‘aik macam menteri pula
rasa’. Semua jadi tertawa.
SAMM bergerak dari Kg. Baru ke Stadium Merdeka. Kami sudah putuskan satu
perarakan yang meriah dengan lagu – lagu bermasej ‘rakyat’, selawat,
nasyid dan sebagainya. Ribuan yang bersama perarakan SAMM ke Stadium
Merdeka pasti bergembira sebagai sinambungan program mengira detik di
Kampung Baru, KL malam sebelum itu. Masih teringat lagi demonstran
mengambil gambar sambil sama menari dengan anggota trafik mengikut muzik
lagu Korupsi (one buck short) dan bongkar (iwan Falls) diselang seli
lagu Ubah Jang Ubah. watak yang sama tetapi imej berbeza ketika Bersih
3.0, yang bezanya ialah campur tangan jahat Bn.
Namun regim ini tidak pernah akur dengan kebangkitan rakyat. Isu bawa
kanak-kanak pula dinaikkan. Ada maklumat dari dalam PDRM menyatakan
keluhan mereka kerana dipaksa melakukan kerja bodoh iaitu meneliti
gambar peserta #KL112 dengan kanak- kanak. Semalam Polis mula
mengedarkan kononya gambar peserta yang membawa kanak-kanak.
SAMM menyeru semua peserta himpunan yang terlibat supaya mendapatkan
nasihat guaman dahulu sebelum bertindak. Namun jauh dari itu SAMM
bersimpati dengan polis yang dipaksa regim untuk bertindak sedemikian.
Sehari dua ini apabila pimpinan PDRM WP muncul dengan pengumuman iba
bapa bawa anak ini ramai yang tertawa dan tidak kurang kecewa. Ada yang
mengatakan dari cari ibu bapa yang bawa anak lebih baik PDRM guna masa
tersebut untuk cari ibu bapa yang buang anak atau anak hilang.
Namun SAMM mengajak orang ramai jangan menyalahkan PDRM 100 peratus
dalam perkara ini, mereka sedar tindakan mereka ini bakal ditertawakan
dan buang masa tetapi mereka dipaksa oleh regim BN yang sudah hilang
punca.
Hari yang sama 12 Januari 2013, Najib juga melakukan himpunan di
Semenyih. Untuk mengumpulkan ramai orang maka bertrelar beras diagih
percuma , ibu bapa ramai yang membawa anak. Dalam berebut beras ada yang
pengsan dan terhimpit.
SAMM bersimpati dengan PDRM dan menyeru untuk PDRM khususnya pimpinan
utama mereka agar punya sedikit lagi keberanian untuk terus berdiri
bersama rakyat. SAMM amat yakin PDRM mendapat maklumat lengkap mengenai
betapa tapak sokongan BN amat goyah kini. BN akan kalah dalam PRU akan
datang (jika PRU itu adil). Paling penting pimpinan utama PDRM sendiri
tentu sedar betapa Bn makin membawa kerosakan pada negara, pendedahan
Musa Hasan bekas Ketua Polis Negara mengenai campur tangan pemimpin
politik BN dalam urusan PDRM selama ini sudah tentu menyentap imiginasi
keseluruhan PDRM yang semala ini punya persepsi berbeza.
Yakinlah Malaysia tanpa BN pasti lebih baik untuk semua. Yang lebih
penting menjatuhkan BN kali ini beerti kita sama menghidupkan suis
demokrasi dalam negara. Apabila demokrasi itu diaktifkan maka kerajaan
yang takut dengan rakyat akan wujud. Jika PR tidak baik kita ganti
semula.
Mitos menyatakan pertukaran parti pemerintah merosakkan negara perlu
ditinggalkan. Semua negara maju sering bertukar kerajaan. Huru hara akan
muncul apabila sistem demokrasi mati dan regim terlalu zalim memperkuda
agensi yang sepatutnya bebas menjaga kepentingan rakyat.
Kepada Peguam Negara dalam perkara ini ketahuilah kamu boleh terus
melakukan pendakwaan tetapi yakinilah tindakan pendakwaan tersebut
merupakan sabotaj besar kepada regim BN kerana akan mempercepatkan
kejatuhan mereka.
Dalam satu majlis yang serba ringkas sempena kunjungan wakil Hamas di
Ibu Pejabat Parti KeADILan Rakyat, Tropicana, Dato' Seri Anwar Ibrahim
menyerahkan sumbangan bernilai USD700,000 ( RM2.2JUTA) kepada wakil
pimpinan Hamas.
Tujuan tersebut adalah bagi pembinaan Masjid An-Nour Al-Muhammadi di Gaza, Palestin.
Menariknya turut serta adalah seorang seorang Ahli UMNO yang merupakan
Pelakon dan juga Pelawak terkenal tanah air Afdlin Shauki.
Afdlin Shauki, dilaporkan pada 3 Januari 2012 telah menyerahkan borang
keahlian untuk menyertai UMNO di Ibu pejabat UMNO.. sila baca laporannya
di ( SINI )
Afdlin juga sebelum menyertai UMNO telah menyindir isteri Perdana
Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor dalam satu sketsa Maharaja Lawak Mega
2011, sila lihat video di ( SINI )
Apakah selepas ini selebriti Afdlin Shauki sebagai akan diambil tindakan
oleh UMNO kerana hadir sama dalam upacara yang bersejarahyang
melibatkan musuh UMNO no 1 iaitu Anwar Ibrahim ini?
Lawatan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dianggap oleh Datuk Seri
Anwar Ibrahim sebagai satu langkah baik diambil Putrajaya tetapi
mempersoalkan mengapa terpaksa menunggu begitu lama untuk mengiktiraf
Hamas sebagai sebuah pemerintah yang sah di Palestin.
Menurut Anwar, berbeza dengan Pakatan Rakyat yang sudah lama mengiktiraf
Hamas sebagai sebuah organisasi sah, langkah kerajaan Malaysia
baru-baru ini lambat dan tidak mencerminkan keikhlasan sebenar oleh
Najib.
“Saya tidak bersetuju dengan orang ramai yang mengatakan langkah Najib
tersebut sebagai gimik politik sebelum pilihan raya,” kata Anwar.
“Sokongan kami kepada Hamas adalah sejak dahulu lagi, bersama-sama PAS.
Berbeza dengan kerajaan Malaysia, kami tidak iktiraf mereka selepas Mac
2008.”
Walau bagaimanapun, ketua pembangkang itu masih mengalu-alukan lawatan Najib ke Palestin dan memujinya sebagai langkah baik.
“Namun, saya mengalu-alukan lawatan Najib ke Palestin walaupun ia adalah
yang kali pertama dalam sejarah pentabdiran negara,” tambah Anwar
meraikan kedatangan pemimpin utama Hamas di ibu pejabat PKR pagi tadi.
(Pemuda PAS berikrar menangkan PAS di semua kawasan di Kuala Nerus)
KUALA TERENGGANU: Lebih 400 pemuda PAS berikrar akan
memastikan semua kawasan pilihan raya di bawah Parlimen Kuala Nerus
akan dimenangi oleh Pakatan Rakyat dalam pilihan raya umum kali ini.
Ikrar itu dibuat dalam pelancaran jentera pilihan raya Pemuda PAS Kuala Nerus semalam.
Selain Parlimen, Kuala Nerus mempunyai tiga kawasan Dun di bawahnya iaitu Bukit Tunggal, Seberang Takir, Telok Pasu dan Tepoh.
Ketua
Pemuda PAS kawasan, Ustaz Riduan Hashim dalam ucapannya berkata,
perhimpunan pagi ini adalah jihad dan menandakan pemuda sudah bersiap
sedia menghadapi PRU13.
"Pemuda akan memastikan semua 4 dun menjadi milik PAS dan Pakatan," katanya.
Beliau
mengarahkan jentera pemuda mulai hari ini bergerak 100 % dan bersiap
siaga untuk mengempur jentera musuh bagi memastikan Kuala Nerus
dimenangi oleh PAS.
Ketua Pemuda PAS Terengganu, Ustaz Mohd Nor
Hamzah dalam ucapan perasmianya menyeru semua jentera pemuda Kuala Nerus
memastikan Pakatan menawan Putrajaya pada PRU13 nanti.
"Masanya telah tiba kerajaan rakyat memerintah Malaysia dan Terengganu kembali kepada pemerintah PAS," katanya.
Kerajaan
PAS Terengganu yang dimenangi pada tahun 1999 hanya bertahan satu
penggal apabila dimenangi semula oleh BN melalui penipuan daftar
pemilih.
Akibat manipulasi ini, banyak kawasan pilihan raya yang mencatatkan hampir 90% pengundi yang turun.
Bagi Mohd Nor, pemuda perlu berjuang bersungguh-sungguh untuk memastikan Umno BN ditumbangkan.
"Tapi yang penting setiap petugas perlu berakhlak tinggi dan berdisiplin dalam perjuangan," katanya.
Pemuda bertanggungjawap memastikan semua bahan kempen parti tidak disabotaj Umno.
"Pemuda
perlu bersikap lunak dan berhemah menghadapi para pengundi bagi
memastikan setiap undi di Kuala Nerus diberikan pada PAS," tegasnya.
Beliau
juga mahu pemuda memastikan keselamatan bilek gerakan dan petugas parti
terjamin kerana PRU 13 adalah pilihanraya paling sengit dalam sejarah
Malaysia.
"Solat hajat serta qiamulai menjadi santapan jiwa
pemuda dalam memastikan kekuatan iman sentiasa berada dalam diri setiap
pejuang Islam," arah beliau.-Hrkh
PASIR PUTEH: Kelantan masih kekal dengan pendirian sebagaimana sebelum ini, tidak akan membubarkan Dewan Undangan Negeri (Dun) lebih awal.
Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, berkata
Kelantan akan mengikut proses biasa sebagaimana di negeri-negeri lain.
Beliau juga berkata, pelbagai perkara buruk akan berlaku sekiranya Dun Kelantan dibubar awal berbanding negeri lain.
Beliau berkata demikian kepada media selepas menandatangani
perjanjian usahasama projek pembinaan di Tok Bali yang melibatkan empat
buah syarikat swasta, di Tok Aman Bali Resort, dekat sini semalam.
“Biarlah Selangor nak bubar awal pun, tetapi Kelantan tidak akan buat
berasingan sebagaimana yang telah saya nyatakan sebelum ini,” ujarnya.
Menurutnya, andainya pilihan raya dibuat berasingan akan melibatkan belanja yang besar, banyak serangan dan sebagainya. -Hrkh
HANYA SEBAB DIA DILAHIRKAN DIDALAM KELUARGA MUSLIM-SUNNI!!
Ini yang dilakukan Syiah padanya, tak kiralah dewasa, tua, kanak-kanak, mahupun bayi, mereka tetap menzalimi dan mendera tanpa belas kasihan dan hati perut!!
Syiah mengelar bayi ini!
Syiah, mungkin saat kamu mengelar, dia diam seribu bahasa, atau dia cuma menangis tanpa merayu kamu menghentikan sikap tidak berperikemanusiaan kamu! TAPI ingatlah! MATI itu PASTI! AKHIRAT itu PASTI! Syurga neraka itu pasti! Allah pasti membalas setiap amal kamu walau sebesar zarah!
laporan fitnah: Utusan sedia bayar ganti rugi pada Azan Ismail
KUALA LUMPUR 31 Jan: Keputusan kes saman fitnah Ahli Parlimen Indera
Mahkota, Azan Ismail terhadap Utusan Malaysia ditangguh ke 5 Februari
ini untuk menentukan sama ada diteruskan atau mencapai penyelesaian di
luar mahkamah.
Kes yang bermula sejak 2010 itu sepatutnya diumumkan keputusan hari ini. Bagaimanapun Utusan sedia untuk membayar gantirugi.
Setelah berbincang, kedua-dua pihak juga bersetuju untuk menangguh kes sehingga tarikh tersebut.
“Pengamal media perlu kembalikan integriti berita mereka, terutama media
arus perdana yang ketika dulu sangat tinggi integritinya, tetapi
sekarang terlalu terpengaruh memainkan peranan sebagai penyokong kuat
kerajaan,” jelas Azan mengulas keputusan itu.
Azan menuntut Utusan membuat permohonan maaf terbuka sebagai bukti
mereka menyedari kesilapan dan perlu menyiarkan berita dengan telus.
“Saya tidak langsung memikirkan jumlah wang yang mereka mahu bayar, tapi
mereka perlu menyedari apa yang mereka buat dan memberitahu kesilapan
mereka kerana menyiarkan berita tidak benar,” katanya ditemani peguam, A
Vasudevan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pagi ini.
Menurutnya, pada 5 Februari, skala permohonan maaf akan ditentukan pihak
mahkamah, dan jika Pengerusi KEADILAN Terengganu itu tidak berpuas
hati, kes akan dibicarakan secara terbuka.
Azan memfailkan saman fitnah berjumlah RM29 juta terhadap editor,
Zulkiflee Bakar dan Utusan pada April 2010 ekoran penyiaran artikel
bertarikh 6 Mac yang mendakwa beliau keluar KEADILAN dan turut
meletakkkan gambar beliau bersama ahli politik yang keluar sebelum itu.
Pada 8 Mac 2010, Utusan sekali lagi menyiarkan berita kononnya Azan
tidak keluar KEADILAN tetapi meletak semua jawatan termasuk sebagai
Timbalan Pengerusi KEADILAN Terengganu dan Pengerusi Biro Keahlian
Negeri ketika itu -KD
Ke mana mahasiswa pergi menuntut di luar negera, selagi mereka mengambil
biasiswa, pinjaman PTPTN, mereka tidak akan dapat bebas bergerak,
kerana dikongkong oleh kuasa UMNO.
UMNO hantar orangnya ke Mesir untuk menghalang
mahasiswa dari terlibat dengan lain-lain persatuan selain UMNO,
seolah-olah biasiswa yang dikeluarkan kepada para Mahasiswa itu adalah
duit UMNO ataupun duit mak bapak depa...
Dua NGO iaitu Institut Pemikir Muda Malaysia ( IPMM ) dan Ikatan Lepasan
Mahasiswa Mesir (ILMAM) Perak menyerahkan momerandum kepada Menteri
Besar Perak berhubung insiden seorang pelajar Mesir yang dipukul oleh
Pegawai Hal Ehwal Pelajar (HEP) Perak, Abdul Muhaimin Abdul Majid 19
Januari lalu.
Momerandum tersebut diterima oleh Ketua Pentadbiran, Noor Azman di Pejabat Menteri Besar Perak Jumaat lalu.
Pengarah IPMM, Ustaz Hafez Sabri berkata, Memorandum itu menuntut agar
Muhaimin dilucutkan jawatannya dan mendesak agar beliau memohon maaf
serta mengakui atas segala tindakannya.
Menurutnya, pihaknya telah mendapat pelbagai aduan tentang Muhaimin dan
kemuncaknya ialah insiden seorang pelajar dipukul oleh beliau tanpa
sebab yang munasabah.
“Muhaimin dihantar oleh kerajaan negeri selepas rampasan kuasa di Perak
melalui prosedur yang meragukan kehadiran pegawai ini ke Mesir sedikit
sebanyak memberi kesan yang negatif kepada Persatuan Anak-Anak Perak
Mesir disana.
“Kini hampir tiga tahun perkhidmatan beliau di Mesir tindakan demi
tindakan yang dilakukan oleh pihak beliau kepada persatuan dan mahasiswa
Perak sangat mendukacitakan,” katanya ketika ditemui selepas
menyerahkan momerandum di Pejabat Menteri Besar Perak, Ipoh, dekat sini.
Jelas beliau, pihaknya mendapat pelbagai maklumat terperinci tentang
kelakuan dan salahguna kuasa yang telah beliau lakukan terhadap
mahasiswa Perak di Mesir sepanjang memegang jawatan tersebut.
“Kami mendapat banyak maklumat tentang beliau antaranya tidak mengambil
berat tentang isu kebajikan mahasiswa Perak di Mesir dan beliau tidak
profesional dan sambil lewa dalam bidang pengurusan berkaitan mahasiswa.
“Akhlak serta sahsiah pegawai ini tidak melambangkan beliau sebagai
seorang yang menjadi wakil kepada kerajaan Negeri,” Jelasnya lagi.
Mengulas lanjut, Hafez Sabri menjelaskan, ramai yang melihat tujuan
utama Muhaimin ini dihantar oleh kerajaan negeri ke Mesir adalah
semata-mata untuk menghalang aktiviti mahasiwa Perak dan menggerakkan
agenda Umno Perak di Mesir.
Hafez Sabri berkata, pihaknya juga telah mendapat bukti-bukti kukuh
berbentuk gambar, video dan audio tentang Muhaimin yang ini aktif
melaksanakan agenda-agenda UMNO di Mesir.
Maklumat-maklumat serta bukti-bukti ini katanya akan didedahkan kepada umum dalam masa terdekat.
Kalau anda nak tau, BABY ni ialah SULTAN KESAYANGAN RAMAI masa kini,
SULTAN dambaan di hati para marhain, SULTAN paling GLAMOUR ketika ini,
PERMATA abad ini iaitu DYMM SULTAN KELANTAN, TUANKU SULTAN MUHAMMAD V...
foto ni ketika baginda berusia 7 hari.. baginda diputerakan pada 06 Okt
1969 di Kota Bharu.
Majlis Syura Ulama PAS dalam mensyuaratnya pada
13 Januari 2013 telah memutuskan untuk menggugurkan Ustaz Nasharudin
Mat Isa sebagai anggotanya. Majlis Syura Ulama PAS hanya menggugurkan beliau
sebagai ahli Majlis Syura Ulama PAS, bukannya menggugur atau memecat beliau
daripada parti PAS.
Keputusan itu dibuat kerana beliau didapati
telah melanggar peraturan-peraturan berjamaah seperti yang telah
ditetapkan oleh Majlis Syura Ulama PAS. Majlis Syura Ulama PAS juga mendapati tindak
tanduk Nasharudin kebelakangan ini telah menimbulkan fitnah bagi jamaah,
di samping bercanggah dengan kaedah-kaedah dan pendirian yang dibuat
oleh parti. Antaranya tidak
hadir mesyuarat.
Sebagai ahli parti beliau seharusnya mengambil kira peraturan-peraturan
yang telah ditetapkan oleh parti. Lebih-lebih lagi beliau pernah
menjadi orang nombor dua dalam PAS. Dalam beberapa keadaan tindak tanduk dan gelagat bekas Timbalan
Presiden PAS ini telah menimbulkan suasana yang keroh di
kalangan ahli-ahli parti dan ianya boleh merugikan PAS. Andainya dia istiqomah dalam berjamaah pasti dia tahu menjaga adab berjamaah.
Ustaz Nasha bukannya di pecat atau digugurkan sebagaiahli PAS, ia cuma digugurkan dari menjadi ahli Majlis Syura Ulama PAS sahaja.Jawatan
dalam Majlis Syura adalah lantikan bukan
pertandingan jadi istilah di pecat tidak timbul. Mana-mana parti dan
pertubuhan ahlinya terikat dengan peraturan soal gugur dan pecat kerana
melanggar peraturan adalah perkara biasa.
Sebagai ahli PAS dan Ahli Parlimen Ustaz
Nasha tentunya tahu adab dan peraturan berparti dan berorganisasi. Apa
pun parti politik yang Ustaz Nasha sertai semuanya ada peraturan dan
ahlinya mesti mematuhi peraturan, ini adalah jamaah. Mungkin dalam
sesetengah perkara Ustaz Nasha bertujuan baik tetapi dia tidak boleh
sewenang-wenang boleh melanggar
peraturan parti. Dia boleh berbincang dengan pemimpin Parti dan boleh
mengemukakan pendapat dalam Majlis Syura yang dia juga ahlinya.
Mereka yang menjadi ahli Majlis Syura
bukan calang-calang orang, tentunya telah mengambil kira semua perkara
sebelum mengambil tindakan untuk menggugurkanya.
Cuma yang aneh dan peliknya dalam
isu pengguguran Ustaz Nasha ini tetiba sahaja pemimpin UMNO termasuk
Perdana Menteri yang beria-ia sangat membela Ustaz Nasha. Dalam UMNO
sendiri pun ramai ahlinya yang di gugur dan di pecat kerana melanggar
peraturan parti tapi tiada pembelaan seperti Ustaz Nasha. Sedangkan
ustaz Nasha masih lagi ahli PAS.
Terkini bila Ahli UMNO Pasir Gudang menutup bilik gerakan
masing-masing dengan alasan kecewa dengan tindakan menteri besar Datuk
Abdul Ghani Othman.Ketua Penerangan Umno Malaysia, Datuk Ahmad Maslan telah memberi amaran kepada
pemimpin akar umbi dengan berkata tindakan tegas akan diambil
terhadap ahli UMNO yang melakukan sabotaj ke atas parti dalam pilihan
raya umum akan datang.
"Pada sesiapa yang membuat kerja memboikot begini, mereka akan diambil tindakan. Kita akan ambil tindakan keras.
"Saya
ulangi, kepada sesiapa yang hendak buat cerita boikot ini, tidak ada
tempat untuk mereka dalam UMNO, pergilah cari NGO lain.
Ini baru tutup bilek gerakan sudah diberi amaran sebegitu. Kalau ada
ahlinya macam Ustaz Nasha adakah Presiden UMNO dan Timbalannya akan
mempertahankanya. Ini baru yang aneh namanya. UMNO juga seperti parti
lain ada peraturan, mana-mana ahli parti yang melakukan kesalahan boleh
di ambil tindakan. Semua parti ada peraturan yang telah ditetapkan
kepada ahlinya.
Jika Perdana Menteri dan Timbalan
Perdana Menteri serta Pemimpin UMNO merasakan Ustaz Nasha ini boleh
membawa untung kepada UMNO dan BN mengapa tidak di jemput Ustaz Nasha
untuk menyertai UMNO atau mungkin juga boleh diumumkan ia bakal calun BN
bagi kawasan Parlimennya sekarang. Mana tahu pengalaman dan nama yang
ada pada Ustaz Nasha boleh memperkukuhan UMNO dan BN di saat PRU13 tidak
lama lagi.
Ini lah baru namanya membela, Bukan hanya sekadar cakap dan buat kenyatan-kenyataan yang pelik dan aneh seperti dibawah ini.
Perdana menteri Datuk Seri Najib Razak tetap menganggap bahawa
pengguguran Nasharudin Mat Isa daripada Majlis Syura PAS ada kena
mengena dengan lawatan bekas timbalan presiden PAS itu bersamanya ke
Gaza. Terus baca DISINI
Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menyifatkan
pengguguran Nasharudin Mat Isa sebagai anggota Majlis Syura Pas sebagai
satu tindakan yang aneh.Terus baca DISINI
PAS perlu melihat penyertaan bekas timbalan presiden parti itu,
Nasharuddin Mat Isa ke Gaza sebagai model kerjasama antara kerajaan dan
pembangkang sebagaimana harapan melihat kerjasama antara Hamas dan
Fatah, kata bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.
Sehubungan
itu, beliau berkata PAS tidak seharusnya mengutamakan politik sehingga
mengambil keputusan memecat Nasarudin, yang juga Anggota Parlimen
Bachok, daripada Majlis Syura PAS. Teruskan baca DISINI
Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam mencabar Pas memecat
Nasharudin Mat Isa sebagai anggota parti itu selepas menggugurkannya
daripada pelbagai jawatan dalam parti itu.
Sambil mempersoalkan mengapa Pas tidak berbuat demikian, beliau berkata
mungkin Pas takut kehilangan sokongan kerana bekas timbalan presiden
Pas itu masih mempunyai pengaruh yang kuat. Teruskan baca DISINI
Satu kajian oleh sekumpulan ahli akademik menyebut, siswa di dua buah
universiti terkemuka negara memilih portal berita Malaysiakini sebagai
sumber maklumat politik yang paling dipercayai berbanding media
lain.Kajian oleh Yayasan Hal Ehwal Siswazah (YES) itu juga menunjukkan
Malaysiakini merupakan portal berita dan paling kerap dilayari mahasiswa
Universiti Malaya (UM) dan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).Kajian
berkenaan membanding kewibawaan Malaysiakini berbanding laman web
politik dan blog lain di kalangan pembaca berkenaan.
Seramai 66.4 peratus dari kalangan 1,009 siswa di UM berpendapat
demikian berbanding laman berita lain – The Malaysian Insider (30.6
peratus) dan laman milik Umno, Utusan Online (23.6
peratus).Malaysiakini juga merupakan laman berita paling popular di
kalangan siswa berkenaan (71.1 peratus) berbanding Utusan Online (24
peratus), The Malaysian Insider (21.2 peratus) dan laman berita milik
MCA, MStar (19.7 peratus).
Trend sama juga dilihat di UKM – seramai 39.4 peratus daripada 1,006
siswa yang dikaji memilih Malaysiakini sebagai sumber maklumat politik
yang paling dipercayai berbanding laman lain.Utusan Online juga menjadi
sumber kedua yang paling dipercayai di kalangan siswa UKM (31.5%),
diikuti Mstar (19.4%) dan lidah parti PAS Harakahdaily (15 peratus).
Dari sudut populariti, lebih 50 peratus siswa berkenaan didapati sering
melayariMalaysiakini, diikutiUtusan Online (hampir 40%),
disusuliHarakahdaily dan Mstar(hampir 30%).
Selain laman berkenaan, mahasiswa di kedua-dua universiti menjadikan
laman sosial Facebook dan Youtube sebagai media untuk mengakses maklumat
politik. "Berdasarkan kedudukan keutamaan, jenis media yang amat
mempengaruhi pandangan politik responden adalah seperti berikut -
Facebook, laman web, blog, akhbar bercetak, radio, TV dan Twitter.
"Bagi tujuan penggunaan internet/laman sosial, majoriti mahasiswa
melayari media alternatif tersebut untuk mencari dan menyampaikan
maklumat, memuat turun muzik dan filem dan untuk berhibur," kertas
kajian dipetik. Ia turut menyatakan, mahasiswa UM dan UKM itu mengakses
internet dan media sosial selama 11 hingga 12 jam sehari.
Kajian di UM dijalankan oleh pensyarah di fakulti ekonomi dan perniagaan
kampus tersebut Muhammad Asli Mohd Ali manakala di UKM pula oleh
pensyarah fakulti sains sosial dan kemanusiaan Prof Madya Dr Mohd Fuad
Mat Jali. ~mkini
Kami Seluruh Umat Islam Bangkit Membantah Drama Sahara...
Astro Prima Tolong Hentikan Tayangan Drama Ini. adakah patut.main pegang pegang dalam drama Ni
Ayuh Bangkitkan Bantahan Terhadap Drama Sahara
( Astro Prima ).
Inilah Wajah Barisan Pelakon Drama Sahara Bersama Pengarah Drama Tersebut berbaju merah biru.....
Ayuh !! Bangkit Semua Agar Astro Prima Hantikan Tayangan Drama Ini..Pakaian puntak menepati ciri Islam
Ulama-ulama Pernah Bagi Amaran Kepada
Penerbit Supaya Hentikan Guna Nama Islam Dalam Cerita Yang Ada Adegan
Maksiat....Tapi Mereka Ulangi....Ayuh!! Bangkitkan Bantahan... Perkara
perkara macam ni la..Tok Mufti patut kehadapan untuk mengutuk..bukan
perkara politik je.. Nukilan ABu Luqman..
Buru peserta HKR bawa anak, polis ikut telunjuk Umno
KUALA LUMPUR 30 Jan: ‘Kepantasan’ polis mengenal pasti peserta Himpunan
Kebangkitan Rakyat (HKR) 12 Januari lalu yang membawa kanak-kanak
sepatutnya diamal apabila memburu penjenayah.
Demikian sinis Naib Presiden KEADILAN, Tian Chua membidas tindakan polis
dilaporkan mengeluarkan 14 gambar ibu bapa yang didakwa membawa
kanak-kanak di bawah umur 15 tahun ke HKR di Stadium Merdeka.
“Ini hanya tindakan terdesak kerajaan dengan
mengerahkan polis sebagai orang suruhan. Umno BN tidak akan senang hati
melihat rakyat berkumpul di HKR.
“Membawa anak-anak mereka adalah hak ibu bapa. Tapi kenapa perhimpunan BN tidak pernah menyatakan larangan bawa kanak-kanak,” katanya ketika dihubungi.
Dalam pada itu, beliau mempersoal sikap kerajaan yang memberi jaminan
bahawa perhimpunan HKR adalah aman dan selamat, tetapi menghalang
kanak-kanak hadir.
“Kalau sudah beri jaminan, kenapa timbul pula isu tidak boleh bawa
kanak-kanak. Saya kesal sikap polis yang sibuk mengejar isu ini
berbanding soal keselamatan orang awam.
“Hasil daripada tangkapan atau denda tidak akan mendatangkan apa-apa
faedah kepada polis. Ini semua muslihat politik Umno sahaja,” kata Ahli
Parlimen Batu itu.
Polis hari ini dilapor mengeluarkan gambar mereka terbabit yang didakwa membawa kanak-kanak ke himpunan itu.
Menurut polis, perbuatan itu melanggar Seksyen 4 (2) Akta Perhimpunan
Aman 2012 (PAA) dan Seksyen 31 (1) (a) Akta Kanak-Kanak 2001.
Jika sabit kesalahan, mereka berdepan dengan hukuman denda maksimum
RM20,000 di bawah PAA, dan denda maksimum RM20,000 atau 10 tahun penjara
atau kedua-duanya sekali, di bawah Akta Kanak-kanak. -KD
Najib: 'Terima kasih kepada pembangkang'
KUALA LUMPUR - Sambil mengucapkan "terima kasih kepada pembangkang",
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menyifatkan Himpunan
Kebangkitan Rakyat yang berlangsung secara aman, anjuran Pakatan Rakyat
(PR), di Stadium Merdeka Sabtu lalu, menjadi testimoni kepada
keberkesanan penguatkuasaan Akta Perhimpunan Aman 2012.
Dipetik Bernama, Najib berkata, ia membuktikan kemampuan semua pihak
tidak kira pihak berkuasa mahu pun penganjur mematuhi peruntukan dan
semangat akta itu.
"Pendek kata, apa yang berlaku menunjukkan bahawa islah dan reform kepada apa yang kita lakukan adalah tepat sekali.
"Terima kasih kepada pembangkang walaupun saya tak bersetuju dengan
mereka, kerana telah menghormati semangat akta itu," kata beliau ketika
berucap pada majlis perasmian persidangan transformasi perundangan
berhubung dengan keselamatan dan hak asasi di sini, hari ini.
Buat pertama kali satu perhimpunan anjuran pihak pembangkang diadakan di
Stadium Merdeka. Penganjur menyasarkan penyertaan kira-kira sejuta
orang. Ia dipercayai dihadiri sekitar 100,000 orang.
Himpunan Kebangkitan Rakyat yang turut dikenali dengan kod #KL112
dibenarkan oleh polis dengan 27 syarat manakala pengurusan Stadium
Merdeka hanya membenarkan hadirin tidak melebihi 30,000 orang.
Ia yang berlangsung dari jam 2 hingga 5 petang berakhir dengan pengisytiharan deklarasi 10 perkara. -SH