Ikuti Blog ini

Belanjawan negara 'outdated',jumud

KUALA LUMPUR, 13 Okt - Ketua Pembangkang, Dato' Seri Anwar Ibrahim mendesak agar Menteri Kewangan baru, Dato' Seri Najib Tun Razak membentang belanjawan negara yang baru.

ImageMenurutnya di sidang parlimen hari ini, belanjawan negara sebelum ini yang dibentang oleh bekas Menteri Kewangan, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi dianggap sebagai 'outdated budget' dan tidak relevan dengan krisis ekonomi dunia yang sedang berlaku ketika ini.

Beliau juga berkata ia adalah, "belanjawan jumud" apabila memberikan maklum balas terhadap soalan tambahan yang diberikan Ketua Whip parlimen PAS, Salahuddin Ayub (PAS-Kubang Kerian) pada sesi perbahasan Belanjawan 2009 sidang parlimen pagi tadi.

Terdahulu, Salahuddin membangkitkan persoalan kemungkinan belanjawan yang dibuat adalah mengikut sistem 'average' yang pada pendapat beliau ianya tidak sepatutnya berlaku.

"Ini soal majoriti dan tanggungjawab, Menteri Kewangan kena jawab apabila saya mengemukakan fakta unjuran harga minyak dan defisit semasa.

Image"Tetapi dia (Menteri Kewangan) tidak mahu terima, dengar atau jawab. Nak pertahankan apa sebenarnya?" ulas Anwar.

Jelasnya, belanjawan ini adalah bersifat realistik yakni keadaan semasa kewangan negara.

"Sekarang ini, setelah saya menolak preposition dalam keadaan Menteri Kewangan tidak membahas dan membicarakan mengenai krisis ekonomi semasa.

"Jawapan Menteri Kewangan nampaknya lebih fokus kepada projek mega yang bernilai berbilion ringgit tanpa tender terbuka dibuat," tegasnya.

Bekas Timbalan Perdana Menteri itu turut menegaskan bahawa beliau bersetuju dengan kenyataan Salahudin bahawa belanjawan ini telah ketinggalan zaman yang tidak bertujuan untuk mengambil kira kepentingan rakyat dan negara.

ImagePerbahasan belanjawan kini sedang diteruskan dengan ucapan Anwar yang dijangka berlanjutan sehingga ke petang.

Belanjawan negara sebelum ini telah dibentang oleh Abdullah pada 29 Ogos yang lalu.

Tidak beberapa lama selepas pembentangan belanjawan negara, Abdullah telah melepaskan jawatan Menteri Kewangan kepada Najib yang juga adalah Timbalan Perdana Menteri.

Ucapan Anwar di parlimen hari ini adalah yang pertama sebagai Ketua Pembangkang. Di era pemerintahan Tun Dr Mahathir Mohamad pada tahun 1998, Anwar adalah Menteri Kewangan sebelum dipecat dari jawatannya.


Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .