Ikuti Blog ini

Mahathir iktiraf Ustaz Azizan

Dalam sejarah Melayu Bendahara Melaka, Bendahara Seri Paduka Raja Tun Perak bin Tun Perpatih Sedang atau Tun Perak digelar “Pelantik Raja”. Ini lantaran teguhnya cengkaman beliau ke atas Istana Melaka sehinggakan mana-mana anak Raja Melayu Melaka yang tidak dikiranya tidak layak atau mengundang marahnya tidak akan berpeluang menjadi Sultan Melaka.
Di Malaysia hari ini kalau kita teliti pelbagai laporan dan ulasan berkenaan pengunduran Dollah Badawi, kita akan dapati betapa liciknya peranan bekas PM Tun Dr Mahathir sehinggakan bekas Menteri Zaid Ibrahim menyebut:

He (Tun) has a large group of friends, otherwise the PM (Dollah) would not have been “thrown out” just like he wanted. Mahathirism was all control, control, control. He has a strong influence on the top Umno leadership who had to choose between doing his bidding or facing his wrath.


Adakah Tun juga “pelantik Raja”?

Namun “posting” saya ini tidaklah berhasrat untuk mendalami isu berkenaan, memang Tun adalah satu karekter yang tidak mudah dipadam dari politik Malaysia. Sejak bersara sehingga kini bneliau tersu mewarnainya entah sampai bila lagi.

Apa yang menarik minta saya untuk dikongsi di sini adalah wawancara beliau dengan Joceline Tan dalam The Sunday Star hari ini. Apabila ditanya adalah Barisan (BN) mampu menebus kembali negeri-negeri yang ia tewas kepada Pakatan Rakyat, Tun berkata:

Ia sukar tetapi tidak mustahil terutama di negeri-negeri yang PR menang tipis umpamanya di Perak dan Selangor. Kedah dan Pulalu Pinang lebih sukar. Manakala Kelantan sudah pastilah mustahil (no go).


Itu bacaan Tun dan Tun walaupun mungkin “Pelantik Raja” tetapi bukanlah ahli nujum atau pakar peramal. Kita tidak semestinya berkongsi setuju dengan pandangan beliau itu. Tetapi apa yang menarik bagi saya adalah alasan yang beliau berikan dalam wawancara itu untuk membuktikan yang Kedah sukar ditebus kembali oleh BN. Katanya:

In Kedah, this man (MB Ustaz Datuk Seri Azizan Abdul Razak) has not tried to make a Kelantan in Kedah. He has been very careful, quite smart and he wants to please people.


Bukan senang bagi “gergasi tua” ini untuk memberikan ulasan positif terhadap seorang pemimpin PAS, tetapi dalam hal ini ternyata beliau kagum dengan kemampuan MB Kedah dari PAS itu. Kalau kawan kagum dengan kita itu perkara biasa tetapi apabila musuh bertaraf “Pelantik Raja” kagum, kita turut berbangga dan mendoakan semoga Ustaz Azizan dan barisan pimpinan PAS di Kedah akan terus melangkah berani dan membuktikan keadilan dan kemampuan Islam yang sebenar dalam mentadbir negeri yang juga merupakan negeri asal “Pelantik Raja” tadi.


Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .