Ikuti Blog ini

Kuala Terengganu penentu Terengganu PRU13


SHAH ALAM, 5 Jan - Dewan Perpustakaan Awam Selangor semalam dipenuhi dengan kehadiran pengundi sekitar 500 ke 600 org, anak-anak terengganu di perantauan (PERANTAU).

Majlis Pertemuan Anak-Anak Terengganu di Perantauan bersama calon Pas untuk pilihan raya kecil parlimen Kuala Terengganu, Abdul Wahid Endut itu berlangsung jam 3 dan berakhir kira-kira jam 6 petang.

Turut hadir pada program tersebut Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Pesuruhjaya PAS Terengganu Datuk Mustafa Ali.

Mustafa dalam ucapannya berkata pilihan raya kecil kali ini penting kepada PAS dan Barisan Nasional (BN) kerana ia akan menjadi petunjuk tentang apa yang akan berlaku di Terengganu pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 akan datang.

"Sekiranya pada pilihan raya kecil ini BN dapat kekalkan kemenangannya, makanya kita (PAS) akan hadapi masalah tapi kalau (PAS) menang, peluang untuk menang dan perintah semula Terengganu pada PRU 13 nanti amat cerah," katanya.

Pertemuan anak-anak Terengganu yang berada di perantauan bersama Abdul Wahid hari ini merupakan yang pertama kalinya sebelum calon memberikan tumpuan untuk berkempen di Kuala Terengganu sejurus penamaan calon selasa nanti.


"Namun kita akan buat juga pertemuan serupa ini di beberapa tempat tanpa beliau bagi memujuk pengundi kita balik mengundi," ujarnya lagi.

Pilihan raya kecil Parlimen Kuala Terengganu pada 17 Jan ini, Mohd Abdul Wahid Endut yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri Wakaf Mempelam akan ditentang Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh yang juga Ketua Umno Bahagian Kuala Terengganu.



Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .