Fakta bohong dan fitnah Tragedi Memali yang di paparkan pada skrin di bilik pameran Muzium PDRM
Selama hampir 20 tahun balu balu yang kehilangan suami mereka dalam tragedi menyayat hati itu berjuang di mahkamah untuk mendapat pembelaan,akhirnya Mahkamah Tinggi Alor Setar telah memihak kepada mereka walaupun pampasan yang mereka terima begitu kecil sekali.
Apapun sekurang kurangnya terbukti suami mereka yang terkorban bukan lah penjenayah seperti yang dihebahkan media massa milik pemerintah beberapa tahun yang lampau.Kalau lah suami mereka itu penjenayah maka mustahillah mereka dibayar pampasan oleh pihak kerajaan.
Mustahil sekali seorang Sultan sudi mencemar duli untuk menziarah dan menjiruskan air mawar ke kubur seorang Ketua Penjenayah.
Tetapi malangnya sesudah 24 tahun lalu,dan sesudah Mahkamah membuat keputusan yang membuktikan mereka itu bukan penjenayah,pihak polis masih juga belum insaf dan belum lagi mahu menghormati keputusan mahkamah itu.
Sebenarnya pagi tadi saya baru sahaja melawat Muzium PDRM di Jalan Perdana Kuala Lumpur yang terletak tidak jauh dari Muzium Kesenian Islam,Masjid Negara dan Pusat Islam.Saya pernah pergi ke sana beberapa kali sebelum ini.
Ada sesuatu yang memaksa saya untuk memberi ceramah pendek kepada beberapa orang pegawai polis yang bertugas di muzium tersebut.
Ketika saya berada di ruang 'C' bilik pameran terakhir yang saya lawati di muzium PDRM itu,saya sempat mengutip beberapa kisah tragedi keganasan yang pernah berlaku di negara ini yang turut mengorbankan pihak keselamatan melalui skrin touch yang disediakan pihak muzium.
Antara tragedi yang dipaparkan ialah Tragedi 13 Mei,Bukit Kepung dan lain lain yang tak sempat saya ingat.Tetapi yang pastinya saya tak pernah lupa ialah 'Tragedi Memali'.Bila jari saya menyentuh saja skrin tersebut terpaparlah catatan seperti di dalam gambar.
"Pada 19 November 1985 satu pertempuran telah tercetus dalam misi khas menangkap ketua penjenayah iaitu Ibrahim Mahmud atau lebih dikenali dengan nama Ibrahim Libya....". (Lihat gambar di atas)
Menyirap darah saya.Tak reti bahasa ke?Saya terus mengakhiri lawatan saya dan bergegas ke kaunter penerangan.Tiga pegawai polis bertugas tersenyum."Kalau ada apa apa komen Encik boleh tulis",kata salah seorang dari mereka.Saya tak buang masa lagi,"Ya semua Ok! tapi satu yang saya tak puas hati.Nampaknya polis masih nak menipu dengan Tragedi Memali",saya terus lepaskan peluru pertama tepat di batang hidung pegawai tersebut.
Mereka terpinga pinga."Kenapa Encik,kamipun nak tau apa komen Encik,boleh tulis dalam buku ini".Saya pun meneruskan ceramah pendek tentang tragedi Memali kepada pegawai polis berkenaan.
Nampaknya mereka seakan akan buta maklumat atau saja saja buat buta."Siapa kata Ibrahim Libya Ketua Penjenayah?Apa jenayah dia buat.Dia ialah bekas Pegawai Pusat Islam.Sultan Kedah pun ziarah kubur dia.Kalau mereka penjenayah kenapa kerajaan bayar pampasan pada balu balu mereka?".
Pegawai-pegawai polis itu tidak membantah apa yang saya cakap dan berjanji memaklumkan kepada pihak atasan.Saya tak pedulipun dengan janji mereka.saya terus mencatatkan komen saya di dalam buku catatan pelawat,menulis nama dan telefon,kalau kalau mereka teringin nak menelefon.
Apa yang saya nak pinta di sini kepada pihak pihak yang berautoriti di dalam PAS ,tolonglah lakukan sesuatu terutama PAS Kedah.Sebenarnya saya sudah pernah mendengar komen ini dikemukakan setahun dua yang lalu.Saya tidak tahu apa tindakan yang telah diambil.Jangan kita biarkan Muzium PDRM terus terusan menghina mereka yang terkorban dalam Tragedi Memali dan menyambung tugas Umno/BN untuk menipu rakyat jelata.Kita juga mahu mereka menghormati keputusan mahkamah yang memihak kepada penduduk Memali.