Ikuti Blog ini

Menteri Besar hina pegawai, Imam dan Pejabat Agama

KUALA TERENGGANU - Menteri Besar Terengganu, Dato' Seri Ahmad Said tidak sewajarnya menegur imam-imam secara terbuka dengan mengatakan imam-imam membaca khutbah secara 'acuh tidak acuh' dan tidak membuat persediaan.

Ketua Pemuda PAS Terengganu, Ustaz Mohd Nor Hamzah menyelar kenyataan YAB Menteri Besar itu yang disifatkan menghina pegawai-pegawai dan kakitangan kerajaan.


"Kenyataan YAB Menteri Besar itu menghina pegawai-pegawai dan kakitangan kerajaan dan Jabatan Agama Islam Terengganu,"ujarnya.

Menurutnya perlatikan imam-iman melalui prosedur yang telah ditetapkan oleh Jabatan Agama Islam dengan temuduga yang mereka buat secara terperinci.

Bahkan, kenyataan Ahmad dianggap seolah-olah menghina Tuanku Sultan kerana imam-imam terbabit telah ditauliahkan dan diiktiraf.

"Imam yang dilantik sebenarnya mendapat tauliah daripada Sultan, ini menggambarkan dengan sendirinya, seolah-olah MB menghina Tuanku, menghina Jabatan Agama Islam,"tegasnya.

Menurut Ustaz Mohd Nor yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Payung, cara Ahmad menegur didepan khalayak itu imam-imam seluruh negeri yang sebenarnya mereka adalah satu golongan yang memilki kedudukan dalam masyarakat

Katanya, imam-iman tersebut dipilih oleh Jabatan Agama Islam mengikut kelayakkan-kelayakkan yang ada pada mereka .

Ahmad dilaporkan akhbar, melahirkan rasa kecewa dengan sikap sesetengah imam di negeri ini yang membaca khutbah secara acuh tak acuh walaupun teks khutbah dihantar awal kepada mereka.

Ahmad berkata, imam perlu lebih bersedia dan bagi memantapkan lagi penyampaian khutbah, imam serta bilal perlu banyak membaca. -BO

Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .