Khalid, 22, pada mulanya hanya diminta hadir ke mana-mana balai polis untuk diambil keterangan berhubung dakwaan berkaitan status laman sosial Facebook yang dikatakan menyokong tindakan supaya anggota polis dibunuh.
Menurut seorang aktivis mahasiswa yang berada di IPK KL, Ehsan Bukhari, selepas Khalid ditahan, dia dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Cheras kira-kira jam 11.30 untuk siasatan lanjut.
Selepas itu, dia sekali lagi dibawa menaiki kereta dan dimaklumkan akan dibawa ke IPD Jinjang.
Namun, Khalid yang masih dibenarkan berhubung dengan ahli keluarga memberitatu, dalam perjalanan ke Jinjang, mereka berpatah balik ke IPD Cheras. Sehingga berita ini ditulis, Khalid berada di IPD Cheras.
"Tadi kami semua ke IPD Cheras, lepas itu ikut ke IPD Jinjang tapi belum sempat tiba, Khalid bagitahu mereka berpatah balik ke IPD Cheras. Sekarang kami nak gerak ke IPD Cheras.
"Kami tak tahu polis tengah main game apa ni. Kami minta polis tolong berterus-terang apa tindakan yang akan dikenakan ke atas Khalid," katanya.