|
Salah satu pemandangan bunga kristal di I City. |
"Ilir" (boleh disama ertikan
advance dalam tindakan atau idea
mendahului orang lain) Dewan Pemuda Pas Kelantan (DPPK) apabila
mengadakan majlis makan malam di I-City di Sham Alam Selangor malam
tadi.
I-City merupakan taman mandian cahaya dan germelapan dengan neon kristal
yang menakjubakan mata memandang, ia menjadi tempat orang ramai
melepas kepenatan selepas lelah mengejar rezeki.
|
Sebahagian pimpinan pemuda Pas Kelantan yagg hadir. |
Komuniti pinggir bandar akan membawa anak atau keluarga masing-masing
untuk menyeduk udara malam di situ. I-City satu-satu Madinah... yang
unit dinoslagiakan sebagai salah satu taman dalam syurga.
Anak-anak muda remaja pula akan menjadikan I-City kawasan bersiar untuk
menggemukkan berahi. Mereka akan melepak dan berputar-putar di situ
sambil merakam gambar atau video berlatar belakangkan kerlipan atau
cerah alam laksana dalam syurga. Menjelang Maghrib mereka akan membawa
jiwa hamba itu situ dan akan bersurau selepas menjelang tengah malam.
Malamnya mereka saling bertukar gambar di wall Fb.
|
Meja VVIP, Azizah, Tok Guru, Latif dan Abdullah. |
Untuk masuk ke taman itu dikenakan bayaran mengikut kadar berapa lama
kereta di parking. Demikian latar belakang tempat yang dijadikan
venue Pemuda Pas untuk makan malam bagi memenuhi tabung pilihan raya mereka.
Atas kejayaan itu diucapkan syabas kepada DPPK. Dari sisi kejayaan atau
kemampuan Pemuda Pas Kelantan mengadakan majlis di situ memberi tafsiran
sebagai memulakan langkah untuk menawan Putrajaya. Sebelum ini Pas
Kelantan telah menciptakan slogan, Langkah Ke Putrajaya Bermula di Kota,
dan tampaknya Pemuda telah menayahutnya dengan 'menawan' dulu I-City!
|
Tok Guru dikerumuni sebaik tiba. |
Selama ini apa-apa majlis Pas tidak dapat mengelak dari atau mesra
dengan perkarangan masjid atau pun dewan sekolah Arab. Apabila Pas
'bermakan malam' di tengah-tengah keriuhan dan gemerlapan bebintang dan
lokasi riadah umum itu menunjukkan Pemuda sudah moden dan memecahkan
tradisi kumpulan itu selama ini.
|
Jujutan hadirin menghulurkan derma disambut Tok Guru. |
Mungkin apa yang dihasratkan Pemuda Pas Kelantan dengan mengadakan
majlis makan malam di situ berjaya dicapai. Kehadiran MB Kelantan Tok
Guru Nik Abdul Aziz, Presiden PKR Dr Wan Azizah dan Tang Seng Geok juga
meriahkan lagi majlis itu. Banyak juga meja yang dibeli walaupun hampir
separuh daripada mejanya tidak bertuan. Tetapi tidak mengapa, wang sudah
pun dipunggut menerusi penjualan meja lagipun tujuan majlis itu adalah
untuk mengumpul wang.
Sumbangan untuk tabung Dewan Pemuda juga turut bertambah apabila para
hadiri seorang demi menghulurkan derma ikhlas untuk tabung itu yang
diterima Tok Guru. Ia ditambah lagi dengan pelelongan beberapa barang
milik peribadi Tok Guru seperti, kasut, vest, kain pelikat dan baju
gumbang serta jam tangan. Di mana hasil pelelolongan itu hampir RM10,000
berjaya dikutip.
|
Penjualaan gambar potret Tok Guru. |
Lebih ilir lagi majlis malam tadi disusupi dengan acara dikir barat di
mana acara yang tidak pernah ketinggalan dalam apa-apa majlis yang
melibatkan anak-anak atau orang Kelantan. Kemunculan atau keperluan
dikir barat ini seolah-olah kepentingan budu dalam hidangan.
|
Sebahagian orang ramai mengikuti persembahan Dikir Barat. |
Ramai juga pengunjung taman itu turut memerhati dan mengikuti dikit
barat. Mungkin juga yang hadir itu orang Kelantan. Orang Kelantan sangat
peka kepada budaya dan aroma makanan mereka. Cuma sayang pengajur
majlis itu tidak peka untuk memberi apa-apa
goodits kepada
penononton tidak diundang itu. Mungkin pengarah tidak terfikir ia akan
menjadi perhatian orang ramai kerana lokasinya terbuka. Kalau disediakan
goodits setidak-tidak matlamat diadakan di situ untuk menarik perhatian orang ramai kepada Pas tercapai.
Beberapa bekas pimpinan Pemuda Pas Kelantan juga hadir malam tadi.
Antara Abdullah Yaacob yang kini merupakan Adun Air Lanas dan Pengerusi
BBC Kelantan, Anggota Exco Abdul Fatah Mahmod. Ada juga ahli Parlimen
Shah Alam, Khalid Samad, YDP Pas Jeli, Apandi Mohamad dan lain-lain.
Bagi saya sesuatu yang dirasa majlis malam tadi cacat kerana bekas
timbalan Ketua Pemuda Pas Nik Mohamad Abduh Nik Abduh Aziz tidak
kelihatan. Tapi tidak mengapa mungkin beliau keuzuran atau pun tercicir
dari dijemput. Mungkin DPPK beranggapan dengan kehadiran Nik Aziz sudah
mencukupi.-
MSO