Ikuti Blog ini

MB N.9 kena disebat

MB N.9 disebat.

Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Utama Haji Mohamad Bin Haji Hassan dijatuhkan hukuman sebatan oleh Mahkamah Rakyat berhubung jenayah mengirimkan wang secara haram ke luar Negara membabitkan 10 juta ringgit ke London pada tahun 2008.

Hukuman sebatan secara simbolik itu diadakan dihadapan ibupejabat Keadilan Negeri Sembilan. Suasana yang pada awalnya tenang mulai tegang apabila pihak berkuasa mengerahkan pasukan polis simpanan FRU untuk menyuraikan perhimpunan aman itu.

“Dengan kita polis berani. Dengan umno takut. Menikus. Kesian juga pada polis- polis yang menerima tekanan oleh UMNO.”

Turut dikaitkan dengan penghantaran wang secara haram ini ialah isteri perdana menteri, Datin Seri Rosmah Mansor. Rosmah didakwa telah melakukan transaksi wang secara haram melibatkan 6 ratus ribu ringgit sewaktu beliau sedang membeli belah di Dubai, Ogos lalu.


Selepas hukuman dijalankan

Polis gagal menyelamatkan Mohamad Hassan dari disebat kerana terlewat sampai, jalan jem. Polis cukup marah hari tersebut kerana terpedaya dengan maklumat awal kononya kami nak buat 11 pagi di depan bangunan Umno. Hampir 200 Polis dan gangster Umno menunggu sejak pagi malangnya kami buat petang di tempat lain.....kesian mereka
Sidang media selepas 'laksana hukuman'

Pak Din TTJ, antara pelaksana hukuman

Sani Md Shah menyebat dengan penuh 'geram'

YB Taufek memberikan ucapan sebelum 'jatuh hukum'

Sebatan dimulakan

Perbicaraan dimulakan lebih 100 yang hadir setuju Mohamad ialah pengkhianat dan wajar dihukum.Azmizam dari AMK Selangor juga turut hadir tanda sokongan

"Sejuk Tengok Muka Nizar"-Rakyat

Pasir Panjang : Program Pemimpin bersama Rakyat telah diadakan di Pasir Panjang,Manjung.Ia dihadiri oleh Adun Pasir Panjang Dato Seri Ir Hj Nizar Jamaluddin yang sememangnya menjadi rutin beliau untuk turun bersama-sama dengan rakyat di Dun beliau bagi melihat dan bertanya khabar mereka.

Program pertama bermula seawal jam 10.30 pagi dengan kehadiran Dato Seri Nizar ke Sek Ren Agama Taalim Manjung.Ia merupakan program bertemu ibu-bapa pelajar-pelajar disana dan juga hari pendaftaran murid-murid darjah satu di Sekolah berkenaan.

Dato Seri di dalam ucapannya bersama ibu-bapa yang hadir menekankan betapa pentingnya pendidikan islam yang di sesetengah sek keb semakin diabaikan dan tidak memberikan kesan kepada anak-anak kita.Dato Seri turut memuji Ibu-Bapa yang sanggup menghantar anak mereka ke Sekolah agama yang sesetengah dari kita menganggap ia sebagai agak ketinggalan namun bagi ibu-bapa yang hadir hari ini telah meletakan satu keyakinan kepada Rakyat bahawa bersekolah di sekolah agama juga menjamin masa depan anak mereka.

Setelah itu Dato Seri telah menunaikan solat Jumaat di Masjid Batu 8 Lekir,Manjung dan kemudiannya bersama-sama dengan rakyat dalam satu jamuan rakyat yang diadakan di Batu 10 Lekir.Dato Seri turut memperikan ucapan penerangan isu-isu semasa politik Negara.Apa yang sempat sya dengarkan ialah kata-kata yang keluar daari mulut Rakyat yang mana ia diluahkan oleh seorang Ibu Tua yang dengan perlahan berkata "Sejuk Tengok Muka Nizar "...

Menghiasi jadual perjalanan sehari di Dun beliau, juga telah diadakan Majlis penyerahan sumbangan kembali ke sekolah berupa beg sekolah dan juga alat tulis kepada lebih dari 50 anak-anak yang keluarga mereka kurang berkemampuan yang ianya disumbangkan sendiri oleh Dato Seri Nizar selaku Adun Pasir Panjang.Ia diadakan di dua kawasan yang mana di Batu 10 Lekir seramai 25 orang telah menerima sumbangan tersebut.Ia diteruskan dengan sumbangan kedua di Taman Seri Wangi yang mana 25 orang juga anak-anak yang terdiri dari pelbagai bangsa telah menerimanya.

Gambar diatas ini ialah rangkuman gambar-gambar menarik yang sya rakamkan yang menggambarkan suasana rakyat yang tidak mengira agama,bangsa dan lapisan umur sedang meneliti Buletin Rakyat yang dikeluarkan oleh Pusat Khidmat Adun Pasir Panjang yang mana ia merupakan keluaran edisi pertama sempena dengan tahun baru yang tiba hari ini.Ia menempatkan penulisan berupa ucapan perutusan Tahun Baru oleh dato Seri Ir Hj Nizar Jamaluddin yang diterjemahkan kepada 3 bahasa iaitu Melayu,India dan Cina.

Pada sebelah petangnya pula Dato Seri Ir Hj Nizar melapangkan masa mengziarahi saudara Yusri aiaitu Ketua AMK Lumut yang bakal melangsungkan perkahwinannya pada esok hari.Disebabkan Dato Seri tidak dapat hadir esok maka beliau hadir hari ini bagi menyampaikan ucapan Tahniah dan doa semoga pasangan ini kekal ke akhir hayat.Selepas itu Dato Seri bersama-sama rakyat menunaikan solat Maghrib dan Dato Seri telah menyampaikan kuliah Maghribnya di Masjid Venice di Lumut.

Tok Guru Nik Aziz ulas kedatangan tahun baru 2010




Dr Asri dah mula kempen PRU13



PETALING JAYA, Jan 1 — Bekas mufti Perlis Dr Mohd Asri Zainal Abidin yang kini cuba “dipikat” parti-parti politik menggesa agar para pengundi memilih parti yang sanggup memberi "ruang dan hak bersuara yang adil" untuk mereka pada pilihan raya umum ke-13 kelak.

Sungguhpun tarikh pilihan raya umum itu masih belum dapat dibayangkan oleh mana-mana pihak, Asri (gambar) berkata para pengundi seharusnya sudah mula memikirkan perkara tersebut mulai sekarang.

Asri berkata beliau mahu pertimbangan dan penilaian dimulakan sekarang oleh pengundi agar mereka tidak "panik apabila menghadapi pilihan raya umum ke-13 nanti."

"Jangan tunggu sehingga pilihan raya umum ke-13 baru hendak fikir... sebab itu saya minta mereka mula membuat penilaian dari sekarang," katanya.

"Pilih parti dan calon yang bersikap terbuka, yang boleh memberikan hak bersuara yang adil... kita tengok parti mana yang menggunakan cengkaman, tidak memberi ruang dan hak untuk mereka bersura dan ia perlu ditolak," katanya.

Ketika dihubungi The Malaysian Insider, Asri berkata beliau memberikan pandangan itu tanpa merujuk kepada mana-mana parti politik.

Asri yang kini berhadapan dengan tuduhan mahkamah bahawa menyampaikan kuliah tanpa tauliah sedang dipujuk oleh kedua-dua Umno dan PAS sejak kebelakangan ini.

Kedua-dua parti itu dilaporkan sudah mendampingi beliau sejak beberapa bulan yang lalu.

Pada 9 Nov lalu, Asri berkata beliau sedia menyertai politik sebagai jalan terakhir jika usahanya untuk menyebarkan dakwah melalui ceramah agama berdepan dengan halangan.

Menurutnya, beliau memang tidak bercadang menyertai politik dan lebih menumpu kepada usaha menyebarkan pemikiran Islam yang dianggap luas kerana Islam adalah agama untuk semua.

Beliau ditahan oleh Jabatan Agama Islam Selangor 1 Nov.

Apabila ditanya sama ada ia petanda beliau sudah mula memutuskan muktamad untuk menyertai parti politik, Asri menolak tanggapan sedemikian.

Dalam tulisan blognya dua hari lalu Asri menyeru para pencinta perubahan, penyokong keluasan minda dan usaha-usaha tajdid terutama generasi muda, agar mula menilai parti politik yang lebih meraikan "keluasan pendapat dan memberi ruang serta hak bersuara kepada rakyat secara adil."

"Nilailah juga parti mana yang tidak mesra dengan perkara ini.

"Dengan arus yang ada ini, pastikan undi anda pada pilihan raya ke-13 membantu ke arah semangat perubahan dan keluasan pendapat yang kita harapkan," kata Asri.

Tulisan itu menambah beliau bersyukur kerana sebahagian besar rakyat Malaysia, terutama generasi muda yang memberikan sokongan yang tidak putus-putus kepada usaha-usaha tajdid.

"Namun, saya agak kecewa kerana ada saluran media yang tidak bersikap positif dengan usaha tajdid yang sedang berlaku. Mungkin ada gangguan pihak tertentu.

"Pihak TV3 telah menjemput saya juga Tuan (Muhammad) Uthman Muhammady dalam rancangan al-Kulliyyah secara langsung.

"Malang sekali apabila tiba waktu siaran, dimaklumkan kononnya tidak mendapat ‘lampu hijau’ untuk disiarkan secara langsung.

"Janji mereka rakaman tersebut akan disiarkan, namun tidak muncul sehingga kini. Alhamdulillah, nasib baik ada pihak yang merakamkan program dan ia telah disiarkan dalam Internet serta mendapat sambutan," katanya.

Asri menambah pihak RTM1 pada 28 Dis lalu telah menyiarkan siaran langsung Uthman Muhammady dan seorang penceramah yang tidak dikenali membuat tafsiran yang salah terhadap perbezaan pendapat dan usaha pembaharuan.

"Sepatutnya, mereka hendaklah terbuka pada zaman ini dengan menjemput secara adil kedua-dua pihak memberi pendapat. Masyarakat kini sudah bijak untuk menilai.

"Alhamdulillah, walaupun RTM1 membuat demikian, kajian yang mereka buat dalam rancangan tersebut tetap menunjuk majoriti penonton menganggap positif perkembangan pemikiran atau yang mereka istilah sebagai pertembungan," katanya.

Malah dalam tulisannya Asri juga berterima kasih kepada kerajaan Kelantan memberikan pentas terbuka yang dihadiri ribuan orang di Kota Baru baru-baru ini.

"Ia memberi ruang untuk saya yang tidak berparti berforum secara terbuka dengan Datuk Nik Amar (PAS), Datuk Nakhaei (Umno) dan Ustaz Afandi (Pemuda Umno). Rakyat dapat melihat dan menilai," katanya.

Wacana Perdana Islam di Malaysia — Realiti dan Harapan itu membariskan Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pembangunan Islam dan Dakwah Negeri, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah; Asri, bekas Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiyah Malaysia (Yadim) Datuk Mohd Nakhaei Ahmad dan Pengerusi Biro Agama Pemuda Umno Malaysia Afandi Yusof.

Jual pesawat MIG29N, sandiwara kerajaan



KUALA LUMPUR, 1 Jan : Kenyataan terbaru Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamid bahawa kerajaan belum ada keputusan yang muktamad untuk menjual pesawat MIG29N dipersoal.

Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar semalam menganggap kenyataan Ahmad disebabkan bekas Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad mengkritik kerajaan sebelum ini.

"28 Oktober lalu di Dewan Rakyat, (Ahmad berkata) perkhidmatan pesawat tempur MIG29N akan di tamat tahun depan (2010), tibak-tiba apabila Tun menegur dan kritik, (Ahmad) Zahid kata belum muktamad lagi," jelasnya.

Beliau menganggap, kenyataan Ahmad sekadar meredakan kemarahan Tun sahaja - yang tidak mahu pihak tertentu mengaut keuntungan komisen, sebagaimana yang berlaku dalam transaksi kapal selam Scorpene dan pesawai Sukhoi sebelum ini.

Sebagaimana kes kehilangan dua enjin jet F5E baru-baru ini, beliau mendakwa Ahmad cuba menyembunyikan niat sebenar kerajaan untuk membeli pesawat yang baru.

"Hakikat mereka sedang disembunyikan (adalah) nak jual MIG29N dan beli pesawat baru, semacam mereka sembunyikan dua injen pesawat F5E selama 3 tahun baru-baru ini," jelasnya.

Beliau juga tidak menolak kemungkinan bahawa beberapa pihak atasan dalam Tentera Udara DiRaja Malaysia (TLDM) terlibat dalam beberapa penyelewengan tersebut.

Dalam pada itu, beliau bersetuju dengan Mahathir supaya pesawat MIG29N itu dinaik taraf dengan kelengkapan teknologi terkini sahaja.

"kita naik tarafkan semua injin MIG29N seperti mana kerajaan India membuat perjanjian dengan Rusia (ke atas) semua MIG milik India," jelasnya.

Jelasnya lagi, perjanjian tersebut membenarkan Hindustan Aeroautics Pte. Ltd. iaitu syarikat pertahanan-penerbangan milik kerajaan India untuk mendapatkan pemindahan teknologi dalam pembikinan enjin baru MIG milik tentera udara India.

Begitu juga dengan Polond, mendapatkan kepakaran Rusia untuk menaik taraf kesemua 32 pesawat MIG29N yang dijangka siap sekitar 2012-2015.

Beliau juga menjelaskan bahawa United Kingdom turut menaik taraf pesawat-pesawat juang negaranya.

"Jet pengebom UK English Electric Canberra diguna sejak tahun 1950 hingga Perang Teluk yang pertama setelah dinaik taraf beberapa kali, sesuai dengan usianya dan modelnya," jelas.

Beberapa usaha kerajaan itu, sekali gus mendorong rakyat menganggap kerajaan membazirkan wang rakyat.

Warga negara malaysia semua !!! jangan lupa ini pun naik..


Setiap pemegang kad dikehendaki membayar 50 ringgit setiap satu kad kredit bermula tahun baru 2010..ha ha ha.. korang cuba bukak dompet tengok ada berapa kad yang kome ada aha..ha...lepas tu congak dan darab@kali-kali akan ada jawapannya ,tak perlu jawab dalam bahasa inggeris faham.contoh kalau 5 kad darab RM50 jawapannya ialah Rm 250 kena bayar pada kerajaan barisan Nasional..hu hu hu..

aduhhhhhh parah macam ini ....semua BARANG NAIK (BN)





gula naik 20 sen bagi setiap kilogram bermula 1 jan 2010 Harga gula mengikut kenaikan terbaru ini adalah RM1.65 di Semenanjung dan RM1.75 di Sabah dan Sarawak.

Menteri Hal-Ehwal Pengguna Datuk Mohd Zain Mohd Dom berkata kenaikan ini berpunca dari lonjakan harga gula mentah di pasaran dunia.








Berkuatkuasa 1 Januari depan, harga roti putih dinaikkan ekoran daripada tindakan Kementerian Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna memberhentikan subsidi dan memansuhkannya daripada senarai barang kawalan.

Harga roti biasa meningkat 40 sen manakala bagi harga roti klasik combo melonjak 50 sen dari harga asal.

XPDC dakwah Pemuda PAS & Jab. Amal Puchong di ambang tahun baru.


Dengan semangat dan rasa tanggungjawab yang tidak boleh diabaikan , Lajnah Penerangan Dewan Pemuda PAS Puchong bersama Jabatan Amal Puchong mengadakan siri XPDC Dakwah di kawasan Uptown Puchong Utama untuk mengedar risalah penerangan dan sesi bertemu masyarakat terutama muda mudi.

Program ini diketuai oleh Ketua Pemuda Pas Puchong sdr. Youp dan Komanden Jabatan Amal sdr. Nazree. XPDC Dakwah ini bertujuan memberikan kesedaran kepada masyarakat tentang pengaruh budaya barat dan ancaman kepada masyarakat selain menjalin hubungan secara terus dengan pengunjung sambutan tahun baru di kawasan Uptown Puchong Utama.












Sambutan tahun baru dengan kenaikan harga GULA.





Rakyat mendapat hadiah tahun baru dari kerajaan apabila harga runcit gula dinaikkan sebanyak 20 sen sekilogram kepada RM1.65 di Semenanjung dan RM1.75 di Sabah dan Sarawak mulai 12 tengah malam.

Menurut kenyataan, kenaikan ini berikutan kenaikan harga gula mentah dunia.

Perkara tersebut diumumkan oleh Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Mohd Zain Mohd Dom di sini hari ini.

Alah bisa, tegal biasa.
Kan dah biasa .. mari kita teka. Selepas gula naik .. apa lagi yang akan naik?
mari kita berteka teki ....

Angin Pendamai - Ito Blues Gang



Lagu tema bagi Kongres Pakatan Rakyat Pertama yang diadakan di Auditorium MBSA, Shah Alam pada 19 Disember 2009. Lagu dan senikata oleh Ito (Blues Gang)

'Ziarah Kasih' dekati masyarakat malam tahun baru

KUALA LUMPUR, 31 Dis: Dewan Pemuda PAS Pusat (DPPP) bersama-sama- Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan (DPPWP) akan mengadakan Ekspedisi Dakwah atau 'Ziarah Kasih' sempena Sambutan Malam Tahun Baru 2010 malam ini.

Program yang akan diketuai oleh Ketua DPPP, Nasrudin Hasan itu dan turut disertai oleh muslimat dan Nisa' Wilayah Persekutuan bermula jam 10 malam dan akan berakhir pada jam 12 malam.

Ziarah Kasih ini bertujuan memberikan kesedaran kepada masyarakat tentang pengaruh budaya barat dan ancaman kepada masyarakat selain menjalin hubungan secara terus dengan pengujung sambutan tahun baru.
Program ini juga bagi mendapatkan maklumat ringkas dan kajian ringan tentang pola kehadiran pengunjung.

Ia mensasarkan kepada anak muda dan golongan remaja bawah umur yang berada di kawasan sambutan tahun baru.

Untuk tujuan itu, DPPP dan DPPWP telah menyediakan risalah untuk diedarkan selain berbicara secara terus dengan mereka.

Tiga lokasi utama iaitu KLCC, Dataran Merdeka dan Taman Tasik Titiwangsa dipilih untuk Ziarah Kasih kerana tiga lokasi ini menjadi tumpuan orang ramai setiap kali menjelangnya tahun baru.

PAS melalui DPPP, muslimat dan Nisa' mengambil inisiatif ini pada setiap tahun sebagai satu langkah untuk mendekati dan menyampaikan risalah dakwah kepada masyarakat.

Program sebegini juga merupakan salah satu cara 'amar makruf nahi mungkar' yang menjadi perjuangan PAS.

'Zaman joli katak sudah berakhir'













Zaman 'joli katak' sudah berakhir dan wang 'loteri minyak' makin berkurangan, khususnya akibatkan kelemahan pengurusan kerajaan, kata pemimpin veteran Umno Tengku Razaleigh Hamzah.

Menurut pengasas Petronas itu, rancangan asal gergasi petroleum itu tidak termasuk mengeluarkan minyak berlebihan untuk membayar kos projek kerajaan bernilai berbilion ringgit.

"Ia bermula dengan perjanjian (pembelian peralatan ketenteraan) dengan (perdana menteri Britain pada masa itu) Margaret Thatcher.

"Kemudian, pengeluaran minyak tiba-tiba berganda daripada 650,000 tong sehari kepada lebih satu juta tong sehari (untuk menampung pembelian senjata). Itu sudah terlalu banyak untuk kita," katanya.

Sebagai seorang perancang utama kepada rancangan minyak Malaysia, bekas menteri kewangan itu kini cuba untuk membetulkan keadaan, lebih-lebih lagi untuk negeri asalnya sendiri yang beliau percaya mempunyai "hak berdaulat" untuk menerima bayaran royalti minyak bagi sumber yang ditemui di perairannya.

"Ianya bukan isu yang sukar sebab selagi minyak itu ditemui di perairan Kelantan, sama ada ianya kawasan usaha sama atau sama ada ia di luar pantai dalam zon ekonomi eksklusif negara, Petronas tetap perlu membayarnya," katanya.

Seperkara lagi yang perlu dijelaskan ialah rundingan di antara negeri dan pusat, yang disifatkan Tengku Razaleigh sebagai lapuk dan tidak mampu menyediakan pulangan yang diperlukan bagi pembangunan di setiap negeri.

Bekas menteri kewangan itu, dalam wawancara dengan Malaysiakini minggu lalu, juga tidak kisah dengan peringatan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin supaya jangan menerima jemputan pembangkang untuk mengetuai satu kaukus parlimen berkenaan royalti minyak.

"Saya tidak peduli siapa yang beri amaran. Saya lakukan ini demi negara. Saya tidak terhutang budi dengan sesiapa.

"Saya tidak peduli. Saya mahu lihat hak daulat rakyat ini terjaga," katanya lagi.

RM800 juta: Kelantan warisi kes zaman Umno/BN


KOTA BARU, Dis 31: Kerajaan negeri Kelantan terpaksa menghadapi dilema membayar ganti rugi RM800 juta kepada sebuah syarikat pembalakan apabila mewarisi keputusan pentadbiran Umno-BN sejak 35 tahun lalu.

Exco Kerajaan Negeri, Datuk Husam Musa berkata masalah itu berpunca daripada pembatalan projek pada tahun 1975.
Bagaimanapun, Husam berkata, kerajaan negeri akan membuat rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi itu.

Mahkamah Tinggi Kota Baru semalam mengarah kerajaan negeri membayar gantirugi sebanyak RM800 juta kepada syarikat pembalakan Timbermine Sdn Bhd kerana melanggar syarat perjanjian mereka.

Ia merupa kes pampasan terbesar yang pernah dicatatkan dalam kes saman sivil di negara ini.

Kes itu dipercayai difailkan pada tahun 2004.

Husam Musa berkata, rayuan tersebut akan dibuat menerusi seorang peguam kanan.

“Biar pun mereka menang kes tersebut semalam, namun kerajaan bersetuju untuk membuat rayuan bagi mendapatkan keputusan di sebaliknya.

“Sepatutnya isu tersebut diselesaikan kerajaan negeri ketika itu (BN) memandangkan mereka telah membatalkan konsesi yang ditandatangani,” katanya pada persidangan media di Kota Darulnaim hari ini.

Media hari ini melaporkan kerajaan negeri diarah Mahkamah Tinggi Kota Bharu membayar RM800 juta kepada Timbermine Sdn Bhd kerana melanggar beberapa perjanjian yang ditandatangani 35 tahun lalu.

Jumlah ganti rugi itu termasuk RM560 juta bagi 30 peratus pemilikan syarikat dalam kawasan pembalakan seluas 112,000 hektar, ganti rugi khas RM13.6 juta, bayaran gaji pekerja yang diberhentikan (RM1.74 juta), faedah lapan peratus sejak 2004 berjumlah RM240 juta dan kos sebanyak RM200,000.

Husam berkata, syarikat itu menerima konsesi daripada kerajaan negeri pada 20 Julai 1964 untuk mengusahakan tanah di kawasan hulu Kelantan.

“Di kawasan itu juga ada aktiviti pengganas komunis. Dan saya difahamkan syarikat tersebut sanggup melakukan aktiviti pembalakan biar pun berlaku kesukaran.

“Kemudian semasa diperintah kerajaan Barisan Nasional (BN) pada 18 Mac 1975 kerajaan telah membatalkan perjanjian tersebut,” katanya.

Menurutnya ekoran pembatalan tersebut, dalam tempoh sebulan syarikat telah menghantar surat melalui peguam bagi mencabar keputusan berkenaan.

Katanya, saman telah dilakukan syarikat tersebut kepada kerajaan negeri.

“Kemudian kerajaan negeri telah menubuh satu jawatankuasa berunding dalam tempoh tiga bulan selepas surat diterima.

“Jawatankuasa tersebut pada waktu itu dipengerusikan Menteri Penerangan dan Tugas-Tugas Khas, Tengku Ahmad Rithaudeen.

“Rundingan telah dijalankan pada 12 Julai 1975 dan hasil rundingan tersebut mereka telah bersetuju menyelesaikan masalah tersebut membayar ganti rugi sebanyak RM3.5 juta,” katanya.

Dan selepas itu ditubuh anak syarikat baru di mana kerajaan negeri mempunyai saham sebanyak 70 peratus dan Timbermine 30 peratus.

Persetujuan telah dicapai dan menteri besar telah menulis surat kepada syarikat.

Husam berkata, perkara itu berlanjutan di mana syarikat terbabit telah berurusan dengan kerajaan BN daripada 1982 sehingga 1989.

Bagaimanapun tambahnya, syarikat terbabit sekali lagi menghantar tuntutan mereka pada 2004 selepas kerajaan negeri bertukar tangan, katanya.

Husam berkata, masalah itu adalah perkara lama yang sepatutnya diselesaikan kerajaan negeri sebelum ini kerana mereka bertanggungjawab membatalkan konsesi.

Ditanya adakah kerajaan negeri terkejut dengan saman berjumlah RM800 juta, katanya kerajaan negeri akan membuat rayuan kes berkenaan.

“Biar pun pada peringkat awal kita kalah, namun kita akan bawa kes tersebut ke mahkamah lebih tinggi.

“Bukan bermakna sekarang kita kena bayar RM800 juta kerana rayuan akan dikemukakan terlebih dahulu,” katanya.

Beliau juga memberitahu kerajaan negeri pernah membincangkan kes tersebut dalam mesyuarat Exco sebelum ini.

MEMALI : Muzium Polis Berbohong, PAS Perlu Bertindak

"Baru sahaja 19 November lalu kita sama sama mengingati ulang tahun ke 24 peristiwa zalim yang dilakukan pihak berkuasa ke atas umat Islam di kampung Memali,Baling Kedah.Tragedi meragut 14 nyawa orang awam termasuk pendakwah terkenal di utara tanah air iaitu Almarhum Ustaz Ibrahim Libya bersama 13 muridnya dan empat anggota polis adalah satu titik hitam dalam sejarah politik Malaysia.

Fakta bohong dan fitnah Tragedi Memali yang di paparkan pada skrin di bilik pameran Muzium PDRM

Selama hampir 20 tahun balu balu yang kehilangan suami mereka dalam tragedi menyayat hati itu berjuang di mahkamah untuk mendapat pembelaan,akhirnya Mahkamah Tinggi Alor Setar telah memihak kepada mereka walaupun pampasan yang mereka terima begitu kecil sekali.

Apapun sekurang kurangnya terbukti suami mereka yang terkorban bukan lah penjenayah seperti yang dihebahkan media massa milik pemerintah beberapa tahun yang lampau.Kalau lah suami mereka itu penjenayah maka mustahillah mereka dibayar pampasan oleh pihak kerajaan.

Sebenarnya sejak dari awal lagi DYMM Tuanku Sultan Kedah telah memberi isyarat bahawa 14 rakyatnya yang terkorban itu bukanlah penjenayah apabila baginda sendiri mencemar duli menziarahi makam mereka di Parit Panjang dan menjiruskan air mawar di kuburan mereka.

Mustahil sekali seorang Sultan sudi mencemar duli untuk menziarah dan menjiruskan air mawar ke kubur seorang Ketua Penjenayah.

Tetapi malangnya sesudah 24 tahun lalu,dan sesudah Mahkamah membuat keputusan yang membuktikan mereka itu bukan penjenayah,pihak polis masih juga belum insaf dan belum lagi mahu menghormati keputusan mahkamah itu.

Sebenarnya pagi tadi saya baru sahaja melawat Muzium PDRM di Jalan Perdana Kuala Lumpur yang terletak tidak jauh dari Muzium Kesenian Islam,Masjid Negara dan Pusat Islam.Saya pernah pergi ke sana beberapa kali sebelum ini.

Ada sesuatu yang memaksa saya untuk memberi ceramah pendek kepada beberapa orang pegawai polis yang bertugas di muzium tersebut.

Ketika saya berada di ruang 'C' bilik pameran terakhir yang saya lawati di muzium PDRM itu,saya sempat mengutip beberapa kisah tragedi keganasan yang pernah berlaku di negara ini yang turut mengorbankan pihak keselamatan melalui skrin touch yang disediakan pihak muzium.

Antara tragedi yang dipaparkan ialah Tragedi 13 Mei,Bukit Kepung dan lain lain yang tak sempat saya ingat.Tetapi yang pastinya saya tak pernah lupa ialah 'Tragedi Memali'.Bila jari saya menyentuh saja skrin tersebut terpaparlah catatan seperti di dalam gambar.

"Pada 19 November 1985 satu pertempuran telah tercetus dalam misi khas menangkap ketua penjenayah iaitu Ibrahim Mahmud atau lebih dikenali dengan nama Ibrahim Libya....". (Lihat gambar di atas)

Menyirap darah saya.Tak reti bahasa ke?Saya terus mengakhiri lawatan saya dan bergegas ke kaunter penerangan.Tiga pegawai polis bertugas tersenyum."Kalau ada apa apa komen Encik boleh tulis",kata salah seorang dari mereka.Saya tak buang masa lagi,"Ya semua Ok! tapi satu yang saya tak puas hati.Nampaknya polis masih nak menipu dengan Tragedi Memali",saya terus lepaskan peluru pertama tepat di batang hidung pegawai tersebut.

Mereka terpinga pinga."Kenapa Encik,kamipun nak tau apa komen Encik,boleh tulis dalam buku ini".Saya pun meneruskan ceramah pendek tentang tragedi Memali kepada pegawai polis berkenaan.

Nampaknya mereka seakan akan buta maklumat atau saja saja buat buta."Siapa kata Ibrahim Libya Ketua Penjenayah?Apa jenayah dia buat.Dia ialah bekas Pegawai Pusat Islam.Sultan Kedah pun ziarah kubur dia.Kalau mereka penjenayah kenapa kerajaan bayar pampasan pada balu balu mereka?".

Pegawai-pegawai polis itu tidak membantah apa yang saya cakap dan berjanji memaklumkan kepada pihak atasan.Saya tak pedulipun dengan janji mereka.saya terus mencatatkan komen saya di dalam buku catatan pelawat,menulis nama dan telefon,kalau kalau mereka teringin nak menelefon.

Apa yang saya nak pinta di sini kepada pihak pihak yang berautoriti di dalam PAS ,tolonglah lakukan sesuatu terutama PAS Kedah.Sebenarnya saya sudah pernah mendengar komen ini dikemukakan setahun dua yang lalu.Saya tidak tahu apa tindakan yang telah diambil.Jangan kita biarkan Muzium PDRM terus terusan menghina mereka yang terkorban dalam Tragedi Memali dan menyambung tugas Umno/BN untuk menipu rakyat jelata.Kita juga mahu mereka menghormati keputusan mahkamah yang memihak kepada penduduk Memali.

Husam Hantar Surat Terbuka Kepada TDM

Untuk Tun Dr. Mahathir,
(Surat Terbuka)

Tun,

Amat malang sekali PM telah menolak cadangan Tun supaya sebuah Suruhanjaya Diraja menyiasat pengurusan kewangan Tun dan Pak Lah dibentuk.

Alasan Najib sekadar melepas batuk di tangga. Sapu bawah karpet. Kemudian goyang kaki.

Jika Najib seorang PM yang serius melihat pulihnya pengurusan prudent, beliau mesti berbuat sesuatu. Kalau pun enggan menubuhkan Suruhanjaya Diraja.

Menteri Kewangan boleh membentangkan Kertas Putih mengenai ke mana wang minyak RM 270 billion telah dibelanjakan. Tun harus menggerakkan cadangan ini. Paling tidak, Parlimen akan mendapat penjelasan melalui Kertas Putih MOF itu.

Ia mampu dilakukan oleh Kerajaan dan atas prinsip telus dan berakauntable, tidak ada sebab Najib enggan berbuat demikian.

Tentang penggunaan wang RM 270 billion tersebut, memang ada kebenarannya untuk diragui.

Senarai ringkas di bawah sedikit sebanyak boleh memberikan gambaran bagaimana wang itu dibazirkan sesuka hati;

a. Pembatalan kontrak Landasan Berkembar Rawang-Ipoh.
Bayaran ganti rugi kepada DRB-Hicom - RM425mil
b. Pembatalan kontrak Jambatan Kedua Malaysia-Singapura
Bayaran ganti rugi kepada Gerbang Perdana - anggaran awal RM360mil
c. Bayaran ganti rugi kepada operator lebuhraya RM380mil

Compensation to be paid to nine highway concessionaires are as follows

1. Ampang-Ulu Kelang Elevated Highway RM28 million,

2. North South Expressway (Central Link) RM18 million,

3. Seremban-Port Dickson Highway RM178 million,

4. Kulim-Butterworth Highway RM10 million,

5. Malaysia-Singapore Second Link RM6 million,

6. Sprint Highway RM34 million,

7. North Klang Valley Expressway RM9 million, and

8. Penang Bridge RM22 million.

d. RM 500 juta - pembelian bas baru untuk Rapid KL milik Khazanah. 1,000 bas sedia ada terpaksa disadai
e. Kompleks CIQ berharga RM 1 b menjadi gajah putih hasil pembatalan pembinaan Jambatan Kedua.

"The result is that more than RM1 billion has been wasted building the Customs, Immigration and Quarantine (CIQ) complex (left), foundation works for a new railway station, pilings and preliminary works on the road linking the CIQ to the bridge plus compensation to the contractors because of the cancellation of the projects."

f. Kos pembinaan Landasan Berkembar Rawang- Ipoh, mengikut PAC, meningkat RM 1.43 billion dari harga asal. Mengikut laporan lain, ia meningkat dari RM 2.7 pada Julai 2007 kepada RM4.8 billion pada Mei 2008. Peningkatan 77% dalam tempoh 10 bulan!

g. Pembatalan insinerator Broga - dianggarkan di antara RM 500 juta hingga RM 700 juta untuk bayaran pampasan dan berkaitan.

Angka di atas sahaja dah mencecah RM 5.5 billion!

Sebahagian kos ini berlaku kerana sistem runding terus. Sebahagian, untuk menyediakan peluang perniagaan kepada pihak tertentu semata-mata. Sebahagian kerana bayaran ganti rugi semata-mata.

Siapa patut disalahkan, tidak disentuh di sini. Namun, bagaimana wang yang sangat besar boleh diselamatkan jika Kerajaan cekap dan berhemat.

Saya percaya, Tun mampu mempengaruhi Najib membentangkan Kertas Putih itu pada sidang Parlimen akan datang.

Atau, jika Tun ada cadangan lain bagaimana siasatan dan penjelasan terhadap isu ini boleh dilakukan.

Terima kasih.

Husam Musa
(surat ini akan difakskan ke pejabat Tun M pada 31 Disember 2009)

Pakatan Rakyat tolak cadangan bangang SPR.



Cadangan Suruhanjaya Pilihan Raya memanjangkan proses penamaan calon dari satu hari kepada tiga hari disifatkan sebagai tidak munasabah dan membuang masa.
Naib Presiden Pas Salehuddin Ayob menggesa SPR untuk tidak menghabiskan sumber meminda Penjalanan Pilihanraya 1981 bagi tujuan tersebut, sebaliknya merencana usaha memastikan keamanan sepanjang proses pilihanraya.

Jelasnya, Pakatan Rakyat menggesa satu peraturan khusus dirangka berhubung penyediaan tempat perhimpunan para penyokong calon pada hari penamaan.
“Mengarut dan tidak masuk akal kerana tidak pernah berlaku sebelum ini kejadian-kejadian hingga menyebabkan ketegangan di antara kedua-dua parti. Tetapi yang berlaku hanyalah perlu ada satu peraturan untuk memberikan tempat yang sesuai untuk penyokong-penyokong parti politik berhimpun pada hari penamaan calon. Bukan sampai tiga hari kerana ini hanya akan membuang masa, mengarut dan tidak masuk akal," katanya.

Pemimpin Pas itu mendesak SPR supaya melihat semula tuntutan Gabungan Pilihanraya Adil dan Bersih supaya undi pos dihapuskan, memperkenalkan dakwat khas, ketelusan perbelanjaan pilihanraya, kebebasan bersuara dan penyalahgunaan jentera kerajaan.
“Sebenarnya tidak ada perkara yang kecoh di Malaysia. Yang penting adalah tempat yang sesuai untuk berhimpun, demokrasi disuburkan, berikan hak yang sama, kemudian kawalan di peringkat keselamatan ditingkatkan. Itu akan dapat membendung kejadian-kejadian yang tidak diingini," katanya.
Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .