Dengan tempohnya sebagai pesuruhjaya kehakiman yang berakhir pada 28 Februari lalu, Krisis perlembagaan Perak dijangka bertambah kelam kabut apabila didapati tempoh pesuruhjaya kehakiman Ridwan Ibrahim telah tamat tempohnya 28 Februari lalu.
Dengan itu persoalannya adakah beliau layak mendengar atau memberikan keputusan mengahalang tindakan Speaker Perak V Sivakumar kelmarin.
Ridwan dilantik menjadi pesuruhjaya kehakiman pafa 1 Mac, 2007 dan tempoh perlantikan setiap dua tahun sekali itu tamat tempoh pada hari Sabtu lalu.
Tidak dapat dipastikan samada tempoh perlantikannya itu disambung atau pun sebaliknya kerana Suruhanjaya Perlantikan Kehakiman sehingga kini belum lagi mengadakan sebarang mesyuarat.
"Saya tidak pasti tentang status Ridwan sebagai Pesuruhjaya Kehakiman, tapi biasanya Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman boleh melanjutkan tempoh pelantikannya dengan mudah,” kata sumber tersebut kepada Malaysian Insider.
“Kami tidak pasti pun bila dan dimana Suruhanjaya Perlantikan Kehakiman akan bersidang, pelantikan semula (Ridwan) dan isu-isu yang lain, namun (nampaknya) ia boleh (sidang tergempar DUN semalam),”kata sumber perundangan itu merujuk kepada persidangan DUN tergempar semalam yang dibawah pokok kelmarin.