Ikuti Blog ini

Umno sengaja menyalah baca Undang-undang Tubuh Negeri Perak bagi pastikan berkuasa semula!


BERIKUT adalah kiriman email yang diterima daripada pembaca Blog Amin Iskandar dan baik untuk tatapan dan tambahan pengetahuan pada pelayar Blog. Dengan menggunakan nama samaran K.Shan, Anak Perak merungkaikan begini:

Ahli-ahli akademik Umno tersalah baca Undang Undang Tubuh Negeri. Sidang Dun semalam adalah Sidang Tergempar, Khas atau Emergency Session dan bukan Sidang Rasmi Tahunan.

Hanya Sidang Rasmi Tahunan yg dilakukan dengan persetujuan dan restu baginda Sultan dan bukan Sidang Tergempar. Sidang Dun yg telah selesai persidangan dinyatakan sebagai Sidang ditangguh untuk Sessi akan datang dan dalam masa diantara sessi tahunan ini, pihak Speaker mempunyai kuasa penuh untuk memanggil Sidang Tergempar dengan notis rasmi dekemukakan kepada semua pihak termasuk Baginda Sultan.

Maka hujah Sidang Pohon Demokrasi semalam sebagai tidak SAH hanya propaganda dan manipulasi fakta semata mata. Jelas, Speaker Perak telah menhantar notis niat Sidang Tergempar kepada Baginda Sultan dan telah mengeluarkan notis sidang kepada semua Adun–Adun menurut prosedur dan peruntukan undang undang. Hatta Persidangan tersebut sah dan menurut peruntukan undang undang tubuh Negeri dalam maksud Sidang DUN Tergempar.

Dalam perkara atas pokok atau bawah pokok. Sekali lagi, peruntukan 100 meter ruang persidangan menurut Warta Undang Undang Tubuh Negeri adalah khusus untuk persidangan Dun Rasmi Tahunan. Dalam erti kata lain, Sidang Tergempar di mana-mana tempat yg diperakui oleh Speaker sebagai tempat bersidang adalah sah.

Seandainya kita terima bulat bulat hujah Umno yg konon-nya KESEMUA Sidang Dun MESTI Mendapat persetujuan RASMI dari Baginda Sultan dan HANYA boleh dilakukan di Dewan yg diwartakan SAHAJA. Apa kan jadi jika tiba tiba musibah atau kemalangan menimpa Keluarga Diraja dan dikala Dewan Persidangan Dun atau Parliament musnah terbakar, atau di ambil alih oleh pengganas?

Semestinya Dewan yang disebut sebagai Dewan Rakyat umumnya tidak dapat berfungsi dan melakukan sebarang bentuk urusan rakyat dan negeri/negara. Hanya kerana terperangkap dengan peruntukan peruntukan prosedur dan teknikal yg sempit, remeh dan tidak masuk akal.

Perkara teknikal dan prosedur wujud untuk membantu dan meyelaraskan sesuatu perkara supaya keadilan, demokrasi dan kepentingan serta hak rakyat dijamin dan dilaksanakan secara objektif dan mengambil kira semua bentuk scenario sosio politik negara/negeri dan kesemua kemungkinan yg boleh diandaikan.

Kepentingan dan hak serta mandat rakyat harus dijamin dan dilindungi dan tidak boleh diperlekehkan dengan teknikaliti remeh dan sempit. Di Perak, dalam keadaan Demokrasi rule of the jungle, hanya sebuah pokok yg menjadi penaung serta pelindung hak serta kepentingan rakyat.


Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .