Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya Wan Ahmad Wan Omar berkata, anggota parti yang tidak bertanding dalam pilihan raya kecil, masih boleh membawa bendera ketika berarak bersama calon esok.Heran jugak aku tiba-tiba SPR boleh pulak bagi kebenaran macam ni. Tiba-tiba pulak SPR 'si anjing Umno' ni kata boleh pulak, padahal seingat aku tak pernah pulak aku baca kenyataan dari SPR yang kata tak boleh bawak bendera lain masa proses penamaan calon.
"PKR nak bawa bendera PKR, DAP nak bawa bendera DAP semua boleh. Tetapi lepas sudah sah calon bertanding tidak boleh lagi," katanya.
Bagaimanapun, tambahnya, hanya parti yang bertanding sahaja dibenarkan memasang bendera dan bahan kempen apabila tempoh berkempen bermula esok.
Walaupun mereka ingin membayar deposit bahan kempen, perkara itu tidak dibenarkan mengikut undang-undang. - Mkini
Lagi pun, memang tak logik ada larangan tu, pasainya keputusan sapa dan parti mana yang akan bertanding cuma akan diumumkan selepas proses penamaam calon ditutup. Mana SPR tau parti mana yang akan bertanding. Kalau pun DAP dan PKR tak kata nak bertanding, tak mustahil tiba-tiba depa masuk bertanding.
Yang aku herannya, kalau nak bagi nampak berlembut, pasai apa pulak sebelum ni SPR 'si anjing Umno' ni buat satu peraturan baru, tak bagi bawa peralatan muzik. Bukan takat tak bagi bawa tapi sampai tahap jatuh hukum 'haram' lagi.
myMetro melaporkan:
TEMERLOH: Pembesar suara serta peralatan muzik seperti gendang, trompet, kompang dan sebagainya haram dibawa sesiapa saja ketika hari penamaan calon Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kerdau, pagi esok.Mungkinkah larangan bawa alat musik ni saja dibuat untuk tambah kemarahan orang india. Pasainya, boleh kata setiap kali penamaan calon PRK akan ada sekumpulan orang india yang bawa alat musik depa.
Amaran keras itu dikeluarkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) selepas mengadakan mesyuarat dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM), pihak berkuasa tempatan (PBT) serta wakil parti calon yang bakal bertanding di PRK DUN Kerdau, 6 Mac ini.
Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wira Wan Ahmad Wan Omar berkata, amaran itu kerana tidak mahu insiden yang berlaku di PRK Tenang dan PRK Bukit Selambau berulang di PRK Kerdau ini. “Di Tenang, ada penyokong parti yang bertanding, membawa alat pembesar suara yang kemudiannya digunakan untuk berceramah ketika proses penamaan calon sedang berlangsung.
“Ini mewujudkan suasana yang tidak elok sekali gus mengundang kepada ketegangan di antara penyokong parti yang bertanding. Begitu juga dengan Bukit Selambau di mana ada penyokong membawa gendang serta alat muzik lain. Kalau ada individu berbuat demikian, polis tidak teragak-agak merampas serta mengambil tindakan. - myMetro
Aku gerenti, kumpulan tu akan muncul lagi masa penamaan calon esok. Dan kalau kumpulan tu ditangkap, tentu punya akan digunakan sebagai kempen oleh penganjur bantahan interlok nak tarik lagi sokongan demonstrasi yang dijadualkan lusa (Isnin).
Pasainya, tak mustahil jugak, demonstrasi anti Interlok tu adalah perancangan Umno-Upco untuk ujudkan ketegangan kaum yang kalau ikut sejarahnya ketegangan kaum di Malaysia ni sentiasa saja bagi kelebihan kepada Umno.
Sumber image: AMK Batupahat & Media NT