Setelah berlaku kebangkitan anak muda di beberapa buah negara Arab, barulah Najib sedar di negaranya sendiri, wujud golongan anak muda! Golongan yang suara mereka perlu diberi perhatian!
Apakah selama ini Najib tidak sedar bahawa yang berhimpun antaranya di Kesas, Perhimpunan BERSIH dan terbaru, dalam isu air di Selangor, yang turun ke jalan raya melahirkan rasa dan perasaan, majoritinya adalah golongan anak muda. Mereka telah disembur dengan air asid dan dibelasah semahu-mahunya oleh pihak FRU. tapi Najib tidak pun ambil tahu.
Juga, yang ramai menjadi korban di tangan penguatkuasa, juga daripada golongan anak-anak muda yang diwakili oleh mendiang Kugan, mendiang Tan Beng Hock dan Allahyarham Amirul Rashid.
Agaknya, selama ini Najib hanya memberi tumpuan kepada golongan jahiliah di felda dan juga anak kucing! Lupakan PLKN dan Rakan Muda - kerana itu hanya diwujudkan untuk Najib dan DS Fat Lady Of Malaysia (FLOM) mencari duit saku tambahan.
"Saya dan keluarga saya dalam proses memilih nama baginya (anak kucing), tapi saya mengalu-alukan cadangan daripada anda," kata Najib dalam laman blognya www.1malaysia.com.my.
Agak-agaknya Najib sudah pun membaca 'Surat pelajar kepada Najib: Pelan pemusnahan generasi masa depan?' yang telah tersebar dengan agak meluas di pelbagai blog dan weblog Internet. Di weblog ini sahaja, tulisan Anak Muda ini telah diakses lebih 36900 kali sehingga kini, satu rekod tertinggi bagi weblog ini.
Berita dari Ankara, Turki:
Perdana menteri Datuk Seri Najib Razak berkata beliau mengakui peranan anak muda dalam menjalankan penentangan terhadap kerajaan seperti yang berlaku di beberapa negara Arab.
Namun, keadaan di negara berkenaan tidak sama dengan situasi di Malaysia, katanya.
"Jadi yang nak buat persamaan tu adalah tidak tepat sama sekali," katanya dalam satu sidang media di ibu pejabat Umno hari ini.
Jelasnya, walau negara Arab itu dilanda pergolakan politik, BN masih mampu meningkatkan majoriti dalam pilihan raya kecil.
Katanya lagi, trend kini juga menunjukkan sokongan lebih memihak kepada BN.
Beliau memberi contoh keputusan pilihan raya kecil Tenang sebelum ini di mana BN berjaya meningkatkan majoritinya.
Sekiranya tidak berlaku banjir mengejut ketika pilihan raya itu, BN pasti akan menang lebih besar lagi, katanya.
Tambahnya, beliau mengambil iktibar daripada perkembangan yang berlaku di negara-negara bergolak itu.
"Satu lagi yang perlu disedari yang tenaga punca yang mencetuskan adalah orang muda. Jadi perhatian kepada orang muda ini tak boleh kita pandang ringan.
"Kalau rasa tidak puas hati itu membara di kalangan orang muda, mereka akan bertindak kerana mereka mempunyai tenaga untuk menuntut kepada perubahan," katanya lagi.