TEMERLOH - Lebih 5000 orang ahli dan penyokong PAS serta Pakatan Rakyat mengiringi calon PAS Hasanuddin Salim ke Pusat Penamaan calon di di Dewan Tun Razak, Majlis Perbandaran Temerloh di sini.
Perarakan bermula sekitar 8.20 pagi sebaik Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang tiba dan membaca doa, di tempat berhimpun di padang belakang bangunan pejabat dan apartmen, Majlis Perbandaran Temerloh
Turut hadir Naib Presiden PAS, yang juga Pesuruhjaya PAS Pahang serta Pengarah Pilihanraya DUN Kerdau, Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man
Menurut Bernama, Pegawai pengurus pilihan raya kecil itu, Datuk Tarif Abdul Rahman, berkata pusat berkenaan dibuka selama satu jam untuk urusan mengemukakan kertas pencalonan, diikuti tempoh bantahan selama satu jam selepas itu.
Beliau berharap semua parti politik mematuhi segala peraturan yang ditetapkan oleh Suruhanjaya Pilihan raya semasa proses penamaan calon berkenaan.
Calon PAS, Hassanuddin Salim masuk ke pusat penamaan calon pada jam 9 pagi, diikuti calon BN, Syed Ibrahim Syed Ahmad empat minit kemudian.
Diluar dewan, penyokong Pakatan Rakyat disekat dengan kawat berduri dan kawalan ketat polis, kira-kira 40 meter dari tempat itu. Selain selawat, mereka laung hidup Islam, hancur regim